Ruslan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 03 Oct 2025 10:02:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ruslan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Harap Sabah nilai semula agihan peruntukan RM10 juta daerah terjejas banjir – Ruslan https://sabahmedia.com/2025/10/03/harap-sabah-nilai-semula-agihan-peruntukan-rm10-juta-daerah-terjejas-banjir-ruslan/ https://sabahmedia.com/2025/10/03/harap-sabah-nilai-semula-agihan-peruntukan-rm10-juta-daerah-terjejas-banjir-ruslan/#respond Fri, 03 Oct 2025 09:39:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82456
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh: Rhea Dhamin

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berharap agihan peruntukan segera RM10 juta yang disalurkan kerajaan Persekutuan bagi membantu mangsa banjir Sabah, baru-baru ini dinilai semula oleh kerajaan negeri.

Beliau yang juga merupakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) itu berkata susulan Beaufort antara yang terjejas akibat banjir bulan lepas, daerah ini memerlukan lebih peruntukan bagi memperbaiki infrastruktur dan keperluan penduduk sini.

“Memang sudah ada arahan (pembahagian peruntukan untuk daerah terjejas banjir). Kita lihat pegawai daerah pun sudah menerima arahan dan kita lihat dalam arahan itu, memang perlu disegerakan.

“Tetapi segera macam mana pun, kalau peruntukannya terhad, ini yang menjadi kekangan.

“Sebagai wakil rakyat melihat kerosakan (akibat banjir) dan keperluan rakyat, bukan sahaja di Beaufort, mana daerah yang terlibat itu, kita kira RM10 juta itu bukan satu angka besar dalam kita berhadapan musibah bencana alam dan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Kampung Maraba, di sini, Selasa lepas.

Tambah beliau, jentera kerajaan memang sudah bersiap sedia untuk menyegerakan apa yang perlu tetapi halangannya adalah peruntukan terhad.

Susulan itu, beliau berharap agihan peruntukan terbabit dinilai semula berdasarkan kerosakan yang direkodkan.

“Jadi kita merayu supaya peruntukan ini dilihat dan dinilai semula dengan kerosakan-kerosakan yang berlaku.

“Pihak jabatan kerajaan (berkaitan) pun sedang meneliti kerosakan yang ada dan paling penting ialah kerosakan jalan raya adalah sangat perlu disegerakan untuk dibaiki,” katanya.

Dalam perkembangan lain, media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu mangsa banjir di Sabah.

Katanya, dana terbabit akan disalurkan terus kepada mangsa yang terkesan khususnya untuk pembaikan segera kemudahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/03/harap-sabah-nilai-semula-agihan-peruntukan-rm10-juta-daerah-terjejas-banjir-ruslan/feed/ 0 82456
Cadang Kerajaan Bina Loji Air Mini Di Sepanjang Jalan Gadong Sebagai Penyelesaian Masalah Bekalan Air – Ruslan https://sabahmedia.com/2021/09/26/cadang-kerajaan-bina-loji-air-mini-di-sepanjang-jalan-gadong-sebagai-penyelesaian-masalah-bekalan-air-ruslan/ https://sabahmedia.com/2021/09/26/cadang-kerajaan-bina-loji-air-mini-di-sepanjang-jalan-gadong-sebagai-penyelesaian-masalah-bekalan-air-ruslan/#respond Sun, 26 Sep 2021 01:26:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6863
Read Time:1 Minute, 20 Second

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam mencadangkan kepada Kerajaan untuk membina loji air mini baharu di sepanjang Jalan Gadong sebagai penyelesaian kepada masalah bekalan air di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Katanya, di dalam DUN Lumadan terdapat sebuah loji air swasta iaitu Loji Lawa yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan yang membekalkan air ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Loji swasta di Kg Lawa, Gadong ini, yang berusia lebih 30 tahun mendapat sumber air daripada Sungai Padas dan ia terus beroperasi tanpa masalah di musim kemarau mahupun ketika banjir, kata beliau, sambil menambah loji tersebut sentiasa dapat memproses air dan membekalkan kepada WP Labuan.

Beliau memohon agar Kerajaan Negeri dan Persekutuan mempertimbangkan untuk mewujudkan loji baharu di dalam DUN Lumadan demi kesejahteraan rakyat.

Menurut Ruslan, masalah bekalan air ini telah menjejaskan lebih kurang 5,000 orang penduduk di lima kampung iaitu Kg Suasa, Kg Mintulud, Kg Kangsa, Kg Kapawa dan Kg Bintuka.

Katanya, pemasangan batang paip baharu sudah dibuat tetapi belum ada air.

“Penduduk kampung terpaksa hidup dengan mengharapkan air perigi, air hujan dan air daripada mesin (menggunakan duit siling) itu pun perlu keluar ke Pekan Beaufort”, jelas beliau.

Tambahnya, beliau difahamkan oleh Jabatan Air Beaufort bahawa punca kepada masalah ini ialah kerana tekanan air yang rendah sehingga air tidak dapat disalurkan.

“Pemasangan batang paip baharu sudah dilaksanakan sepenuhnya sejak Julai, tahun 2019 lagi.

“Berapa lama lagi penduduk hidup seperti ini?” soal Ruslan yang telah membangkitkan perkara ini semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu sahaja selesai pada Khamis.

Ruslan berharap agar keluhan dan rintihan dapat diatasi demi kesejahteraan rakyat dalam DUN Lumadan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/26/cadang-kerajaan-bina-loji-air-mini-di-sepanjang-jalan-gadong-sebagai-penyelesaian-masalah-bekalan-air-ruslan/feed/ 0 6863