sabah dbkk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Feb 2025 11:18:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah dbkk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 250 peserta sertai kayuhan Jubli Perak Bandaraya KK https://sabahmedia.com/2025/02/22/250-peserta-sertai-kayuhan-jubli-perak-bandaraya-kk/ https://sabahmedia.com/2025/02/22/250-peserta-sertai-kayuhan-jubli-perak-bandaraya-kk/#respond Sat, 22 Feb 2025 11:18:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69190
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Seramai 250 peserta dari beberapa buah daerah termasuk negara jiran hadir menyertai acara Kayuhan Jubli Perak Bandaraya ke-25 2025 di sini pagi tadi.

Program yang diadakan sempena ulang tahun ke-25 bandaraya Kota Kinabalu itu disempurnakan Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu Hana’aifah Suhaili yang mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Kayuhan sejauh 25 kilometer itu dilepaskan seawal jam 7.15 pagi yang merupakan simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu.

Laluan kayuhan itu bermula di Padang Merdeka; LHDN; QEH 1; Lido; Lintas Plaza; City Mall; Bomba Kolombong; Likas Plaza; Bulatan Masjid Bandaraya;  Menara Kinabalu;  Signage SMJ dan berakhir semula  di Padang Merdeka.

Dalam satu kenyataan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam kenyataan memaklumkan, acara kayuhan itu adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat sambil mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif.

Program yang turut memperkenalkan laluan berbasikal yang menarik di sekitar bandar itu turut melibatkan penyertaan komuniti, pihak berkuasa tempatan, badan korporat, serta peminat sukan berbasikal.

Selain kayuhan, acara itu turut diserikan dengan persembahan hiburan dan pertandingan ‘track stand’.

Turut diadakan gerai jualan dan pameran produk kesihatan, sukan, jualan Rahmah dan aktiviti lain. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/22/250-peserta-sertai-kayuhan-jubli-perak-bandaraya-kk/feed/ 0 69190