sabah dun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 10 Jul 2024 14:12:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah dun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah luluskan RUU Mahkamah Syariah 2024 https://sabahmedia.com/2024/07/10/dun-sabah-luluskan-ruu-mahkamah-syariah-2024/ https://sabahmedia.com/2024/07/10/dun-sabah-luluskan-ruu-mahkamah-syariah-2024/#respond Wed, 10 Jul 2024 14:12:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57343
Read Time:52 Second

Kota Kinabalu:    Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu serta tiga pindaan RUU. 

RUU yang diluluskan itu ialah RUU Mahkamah Syariah 2024 manakala, tiga RUU yang dipinda ialah RUU Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Pindaan) 2024, RUU Keterangan Mahkamah Syariah (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan) 2024.

Kesemua RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Agama dan Exco Pendidikan Negeri Sabah.

RUU berkenaan diluluskan selepas bacaan pertama, kedua dan ketiga melibatkan lapan pembahas ketika sidang dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Speaker, Datuk Richard Yong Ke Wong dan Datuk Al Hambra Juhar.

Terdahulu, sesi pagi bermula pada jam 10 pagi menyaksikan lapan soalan sempat dijawab oleh kementerian-kementerian yang berkaitan dalam aturan pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri  Hajiji Noor dan persidangan ditangguhkan pada jam 1.50 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/10/dun-sabah-luluskan-ruu-mahkamah-syariah-2024/feed/ 0 57343
DUN Sabah : Kerajaan melalui agensi penguatkuasa giat laksana operasi bersepadu https://sabahmedia.com/2023/11/30/dun-sabah-kerajaan-melalui-agensi-penguatkuasa-giat-laksana-operasi-bersepadu/ https://sabahmedia.com/2023/11/30/dun-sabah-kerajaan-melalui-agensi-penguatkuasa-giat-laksana-operasi-bersepadu/#respond Wed, 29 Nov 2023 23:56:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45876
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan melalui agensi-agensi penguatkuasa giat melaksanakan operasi bersepadu melibatkan anggota dan aset pelbagai agensi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, ia termasuklah dengan kerjasama perisikan antara pasukan keselamatan serta penggunaan teknologi bagi tujuan pengesanan dan pengawasan sepanjang perairan dan darat Sabah.

Katanya, pelbagai operasi bersepadu yang diadakan sepanjang tahun ini antaranya, Operasi TIRIS, SANGGAH, GASAK, Pacak Laut, Kontena, Gudang dan lain-lain bagi membanteras penyelewengan ini.

“Berdasarkan rekod Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, sebanyak lebih RM5 juta nilai barangan telah dirampas bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

“Jumlah itu melibatkan 931 kes pemeriksaan dan 11 tindakan kes pendakwaan telah dilaksanakan ke atas individu-individu yang melakukan aktiviti penyeludupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Jabatan Ketua Menteri (JKM) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Abidin berkata, bagi rekod Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), sebanyak lebih RM17 juta nilai barangan telah dirampas melibatkan 1,763,836 jumlah pemeriksaan fizikal, 459 kes tangkapan dan 150 buah kenderaan dan bot juga telah dirampas pada tahun ini.

Manakala bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Abidin berkata, agensi itu berjaya merekodkan lebih RM2 juta nilai barangan telah dirampas.

“JKDM juga telah melaksanakan 1,618 aktiviti rondaan dan 643 kes serbuan telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.

“Manakala bagi rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 460 kertas siasatan telah dibuka dan seramai 495 orang telah ditangkap atas kesalahan penyeludupan Kontraban serta 16 kes melibatkan makanan sejuk beku dengan 76 orang tangkapan di negeri Sabah bagi tempoh 10 bulan pertaman tahun ini.

“Ianya juga melibatkan nilai rampasan keseluruhan setakat ini lebih kurang RM119 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Abidin berkata, penguatkuasaan yang dilaksanakan ini menunjukkan kerajaan sangat komited dalam setiap usaha yang dilaksanakan untuk membanteras penyelewengan terutama yang melibatkan penyeludupan barang-barang kawalan yang seharusnya dinikmati oleh rakyat jelata. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/30/dun-sabah-kerajaan-melalui-agensi-penguatkuasa-giat-laksana-operasi-bersepadu/feed/ 0 45876