sabah china – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Jan 2025 23:38:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah china – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah tingkat hubungan, kerjasama dengan China https://sabahmedia.com/2025/01/24/sabah-tingkat-hubungan-kerjasama-dengan-china/ https://sabahmedia.com/2025/01/24/sabah-tingkat-hubungan-kerjasama-dengan-china/#respond Thu, 23 Jan 2025 23:38:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67372
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan terus meningkatkan lagi kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang untuk manfaat bersama khususnya rakyat daripada kedua-dua negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hubungan antara kedua-dua negara khususnya dengan Sabah adalah baik dan banyak manfaat telah diperoleh bersama.

“Kerajaan Negeri Sabah berharap dapat bekerjasama rapat dengan Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu untuk membawa hubungan Sabah-China ke satu tahap lagi, yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

“Kita juga berkongsi kegembiraan dan harapan sempena Tahun Baharu Cina ini, dengan iltizam untuk terus meningkatkan hubungan baik antara Sabah dan China,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Resepsi Tahun Baharu Cina (Festival Musim Bunga) Konsulat Republik Rakyat China di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman, dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tusin ketika hadir sempena Resepsi Tahun Baharu Cina (Spring Festival Reception) Konsulat Republik Rakyat China di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini malam tadi

Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Hajiji berkata, China sentiasa menjadi jiran dan rakan yang terbaik. 

Katanya, hubungan antara kedua-dua negara adalah baik dan kita saling mendapat manfaat antara satu sama lain. 

“Marilah kita meneruskan sinergi ini dan memanfaatkan kerjasama ini dalam pelbagai bidang,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi dan memajukan agenda pembangunan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Di Malaysia dan di Sabah khususnya, kita berasa bangga kerana perayaan Tahun Baharu Cina bukan saja disambut oleh masyarakat Cina, tetapi juga rakyat pelbagai kaum dan budaya di negeri ini turut sama-sama meraikannya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/24/sabah-tingkat-hubungan-kerjasama-dengan-china/feed/ 0 67372
China kekal sebagai rakan perniagaan penting Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/23/china-kekal-sebagai-rakan-perniagaan-penting-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/23/china-kekal-sebagai-rakan-perniagaan-penting-sabah/#respond Sat, 23 Nov 2024 01:54:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64234
Read Time:2 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu: China akan terus menjadi rakan perniagaan penting bagi Sabah, dengan jumlah eksport negeri itu ke China bernilai RM7.6 bilion atau 19.5 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, eksport utama Sabah ke China termasuk minyak sawit, kayu balak, makanan laut, dan getah, manakala import dari China melibatkan mesin, elektronik, dan pelbagai barangan keluaran kilang.

“Pelaburan China dalam sektor seperti pertanian, akuakultur, dan infrastruktur terus berkembang. 

“Kami melihat potensi besar dalam teknologi hijau dan pertanian berteknologi tinggi, bandar pintar, pembuatan, tenaga boleh diperbaharui, e-dagang, dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembukaan Malaysia (Sabah) – Business Summit di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata, pihaknya berbangga kerana Sabah kekal menjadi destinasi pilihan bagi pelawat dari China, sama ada untuk tujuan santai mahupun perniagaan. 

“Pada masa hadapan, kami juga berharap pelabur China meneroka peluang baru seperti dalam Ekonomi Biru Sabah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Ekonomi Biru menawarkan peluang pelaburan yang besar dalam bidang seperti perikanan dan akuakultur, logistik, pelancongan, tenaga boleh diperbaharui, sumber mineral, bioteknologi dan farmaseutikal, karbon biru, pengurusan sisa dan kawalan pencemaran, penyelidikan dan pembangunan, serta infrastruktur marin.

“Begitu juga, sektor tenaga menghadirkan peluang yang signifikan. Walaupun minyak dan gas kekal sebagai sumber pendapatan utama Sabah, kami mengalu-alukan pelabur untuk turut meneroka teknologi solar dan penyimpanan tenaga, hidro, geoterma, dan peluang pasaran karbon,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, pelancongan kekal sebagai pemacu utama ekonomi Sabah dan menjadi penghubung penting, khususnya dengan China.

“Sabah telah mencatatkan 2.42 juta ketibaan pelawat domestik dan antarabangsa dari Januari hingga September tahun ini. Daripada jumlah ini, 991,629 adalah ketibaan antarabangsa. China mendahului senarai ketibaan pelawat dengan 383,827 pelawat.

“Ini menjadikan China sebagai sumber pelawat asing terbesar ke Sabah. Kami akan terus meningkatkan infrastruktur pelancongan, dengan memberi tumpuan kepada pelancongan bernilai tinggi dan mampan yang menonjolkan kekayaan semula jadi dan budaya Sabah,” katanya.

Menurutnya, Sabah membayangkan sektor pertanian yang moden dengan produktiviti berasaskan teknologi dan kemudahan pemprosesan bernilai tinggi.

Tambahnya,  pelaburan dalam pertanian pintar, pertanian ketepatan, dan amalan lestari dapat memperkukuhkan keselamatan makanan Sabah, mempelbagaikan hasil pertanian, dan meningkatkan daya tahan bekalan makanan.

Beliau berkata pelaburan China di KKIP telah mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi, terutamanya dalam pengeluaran kaca solar, makanan, dan pembuatan getah.

“Kami mengalu-alukan teknologi canggih seperti dron untuk mengoptimumkan logistik dan pembuatan sambil meneroka sektor lain untuk memacu pembangunan ekonomi mampan,” katanya.

Hajiji berkata, pendidikan berfungsi sebagai asas kepada pemahaman bersama.

“Sabah menggalakkan kerjasama untuk program berkembar dan pertukaran budaya bagi meningkatkan tenaga kerja kami dan memperkukuh hubungan. Kami berhasrat mempromosikan program pendidikan bersama dan pertukaran budaya yang akan membina jambatan kepercayaan dan pemahaman antara rakyat Sabah dan China,” katanya.

Hajiji berkata, Sidang Kemuncak ini menekankan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuh hubungan Sabah-China.

“Saya berharap Sidang Kemuncak ini akan menghasilkan perbincangan yang bermanfaat dan meneroka kerjasama positif merentasi semua sektor. Saya menggesa semua peserta Sidang Kemuncak ini untuk bekerjasama dalam merealisasikan objektif yang telah kita tetapkan untuk manfaat bersama,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/23/china-kekal-sebagai-rakan-perniagaan-penting-sabah/feed/ 0 64234
Sabah harap hubungan diplomatik dengan China terus kekal, dikuatkan https://sabahmedia.com/2024/05/24/sabah-harap-hubungan-diplomatik-dengan-china-terus-kekal-dikuatkan/ https://sabahmedia.com/2024/05/24/sabah-harap-hubungan-diplomatik-dengan-china-terus-kekal-dikuatkan/#respond Fri, 24 May 2024 02:47:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54913
Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri berharap hubungan diplomatik yang sedia terjalin diantara Sabah dan China akan dikekalkan serta dikuatkan lagi untuk masa depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan China selama 50 tahun dan ini membuktikan eratnya kerjasama serta persahabatan diantara kedua-dua negara ini.

“Sabah sangat berbangga kerana menjadi sebahagian dalam hubungan itu,” katanya pada majlis meraikan Ulang Tahun ke-50 hubungan Malaysia dan China di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni.

Tahun lalu, Hajiji berkata, Sabah dan China telah melahirkan banyak pencapaian dalam pelbagai sektor menerusi kerjasama yang terjalin.

“Sabah telah mengadakan kerjasama dengan beberapa wilayah dan bandar di China dan ia telah membawa hasil yang baik, Sabah juga akan terus menjadi destinasi pilihan untuk pelancong China.

“Rekod kedatangan pelancong ke Sabah dari Januari sehingga Mac tahun ini adalah 776,845. Sejumlah 321,184 adalah pelancong antarabangsa dan sejumlah 116,922 daripada angka berkenaan adalah pelancong dari China.

“Ini adalah petanda yang baik dan kita sangat gembira serta mengalu-alukan pelancong China khususnya yang ingin mencari peluang pelaburan dengan Sabah,” katanya.

Hajiji berkata, sejak beberapa tahun lepas, Malaysia dan China berjaya mencapai program yang memberangsangkan dari segi pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Katanya, perkara itu dikukuhkan lagi dengan pertemuan diantara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping.

https://42ccb63f9f78352ddaced76665f7e0c8.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html “Kedua-dua pemimpin ini telah memberikan jaminan bersama untuk membina hubungan yang lebih erat bagi pembangunan masa depan.

“Ini bukan sahaja akan memberikan manfaat lebih baik tetapi hubungan Sabah dengan China juga sekali gus menjadi lebih kukuh dan berpotensi untuk melakukan kerjasama yang lebih banyak di masa depan,” katanya.

Hajiji turut memuji Konsul Jeneral China di sini, Dr Huang Shi Fang, Mantan Konsul sebelumnya dan juga ramai organisasi serta individu di Sabah yang memainkan peranan penting bagi memastikan hubungan diantara Malaysia dan China terus makmur.

“Masih banyak ruang yang boleh diperkasakan dalam usaha mengukuhkan dan selarikan strategi pembangunan dengan China, dengan merealisasikan modenisasi China dengan Malaysia Madani serta Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/24/sabah-harap-hubungan-diplomatik-dengan-china-terus-kekal-dikuatkan/feed/ 0 54913