RUU – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Mar 2022 08:01:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png RUU – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PBS Harap RUU Anti Lompat Parti Diluluskan Di Parlimen https://sabahmedia.com/2022/03/06/pbs-harap-ruu-anti-lompat-parti-diluluskan-di-parlimen/ https://sabahmedia.com/2022/03/06/pbs-harap-ruu-anti-lompat-parti-diluluskan-di-parlimen/#respond Sun, 06 Mar 2022 08:01:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12760
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dapat diluluskan di Parlimen.

Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata sebagai antara parti perintis RUU itu, selepas 37 tahun akhirnya Parlimen bersetuju dengan PBS mengenai keperluan mewujudkan Undang-Undang Anti Lompat Parti di negara ini.

“Saya menegaskan PBS sememangnya menentang kelakuan sedemikian. Kelakuan sedemikian umpama dosa, ia adalah pegangan politik yang tidak berprinsip.

“Bagi kami, perbuatan lompat parti sangat jahat, tidak adil, tidak mempunyai etika dan adab yang baik,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-37 parti itu di sini malam ini yang dihadiri kira-kira 150 tetamu.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata beberapa cadangan pindaan Perlembagaan akan dibentang semasa persidangan Dewan Rakyat termasuk RUU Anti Lompat Parti dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Ongkili, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), juga berkata sejak penubuhan PBS pada 1985, parti itu diuji dengan pelbagai cabaran, ada yang mengherdik malahan segelintir meramalkan ia tidak akan bertahan lama.

“Tetapi kami telah buktikan mereka salah. Kami masih di sini dan akan terus berjuang untuk kebaikan rakyat serta Sabah,” katanya.

Beliau berkata PBS akan terus menyokong penuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sambil menambah ketabahan dan semangat kuat parti itu adalah tunjang perjuangan untuk mengukuhkan lagi gabungan politik tersebut.

“Kami menyokong gabungan parti yang berkualiti terutama sekali yang menyediakan rangka kerja terhormat untuk Sabah. Negeri kita progresif, selamat dan penduduknya berbilang kaum. Kami tidak mahu satu gabungan yang bermusim, yang datang dan pergi.

“Oleh itu, yang paling penting ialah memilih dan mengenali rakan kongsi kita, bina kepercayaan dan perkongsian sejati. Kita tidak perlu tergesa-gesa untuk menerima parti baharu yang masih belum terbukti kesetiaan dan agenda sebenar mereka,” katanya.

Ongkili berkata fokus GRS ialah melindungi rakan kongsi asal dan mengukuhkan lagi perpaduan dalamannya.– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/06/pbs-harap-ruu-anti-lompat-parti-diluluskan-di-parlimen/feed/ 0 12760
((VIDEO))- RUU Pindaan Perlembagaan Tingkat Keupayaan Sabah Berdaya Saing https://sabahmedia.com/2021/12/19/video-ruu-pindaan-perlembagaan-tingkat-keupayaan-sabah-berdaya-saing/ https://sabahmedia.com/2021/12/19/video-ruu-pindaan-perlembagaan-tingkat-keupayaan-sabah-berdaya-saing/#respond Sun, 19 Dec 2021 08:47:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10080
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 di Parlimen baru-baru ini mampu meningkatkan keupayaan Sabah lebih berdaya saing.

Pindaan RUU bagi mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu turut membuktikan kerajaan pada hari ini mengambil kira nadi rakyat Sabah.

Bagi Masdiana Johari, pindaan itu akan memberi kuasa dan kelebihan untuk pentadbiran negeri Sabah mentadbir secara sendiri.

Katanya yang berasal dari Lahad Datu turut menambah pindaan itu juga akan dapat mempertahankan kekayaan ekonomi Sabah untuk penduduk di negeri ini sendiri.

“Harapan saya moga perkara ini dapat mengembalikan kegemilangan Sabah dalam Malaysia dan kita sebagai rakyat Malaysia dapat menghormati satu sama lain,” katanya kepada Sabah Media.

Bagi Ati Nganro, beliau bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Sabah dan gembira kerana MA63 telah dimasukkan dalam perlembagaan negara.

“Saya berharap Malaysia amnya dan Sabah khususnya akan dapat maju bersama,” katanya yang berasal dari Tawau.

Sementara itu, bagi Siti Noramirah Amin berkata, pindaan itu diharap dapat memberi nafas baharu bagi pentadbiran Sabah selain akan mendapatkan hak-hak yang selama ini diabaikan.

Selasa lalu, Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 itu diluluskan di Dewan Rakyat selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas RUU itu mendapat sokongan majorit dua pertiga menerusi undi belah bahagi bacaan kali kedua dan ketiga seperti ditetapkan Perkara 159 Perlembagaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/19/video-ruu-pindaan-perlembagaan-tingkat-keupayaan-sabah-berdaya-saing/feed/ 0 10080
Sabah Sokong Pindaan RUU Perlembagaan Persekutuan Selari Dengan MA63 https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-sokong-pindaan-ruu-perlembagaan-persekutuan-selari-dengan-ma63/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-sokong-pindaan-ruu-perlembagaan-persekutuan-selari-dengan-ma63/#respond Sat, 04 Dec 2021 06:29:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9302
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Sabah menyokong penuh cadangan untuk meminda Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan agar selari dengan peruntukan termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh Sabah dan Sarawak.

Katanya, beliau dan rakan sejawatnya di Sarawak telah mengemukakan tuntutan negeri-negeri pada Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

“Jadi, Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sebenarnya adalah hasil daripada keputusan Majlis Khas MA63 yang mengambil kira permintaan daripada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat Majlis Khas MA63 bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah di auditorium mini Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-undang ).

Hajiji berkata, Kerajaan Sabah melihat pembentukan Majlis Khas MA63 sebagai fasa penting dan manifestasi kesediaan kerajaan hari ini untuk menyelesaikan isu-isu yang telah dipersetujui sebelum ini.

Taklimat khas itu bertujuan memberi gambaran kepada wakil rakyat mengenai perkembangan terkini tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Khas MA63.

Dalam taklimat itu, Hajiji turut menyaksikan penyerahan kuasa mengeluarkan lesen perikanan laut dalam kepada Kerajaan Negeri daripada Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kepada Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-sokong-pindaan-ruu-perlembagaan-persekutuan-selari-dengan-ma63/feed/ 0 9302
MA63: Sabah Harap Tuntutan Diambil Kira Dalam RUU Pindaan Perlembagaan https://sabahmedia.com/2021/10/25/ma63-sabah-harap-tuntutan-diambil-kira-dalam-ruu-pindaan-perlembagaan/ https://sabahmedia.com/2021/10/25/ma63-sabah-harap-tuntutan-diambil-kira-dalam-ruu-pindaan-perlembagaan/#respond Mon, 25 Oct 2021 04:25:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7888
Read Time:2 Minute, 4 Second

TUARAN: Kerajaan Sabah berharap segala kehendak dan tuntutan negeri itu yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), diambil kira dalam pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan selaras MA63 pada sidang Parlimen dijadual bermula Isnin.

Ketua Menteri,Datuk Hajiji Noor berkata, kerajaan Sabah telah memberi pandangan berhubung isu kedudukan dan tuntutan hak-hak Sabah selaras MA63 dalam Mesyuarat Khas diadakan pada 18 Oktober lalu, justeru beliau berharap ia dapat direalisasikan.

“Kita mengadakan Mesyuarat Khas MA63 dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) minggu lepas dan beberapa cadangan pindaan dalam Perlembagaan negara kita akan dibuat. Saya dimaklumkan ia akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Kita telah memberi pandangan (pada Mesyuarat Khas MA63) bagi pihak kerajaan Sabah dan begitu juga kerajaan Sarawak. Jadi, harapan kita seperti mana yang dikehendaki dan dituntut oleh Sabah dan Sarawak akan dipinda dalam sidang Parlimen yang akan bermula esok (hari ini),” katanya pemberita pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Wan Junaidi yang memaklumkan bahawa, kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan MA63 di Parlimen, Selasa depan.

Pada Sabtu, Wan Junaidi dalam kenyataan tersebut bagaimanapun berkata, bacaan kali kedua RUU itu akan dijadualkan semula ke tarikh lain daripada rancangan awal pada 28 Oktober bagi membolehkan Peguam Negara (AG) menjelaskan lebih lanjut cadangan pindaan kepada anggota Kabinet, mengenai perkara itu.

Sebelum itu, Hajiji merasmikan Karnival Kerjaya ‘Urban Poor’ peringkat negeri anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sabah, yang menawarkan lebih 1,000 kekosongan jawatan dengan 15 majikan mengambil bahagian dalam program temuduga sempena karnival itu.

Mengenai program itu, Hajiji berkata, inisitiaf itu dapat membantu golongan rentan bandar dan B40 menerusi penyediaan peluang pekerjaan dan penempatan kerja, termasuk kepada belia lepasan sekolah, graduan mahupun pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama antara kerajaan Sabah dan Perkeso Sabah juga berjaya membantu 4,864 orang memperoleh pekerjaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sekali gus berupaya membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat.

“Ini satu langkah amat baik dalam proses negara memulihkan dan merancakkan kembali ekonomi negara,” katanya, sambil menambah Perkeso Sabah telah menganjurkan 307 aktiviti temuduga dengan kerjasama pelbagai industri dan majikan dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Sejajar dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Perkeso Sabah juga menjalin kolaborasi strategik bersama kerajaan negeri bagi membantu menstabilkan dan menguruskan hal berkaitan pasaran buruh menerusi aktiviti perkhidmatan pekerjaan dilaksanakan secara berterusan,” katanya. – Bernama

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/25/ma63-sabah-harap-tuntutan-diambil-kira-dalam-ruu-pindaan-perlembagaan/feed/ 0 7888