Sabah Dan Sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Jul 2023 08:21:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah Dan Sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bincang isu pengangkutan kenderaan perdagangan Sabah dan Sarawak – LPKP https://sabahmedia.com/2023/07/12/bincang-isu-pengangkutan-kenderaan-perdagangan-sabah-dan-sarawak-lpkp/ https://sabahmedia.com/2023/07/12/bincang-isu-pengangkutan-kenderaan-perdagangan-sabah-dan-sarawak-lpkp/#respond Wed, 12 Jul 2023 08:20:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38140
Read Time:33 Second

KUCHING : Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Dasar-Dasar LPKP Sabah dan LPKP Sarawak bertempat di Bilik Mesyuarat, LPKP Sarawak semalam (11 Julai).

Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Pengarah LPKP Sarawak, Masitah Annuar.

Tujuan mesyuarat adalah bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan pengangkutan kenderaan perdagangan di kedua negeri dan seterusnya menyelaras dasar-dasar serta peraturan sedia ada.

Antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan peraturan kewajiban memasang alat Sistem Penentukedudukan Sejagat (Global Positioning System – GPS) di kenderaan perdagangan serta cadangan penyelarasan fi bagi permohonan lesen.

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir serta Pengarah LPKP Sarawak, Masitah Annuar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/12/bincang-isu-pengangkutan-kenderaan-perdagangan-sabah-dan-sarawak-lpkp/feed/ 0 38140
Amalan lapuk meminggirkan Sabah dan Sarawak tidak harus berulang – Masiung https://sabahmedia.com/2023/01/30/amalan-lapuk-meminggirkan-sabah-dan-sarawak-tidak-harus-berulang-masiung/ https://sabahmedia.com/2023/01/30/amalan-lapuk-meminggirkan-sabah-dan-sarawak-tidak-harus-berulang-masiung/#respond Mon, 30 Jan 2023 06:05:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28739
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Amalan lapuk beberapa siri kerajaan Persekutuan pada musim lalu meminggirkan Sabah dan Sarawak dalam agihan peruntukan tidak harus berulang.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, amalan birokrasi bersiri Persekutuan sebelum ini menerusi pemberian bajet tahunan kepada kedua wilayah Borneo itu harus dihentikan setelah kewujudan kerajaan Perpaduan sekarang.

Katanya, wujud kebenaran dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak terpinggir dari pemberian bajet kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Menurut Masiung, eksploitasi terhadap Sabah dan Sarawak adalah kurang wajar berbanding jumlah sumbangan kerajaan bagi kedua wilayah itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

” Sebelum ini, jumlah bajet yang dibantangkan untuk Sabah dan Sarawak cuma sekadar petunjuk di atas kertas sahaja.

” Hakikatnya, Putrajaya hanya menyelurkan peruntukan pada akhir tahun, menyebabkan bajet tidak sempat dibelanjakan dan terpaksa dibawa ke hadapan untuk dikitar semula pada tahun berikutnya.

Masiung memberi contoh, pada tahun 2021 Sabah diperuntukan 5.1 bilion, tapi Sabah hanya sempat membelanjakan 38 peratus dan sebahagian besar RM5 bilion dikitar pada tahun berikutnya,

Pada bajet tahun 2023 Sabah diperuntukan RM6.3 bilion yang dikitar semula daripada peruntukan tidak terpakai tahun 2022.

Masiung berkata, biasanya bajet Persekutuan disalurkan pada hujung September dan Oktober.

Tidak mungkin jabatan dan kementerian di Sabah dapat menyediakan dokumentasi tender dalam masa singkat, jelasnya.

Beliau berharap kerajaan Perpeduan pimpinan Perdana Menteri yang baharu sekarang mengambil perhatian serius berhubung masalah tersebut setelah menyedari wilayah Sabah dan Sarawak telah lama pinggirkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/30/amalan-lapuk-meminggirkan-sabah-dan-sarawak-tidak-harus-berulang-masiung/feed/ 0 28739
RMK-12 Tumpu Selesaikan Masalah dihadapi Sabah Dan Sarawak – Maximus https://sabahmedia.com/2021/09/27/rmk-12-tumpu-selesaikan-masalah-dihadapi-sabah-dan-sarawak-maximus/ https://sabahmedia.com/2021/09/27/rmk-12-tumpu-selesaikan-masalah-dihadapi-sabah-dan-sarawak-maximus/#respond Mon, 27 Sep 2021 09:26:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6898
Read Time:1 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan Rancangan Malaysia Ke-12 sebagai komitmen pihak kerajaan kepada negeri-negeri yang kurang maju, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Ucapan yang komprehensif dan padat itu dirumuskan dengan baik oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, yang mana tumpuan lebih diberikan kepada negeri-negeri yang kurang maju,” kata Maximus sebagai reaksi kepada perbentangan RMK12 di Parlimen, hari ini.

Maximus menyatakan jaminan Perdana Menteri untuk menyelesaikan permasalahan dan tuntutan yang tertunggak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menunjukkan Kerajaan Persekutuan komited menyelesaikan pembangunan dan keperluan asas yang dihadapi oleh Sabah dan Sarawak.

“Dana pembangunan yang diperuntukkan untuk negeri-negeri yang kurang maju, terutama Sabah dan Sarawak, amat dialu-alukan.

“Tidak pernah dalam Rancangan Malaysia yang sebelumnya memberikan tumpuan seperti itu kepada Sabah dan Sarawak serta MA63.

“Isu-isu MA63 adalah antara fokus dalam ucapan PM, dan turut mengatakan bahawa beliau secara peribadi akan terlibat dalam memantau segala pelan pelaksanaan di Sabah dan Sarawak,” kata Maximus.

Maximus turut menyatakan bahawa Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) akan segera menubuhkan unit pemantauan bersama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi memastikan pelan pelaksanaan infrastruktur dilaksanakan, selaras dengan matlamat pembangunan MA63.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/27/rmk-12-tumpu-selesaikan-masalah-dihadapi-sabah-dan-sarawak-maximus/feed/ 0 6898