Sabah Development Berhad – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 13 Jan 2023 05:01:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah Development Berhad – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri lantik pengerusi baharu bagi Qhazanah Sabah Berhad dan Sabah Development Berhad https://sabahmedia.com/2023/01/13/kerajaan-negeri-lantik-pengerusi-baharu-bagi-qhazanah-sabah-berhad-dan-sabah-development-berhad/ https://sabahmedia.com/2023/01/13/kerajaan-negeri-lantik-pengerusi-baharu-bagi-qhazanah-sabah-berhad-dan-sabah-development-berhad/#respond Fri, 13 Jan 2023 05:01:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27816
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai pengerusi cabang pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Berhad berkuat kuasa serta-merta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin itu menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Menara Kinabalu disini, hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Hajiji dan Masidi (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pengerusi baharu Qazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob dan pengerusi Sabah Development Berhad (SDB) Datuk Frankie Poon (kanan). – Foto ihsan JKM Sabah

Dalam majlis yang sama, Hajiji turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Adun Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon selaku pengerusi Sabah Development Berhad (SDB).

Pelantikan ketua parti DAP Sabah itu juga berkuat kuasa serta-merta.

Mengucapkan tahniah kepada Dr Yusof dan Poon atas pelantikan itu, Hajiji berharap mereka dapat melakukannya
untuk menyumbang kepada pertumbuhan syarikat milik kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/13/kerajaan-negeri-lantik-pengerusi-baharu-bagi-qhazanah-sabah-berhad-dan-sabah-development-berhad/feed/ 0 27816