sabah banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Jan 2025 02:51:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Banjir Sabah : 2,260 mangsa banjir dipindahkan ke 17 PPS https://sabahmedia.com/2025/01/30/banjir-sabah-2260-mangsa-banjir-dipindahkan-ke-17-pps/ https://sabahmedia.com/2025/01/30/banjir-sabah-2260-mangsa-banjir-dipindahkan-ke-17-pps/#respond Thu, 30 Jan 2025 02:51:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67708
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Seramai 2,260 mangsa banjir di Sabah dipindahkan ke 17 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini setakat jam 6 pagi tadi.

Antara daerah yang terjejas banjir adalah di Kota Marudu yang merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 1,241 orang melibatkan 438 Ketua Isi Rumah (KIR).

Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak empat PPS telah dibuka di Kota Marudu.

Selain itu daerah Telupid menjadi daerah kedua tertinggi merekodkan jumlah mangsa terjejas banjir iaitu seramai 203 orang melibatkan 48 KIR yang ditempatkan di dua PPS.

“Turut terjejas adalah di Beluran dengan jumlah mangsa seramai 173 orang (55 KIR); Lahad Datu seramai 158 orang (43 KIR); Sandakan seramai 118 orang (28 KIR) dan Beaufort seramai 102 orang (29 KIR).

“Selain itu daerah Pitas turut merekodkan jumlah mangsa terjejas banjir seramai 97 orang (33 KIR); Kota Belud seramai 91 orang (21 KIR); Tongod 54 orang (13 KIR) dan Pantai 23 orang melibatkan 11 KIR),” menurut kenyataan itu.

Semalam beberapa daerah di Sabah turut diisytiharkan sebagai bencana banjir antaranya di Kota Marudu; Lahad Datu; Paitan dan Pitas – SABAH MEDIA / FOTO APM-JBPM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/30/banjir-sabah-2260-mangsa-banjir-dipindahkan-ke-17-pps/feed/ 0 67708
Situasi air pasang besar, banjir di Sabah mula tunjuk trend penurunan https://sabahmedia.com/2022/12/26/situasi-air-pasang-besar-banjir-di-sabah-mula-tunjuk-trend-penurunan/ https://sabahmedia.com/2022/12/26/situasi-air-pasang-besar-banjir-di-sabah-mula-tunjuk-trend-penurunan/#respond Mon, 26 Dec 2022 05:22:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26935
Read Time:1 Minute, 31 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Situasi air pasang besar dan banjir di negeri ini mula menunjukkan trend penurunan dimana seramai 1,622 mangsa daripada 366 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, jumlah itu merupakan penurunan seramai empat mangsa daripada 1,626 mangsa yang dilaporkan jam 8 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, jumlah daerah yang terjejas kekal empat daerah iaitu Pitas, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa yang terjejas dengan air pasang besar dan banjir mula menunjukkan penurunan khususnya di daerah Kota Belud iaitu seramai 139 mangsa berbanding 143 mangsa jam 8 pagi tadi.

“Sementara itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Pitas, Kota Kinabalu dan Sandakan masih kekal sehingga kini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Daerah Pitas kekal menjadi daerah yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 745 mangsa daripada 171 KIR.

Antara PPS yang dibuka di Pitas ialah Dewan Kampung Mempakad (163 mangsa); Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan (277 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Salimpodon (13 mangsa); Gereja SIB Kampung Luntuk (79 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Rosob (156 mangsa) dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan (57 mangsa).

Di Sandakan pula menjadi daerah kedua tertinggi mencatatkan jumlah mangsa air pasang besar iaitu seramai 684 mangsa melibatkan 122 KIR dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2.

Di Kota Belud, meskipun mencatat penurunan jumlah mangsa namun PPS yang masih dibuka kekal dua iaitu di Dewan SK Pekan (62 mangsa) dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa (77 mangsa).

“Bagi daerah Kota Kinabalu pula, seramai 54 mangsa melibatkan 15 KIR yang terjejas dengan air pasang besar ditempatkan di PPS Dewan Muhibbah Sembulan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/26/situasi-air-pasang-besar-banjir-di-sabah-mula-tunjuk-trend-penurunan/feed/ 0 26935