Ryt Bank – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 28 May 2026 09:19:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ryt Bank – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ryt Bank lancar Ryt Invest, tawar pelaburan patuh syariah serendah RM1 https://sabahmedia.com/2026/05/28/ryt-bank-lancar-ryt-invest-tawar-pelaburan-patuh-syariah-serendah-rm1/ https://sabahmedia.com/2026/05/28/ryt-bank-lancar-ryt-invest-tawar-pelaburan-patuh-syariah-serendah-rm1/#respond Thu, 28 May 2026 09:19:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97426
Read Time:1 Minute, 49 Second

KUALA LUMPUR: Ryt Bank hari ini melancarkan Ryt Invest, satu ciri pelaburan digital baharu yang membolehkan rakyat Malaysia melabur terus melalui aplikasi perbankannya dengan modal permulaan serendah RM1.

Pelancaran itu dibuat menerusi kerjasama strategik bersama Opus Asset Management Sdn Bhd (OpusAM), sekali gus menjadikan Ryt Bank antara bank digital pertama di Malaysia yang menawarkan akses kepada dana kendalian institusi secara terus dalam aplikasi mudah alih.

Melalui platform tersebut, pengguna boleh mengakses pelaburan patuh Syariah tanpa caj jualan (0% sales charge), selain menikmati pengalaman pelaburan yang lebih mudah dan mesra pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim Ryt Bank, Wilson Soon berkata, pelancaran Ryt Invest bertujuan membuka akses pelaburan kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini melihat pelaburan sebagai sesuatu yang rumit dan mahal.

“Ryt Invest bukan sekadar satu lagi produk pelaburan. Matlamat kami adalah untuk membuka akses pelaburan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

“Dengan Ryt Invest, kami membuka akses kepada kepakaran pelaburan yang dipercayai oleh institusi besar melalui aplikasi selamat yang sama digunakan pelanggan untuk menyimpan, berbelanja dan membuat pembayaran,” katanya.

Ryt Invest menawarkan tiga pilihan pelaburan utama yang disusun mengikut matlamat kewangan dan tahap toleransi risiko pelanggan.

Ryt Invest SavePlus memberi tumpuan kepada pelaburan patuh Syariah berisiko rendah dengan 0% caj jualan, manakala Ryt Invest Income pula memfokuskan kepada penjanaan pulangan jangka panjang melalui pelaburan pelbagai aset.

Selain itu, Ryt Invest Gold menawarkan pendedahan kepada pelaburan bertemakan emas bagi membantu pelanggan mempelbagaikan portfolio mereka dalam keadaan pasaran semasa.

Sebagai galakan kepada pelabur terawal, Ryt Bank turut menawarkan bonus tambahan terjamin sebanyak 1% setahun berdasarkan jumlah nilai pelaburan pelanggan tanpa had maksimum untuk tempoh terhad.

Kempen tersebut berlangsung dari 28 Mei hingga 31 Ogos 2026, dengan pelanggan yang melengkapkan pembelian pertama layak menikmati bonus selama 90 hari berturut-turut.

Ryt Bank berkata, pelancaran Ryt Invest mencerminkan aspirasi syarikat untuk membangunkan ekosistem perbankan digital yang lebih menyeluruh dengan menggabungkan simpanan, pembayaran, kredit dan pelaburan dalam satu platform bersepadu.

Ryt Bank merupakan bank digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang disokong oleh YTL Power International Berhad dengan kerjasama Sea Limited.

Sementara itu, OpusAsset ialah pengurus dana bebas yang dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan lebih RM10 bilion aset di bawah pengurusan serta pengalaman industri melebihi 25 tahun.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/28/ryt-bank-lancar-ryt-invest-tawar-pelaburan-patuh-syariah-serendah-rm1/feed/ 0 97426
Nikmati Faedah 3% setahun dengan Akaun Simpanan Ryt Bank – Senarai Menunggu Kini Dibuka! https://sabahmedia.com/2025/04/03/nikmati-faedah-3-setahun-dengan-akaun-simpanan-ryt-bank-senarai-menunggu-kini-dibuka/ https://sabahmedia.com/2025/04/03/nikmati-faedah-3-setahun-dengan-akaun-simpanan-ryt-bank-senarai-menunggu-kini-dibuka/#respond Thu, 03 Apr 2025 06:44:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71431
Read Time:1 Minute, 36 Second

Ryt Bank – bank digital berkuasa AI yang dibawakan oleh kerjasama YTL dan Sea – kini memperkenalkan lebih banyak maklumat menarik tentang perkhidmatan perbankan digital yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Jika anda ingin menjadi antara yang terawal mencubanya, muat turun aplikasi Ryt Bank hari ini dan sertai senarai menunggu!

Sebagai sebuah bank digital sepenuhnya, Ryt Bank menjanjikan proses pendaftaran yang pantas – siap dalam masa kurang dari 2 minit! Walaupun belum dibuka secara rasmi kepada umum, anda boleh menyertai senarai menunggu dengan memuat turun aplikasi Ryt Bank melalui Apple App Store atau Google Play Store, dan hanya perlu masukkan nombor telefon serta emel anda.

Faedah Simpanan Menarik – 3% Setahun!

Ryt Bank menawarkan kadar faedah sebanyak 3% setahun untuk akaun simpanan – setanding dengan penawaran awal GXBank. Menariknya, faedah ini dikira dan dibayar secara harian, berdasarkan baki harian akaun anda dan kadar semasa. Sekiranya jumlah faedah yang dikira melebihi RM0.01 (dibundarkan kepada dua titik perpuluhan terdekat), ia akan dikreditkan ke akaun anda pada hari berikutnya – tanpa had maksimum baki!

Perbankan Tanpa Caj Tersembunyi

Setakat ini, tiada sebarang caj perkhidmatan dikenakan. Had pemindahan harian melalui DuitNow QR ditetapkan pada RM5,000 secara lalai, tetapi anda boleh tingkatkan hingga RM50,000 terus dari aplikasi.

Mudah Berbelanja dengan QR – Tiada Kad Fizikal Diperlukan

Walaupun Ryt Bank belum menawarkan kad debit fizikal, pengguna masih boleh membuat pembayaran dengan mudah menggunakan kod DuitNow QR.

Jaminan Keselamatan dan Perlindungan PIDM

Ryt Bank juga merupakan ahli PIDM, yang bermaksud simpanan anda dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. Langkah keselamatan lain termasuk enkripsi canggih, pengesahan biometrik muka, pemantauan penipuan masa nyata dan sistem keselamatan berlapis.

Perbankan Pintar Bersama Ryt AI

Antara ciri paling unik Ryt Bank ialah pembantu peribadi pintar ala “ChatGPT” yang dinamakan Ryt AI – direka khas untuk memudahkan urusan perbankan anda. Malah, Ryt AI boleh menyediakan transaksi pindahan wang hanya berdasarkan imej tangkapan skrin!

Ryt AI juga menyokong pelbagai bahasa bagi memastikan akses yang menyeluruh untuk semua.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/03/nikmati-faedah-3-setahun-dengan-akaun-simpanan-ryt-bank-senarai-menunggu-kini-dibuka/feed/ 0 71431