Sabah electricity – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Aug 2026 14:09:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah electricity – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Electricity sahkan insiden maut renjatan elektrik di Weston, Beaufort https://sabahmedia.com/2026/08/06/sabah-electricity-sahkan-insiden-maut-renjatan-elektrik-di-weston-beaufort/ https://sabahmedia.com/2026/08/06/sabah-electricity-sahkan-insiden-maut-renjatan-elektrik-di-weston-beaufort/#respond Thu, 06 Aug 2026 14:09:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101110
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) mengesahkan berlaku insiden renjatan elektrik di kawasan Weston, Beaufort, yang mengakibatkan tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) maut pada Khamis.

Sabah Electricity menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta seluruh warga PDRM atas kehilangan tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Sabah Electricity berkata pasukan teknikalnya telah digerakkan ke lokasi sejurus menerima makluman mengenai kejadian bagi memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Menurutnya, pihaknya turut memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM dan agensi berkaitan dalam siasatan yang sedang dijalankan.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Sabah Electricity menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.

Sabah Electricity menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa sehingga siasatan selesai serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/06/sabah-electricity-sahkan-insiden-maut-renjatan-elektrik-di-weston-beaufort/feed/ 0 101110
KJJ perkukuh kerjasama jayakan aspirasi Sabah Electricity https://sabahmedia.com/2026/07/31/kjj-perkukuh-kerjasama-jayakan-aspirasi-sabah-electricity/ https://sabahmedia.com/2026/07/31/kjj-perkukuh-kerjasama-jayakan-aspirasi-sabah-electricity/#respond Fri, 31 Jul 2026 01:54:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100833
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kesatuan Jurutera-Jurutera (KJJ) Sabah Electricity mengorak langkah memperkukuh peranannya sebagai rakan strategik syarikat apabila Mesyuarat Agung Tahunan KJJ yang diadakan pada Sabtu menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan baharu bagi menerajui kesatuan untuk penggal akan datang.

Barisan Kepimpinan KJJ Sabah Electricity baharu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar, yang menyeru seluruh ahli kesatuan agar terus memperkukuhkan perpaduan serta memainkan peranan aktif dalam menjaga kebajikan ahli di samping menyokong agenda transformasi syarikat menerusi RESET 2030.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa hubungan erat antara pihak pengurusan dan kesatuan merupakan asas penting dalam mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, produktif dan progresif.

“Kesatuan bukan sahaja menjadi platform memperjuangkan kebajikan ahli, malah merupakan rakan strategik kepada pengurusan dalam membina organisasi yang lebih kukuh dan berdaya saing.

“Saya berharap KJJ akan terus memperkasakan peranannya serta meningkatkan kesedaran mengenai manfaat keahlian agar lebih ramai jurutera mendapat manfaat daripada platform ini,” katanya.

Mohd Yaakob turut menyeru para jurutera Sabah Electricity untuk terus meningkatkan kompetensi profesional dan membina reputasi sebagai tenaga pakar yang dihormati bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa.

Mesyuarat tersebut turut menyaksikan Ahmad Syazwan Saidin, Jurutera Kanan dipilih sebagai Yang Dipertua KJJ baharu bagi menerajui kesatuan untuk sesi akan datang.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Yang Dipertua, Ir.Ts. Ahmad Syazwan merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli kesatuan dan komited untuk memperkukuh peranan KJJ sebagai platform yang memperjuangkan kebajikan, pembangunan profesional serta kepentingan jurutera Sabah Electricity.

“Saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli KJJ. Kepimpinan baharu ini akan meneruskan usaha memperkukuh hubungan baik dengan pihak pengurusan demi memastikan kebajikan ahli sentiasa diberi perhatian, di samping menyokong segala inisiatif strategik syarikat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa KJJ akan terus menjadi platform yang menyatukan warga kejuruteraan dalam melahirkan tenaga profesional yang kompeten, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran industri tenaga masa hadapan.

“KJJ juga akan terus memperkasakan pembangunan profesional ahli melalui program peningkatan kompetensi, perkongsian ilmu dan penglibatan aktif dalam inisiatif yang menyokong aspirasi syarikat kelak,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/31/kjj-perkukuh-kerjasama-jayakan-aspirasi-sabah-electricity/feed/ 0 100833
SE ambil pendekatan berhemah susulan isu tular di media sosial https://sabahmedia.com/2026/05/12/se-ambil-pendekatan-berhemah-susulan-isu-tular-di-media-sosial/ https://sabahmedia.com/2026/05/12/se-ambil-pendekatan-berhemah-susulan-isu-tular-di-media-sosial/#respond Tue, 12 May 2026 09:11:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96548
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity (SE) sentiasa mengambil pendekatan berhemah, telus dan bertanggungjawab khususnya melibatkan kebimbangan dan sentimen pengguna berhubung isu peningkatan bil elektrik yang banyak tular di media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif SE, Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, ia adalah bagi memastikan kebajikan pengguna terus dipelihara di samping menjamin kelestarian sistem bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata, pihaknya turut mengambil perhatian isu-isu yang tular melibatkan isu cagaran tambahan, peningkatan bil elektrik akibat penggunaan, tunggakan bil selain tindakan penguatkuasaan berkaitan Kes Usikan Pepasangan Meter (KUPM).

“Cagaran tambahan merujuk kepada bayaran deposit tambahan yang dikenakan kepada pengguna elektrik berdasarkan peningkatan penggunaan semasa atau rekod pembayaran tertentu, sebagai jaminan bagi memastikan bayaran bil elektrik dibuat dengan teratur.

“Semakan cagaran ini dilaksanakan secara berkala selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 serta Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 2024 dan Akta Bekalan Elektrik 1990 yang memberi kuasa kepada pemegang lesen untuk mengenakan cagaran sebagai jaminan pembayaran bekalan elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bersama media berkenaan Cagaran Tambahan, KUPM dan Penggunaan Tenaga di Bangunan KWSP, di sini, pada Selasa.

Yaakob berkata, keperluan melaksanakan semakan cagaran tambahan setiap enam bulan adalah bagi memastikan jumlah cagaran yang dipegang adalah selaras dengan corak penggunaan semasa dan risiko pembayaran pengguna.

Beliau berkata, semakan berkala itu membantu memastikan akaun pengguna mempunyai jaminan yang mencukupi sekiranya berlaku peningkatan penggunaan elektrik atau tunggakan bayaran.

“Ini sekali gus menyokong kelangsungan operasi dan kestabilan sistem bekalan elektrik secara menyeluruh,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/12/se-ambil-pendekatan-berhemah-susulan-isu-tular-di-media-sosial/feed/ 0 96548
Sabah Electricity hulur sumbangan mangsa kebakaran Kg Bahagia, Sandakan https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/#respond Wed, 29 Apr 2026 12:48:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95819
Read Time:1 Minute, 9 Second

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn.Bhd. (Sabah Electricity) tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang lalu sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti yang terlibat.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Sabarudin Akibe, Head Distribution (Operation & Maintenance) Zon Timur kepada wakil mangsa dalam satu program ringkas yang diadakan di Pusat Penempatan Sementara pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah diagihkan ke empat Pusat Penempatan Sementara (PPS) iaitu PPS Batu Sapi, PPS SMK Batu Sapi, PPS SK Bahagia dan PPS Dewan Serbaguna Warga Tua bagi menyokong keperluan kebajikan mangsa yang terjejas, khususnya dalam menghadapi cabaran pasca bencana.

Menurut beliau, Sabah Electricity sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu dan menyantuni komuniti yang memerlukan.

“Sabah Electricity amat bersimpati dengan nasib mangsa yang terlibat dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam meneruskan kehidupan seharian serta proses pemulihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 127 bakul makanan telah disampaikan bagi membantu 160 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas, sebagai usaha meringankan beban dan memastikan keperluan asas mereka terus terbela.

Selain bantuan segera, Sabah Electricity turut bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan bekalan elektrik di kawasan terjejas sentiasa terpelihara, termasuk pemeriksaan dan pemulihan infrastruktur yang terlibat.

Sabah Electricity akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong kesejahteraan komuniti serta memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa selamat, stabil dan boleh dipercayai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/feed/ 0 95819
Sabah Electricity sasar 400,000 pengguna mySE+ https://sabahmedia.com/2026/04/21/sabah-electricity-sasar-400000-pengguna-myse/ https://sabahmedia.com/2026/04/21/sabah-electricity-sasar-400000-pengguna-myse/#respond Tue, 21 Apr 2026 07:31:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95257
Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn. Bhd. menyasarkan 400,000 pengguna berdaftar bagi aplikasi baharu mySE+ dalam usaha memperkukuh perkhidmatan pelanggan serta memudahkan urusan bil elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, sasaran itu dibuat susulan kejayaan aplikasi terdahulu yang merekodkan kira-kira 270,000 pengguna daripada 725,000 akaun pelanggan di Sabah.

Menurutnya, aplikasi mySE+ yang sebelum ini dikenali sebagai mySESB telah dinaik taraf dengan pelbagai ciri baharu bagi meningkatkan penggunaan platform digital, khususnya dalam pembayaran bil.

“Setakat ini, kutipan bayaran melalui aplikasi mencecah sekitar RM50 juta sebulan hasil pelaksanaan secara dalaman dan ujian bersama pengguna.

“Ini menunjukkan pengguna semakin selesa menggunakan kaedah digital,” katanya pada sidang media sempena Majlis Media Luncheon Bersama Sabah Electricity di sini, hari ini.

Aplikasi mySE+ kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan portal rasmi Sabah Electricity.

Dalam pada itu, beliau berkata permintaan elektrik di Sabah meningkat susulan cuaca panas dengan rekod terkini mencecah 1,232 megawatt (MW).

Bagaimanapun, katanya, margin simpanan tenaga kekal mencukupi pada tahap 21 peratus bagi menampung keperluan semasa.

“Berbanding sebelum ini, bekalan kini lebih stabil hasil pelbagai langkah penambahbaikan,” katanya.

Mengulas isu bil elektrik, beliau berkata kenaikan sekitar 15 hingga 20 peratus sejak dua bulan lalu dipengaruhi pelarasan tarif, musim perayaan serta peningkatan penggunaan ketika cuaca panas.

Katanya, ramai pengguna tidak menyedari peningkatan penggunaan elektrik sehingga menyebabkan bil lebih tinggi daripada kebiasaan.

“Melalui aplikasi ini, pengguna boleh memantau penggunaan dan mengawal perbelanjaan dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, selain aplikasi itu berfungsi sebagai hab digital yang membolehkan pengguna menyemak bil, ia juga memantau penggunaan serta menerima notifikasi gangguan bekalan secara masa nyata, termasuk status pemulihan dan anggaran tempoh gangguan.

“Maklumat yang pantas membantu pengguna merancang aktiviti harian selain menggalakkan penggunaan tenaga secara lebih berhemah,” katanya.

Tambahnya, aplikasi itu turut dilengkapi ciri luar talian bagi membolehkan semakan dibuat di kawasan yang mempunyai capaian internet terhad.

“Aplikasi lama akan digunakan sehingga hujung tahun ini sebelum peralihan penuh ke mySE+,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen Sabah Electricity dalam meningkatkan kecekapan serta ketelusan perkhidmatan kepada pengguna.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/21/sabah-electricity-sasar-400000-pengguna-myse/feed/ 0 95257
Projek pencawang baharu tingkat kestabilan elektrik di Ranau https://sabahmedia.com/2026/03/11/projek-pencawang-baharu-tingkat-kestabilan-elektrik-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2026/03/11/projek-pencawang-baharu-tingkat-kestabilan-elektrik-di-ranau/#respond Wed, 11 Mar 2026 11:31:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93084
Read Time:1 Minute, 11 Second

RANAU: Kerajaan Sabah menghargai komitmen berterusan Sabah Electricity (SE) dalam memperkukuh sistem pembekalan elektrik di daerah ini melalui pelaksanaan projek infrastruktur tenaga yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara usaha penting yang dilaksanakan ialah pembinaan Pencawang Pembahagian Utama Ranau 33/11kV bernilai lebih RM30 juta.

Beliau berkata, pencawang itu kini menghubungkan daerah Ranau secara terus kepada grid elektrik Sabah.

“Kemudahan tersebut memberi manfaat kepada lebih 15,000 pengguna di kawasan Ranau sekali gus meningkatkan kestabilan dan kecekapan bekalan elektrik kepada penduduk serta premis perniagaan di daerah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Seikhlas Budi, Sesuci Ramadan di Kampung Karanaan di sini pada Selasa.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif itu juga dilihat sebagai langkah penting dalam menyokong pembangunan ekonomi setempat selain merangsang pertumbuhan sektor pelancongan di kawasan Ranau dan Kundasang yang semakin berkembang.

Mengulas mengenai program itu, Masidi berkata, penglibatan syarikat swasta, individu berkepentingan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat di negeri ini amat dialu-alukan oleh Kerajaan.

Katanya, komitmen itu diperlukan bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan bantuan.

“Kerajaan sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya ke atas sebarang usaha daripada pihak tertentu untuk membangunkan tanggungjawab sosial sebagai inisiatif membantu golongan memerlukan.

“Usaha Sabah Electricity ini menunjukkan bahawa Sabah Electricity menitikberatkan nilai-nilai kerohanian dan institusi keagamaan dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/11/projek-pencawang-baharu-tingkat-kestabilan-elektrik-di-ranau/feed/ 0 93084
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity dilantik Ahli Program CEO@Faculty FST UMS https://sabahmedia.com/2026/03/11/ketua-pegawai-eksekutif-sabah-electricity-dilantik-ahli-program-ceofaculty-fst-ums/ https://sabahmedia.com/2026/03/11/ketua-pegawai-eksekutif-sabah-electricity-dilantik-ahli-program-ceofaculty-fst-ums/#respond Wed, 11 Mar 2026 07:13:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93067
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar dilantik sebagai ahli Program CEO@Faculty di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut kenyataan UMS, pelantikan itu disampaikan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor dalam satu majlis yang berlangsung di Bangunan Canselori UMS pada Isnin.

Program CEO@Faculty merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi merapatkan jurang antara dunia akademia dan industri.

Melalui program tersebut, ketua pegawai eksekutif serta pemimpin industri berpeluang berkongsi pengalaman kepimpinan, memberi bimbingan kepada pensyarah dan pelajar serta menyumbang kepada pembangunan kurikulum yang lebih selari dengan keperluan industri semasa.

Menurut UMS, pelantikan Mohd Yaakob juga selari dengan kekuatan FST dalam bidang sains, teknologi dan kelestarian alam sekitar, khususnya berkaitan pembangunan teknologi tenaga serta penerokaan penggunaan tenaga hijau.

Fakulti itu turut berhasrat memperkukuh hubungan strategik dengan industri tenaga, khususnya Sabah Electricity, bagi memperluas kolaborasi dalam pembangunan program akademik, penyelidikan serta inovasi termasuk pembangunan modal insan yang berdaya saing.

Mohd Yaakob juga dijangka terlibat dalam beberapa inisiatif bersama pelajar dan pensyarah termasuk sesi perkongsian kepimpinan industri, perbincangan strategik berkaitan sektor tenaga serta penerokaan peluang kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan teknologi tenaga lestari.

UMS berkata pelantikan itu diharap membuka lebih banyak ruang kerjasama antara universiti dan industri dalam menyokong agenda pembangunan tenaga mampan serta melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi cabaran industri, khususnya di Sabah.

Turut hadir menyaksikan penyampaian pelantikan tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Sabah Electricity, Saadiah Aziz. Hadir sama Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UMS, Coswald Stephen Sipaut; Dekan FST, Rodeano Roslee; Timbalan Pengarah Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri UMS, Chin Pie Yee; serta Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa FST, Mohamad Zul Hilmey Makmud.

Turut hadir wakil Sabah Electricity iaitu Pengurus Besar (Pengurusan Aset Penghantaran), Mohammad Fauzi Awang dan Ketua (Strategi Penghantaran), Sudalli Sabtuahim.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/11/ketua-pegawai-eksekutif-sabah-electricity-dilantik-ahli-program-ceofaculty-fst-ums/feed/ 0 93067
Sabah Electricity beri rebat elektrik 2.5 peratus kepada 661,774 pengguna https://sabahmedia.com/2026/01/27/sabah-electricity-beri-rebat-elektrik-2-5-peratus-kepada-661774-pengguna/ https://sabahmedia.com/2026/01/27/sabah-electricity-beri-rebat-elektrik-2-5-peratus-kepada-661774-pengguna/#respond Tue, 27 Jan 2026 08:14:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90470
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) hari ini mengumumkan pemberian rebat elektrik sebanyak 2.5 peratus kepada pengguna yang layak sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat serta memastikan kebajikan pengguna terus terpelihara.

Pemberian rebat itu akan memberikan manfaat kepada seramai 661,774 pelanggan Sabah Electricity di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, pemulangan rebat berjumlah RM10.4 juta itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun bil elektrik pengguna berdaftar secara berperingkat bermula pada Januari 2026

“Rebat ini diberikan kepada pengguna di bawah Electricity Supply Enactment 2024, Licensee Supply Regulations 2024 Regulation (5) (1) yang mana menyatakan pihak Sabah Electricity dikehendaki membuat pembayaran faedah 2.5% ke atas deposit tunai pada bulan Januari setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Menurutnya, inisiatif ini mencerminkan komitmen Sabah Electricity untuk mengimbangi keperluan kemampanan kewangan syarikat dengan kepentingan pengguna, khususnya dalam suasana ekonomi semasa.

“Wang cagaran dikira bersamaan dua bulan penggunaan bil elektrik berdasarkan purata bagi enam bulan terakhir dan akan disemak setiap enam bulan.

“Penambahan wang cagaran hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkatan penggunaan berbanding wang cagaran sedia ada. Bagaimanapun, jika purata penggunaan kurang daripada wang cagaran, maka ia boleh dipulangkan kepada pengguna atas permintaan pengguna melalui rebat kepada bil elektrik mereka,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Mohd Yaakob turut menggalakkan pengguna untuk mengamalkan penggunaan tenaga secara berhemah serta memanfaatkan kemudahan pemantauan penggunaan elektrik melalui portal dan aplikasi rasmi syarikat bagi membantu pengurusan perbelanjaan elektrik dengan lebih berkesan.

“Pengguna boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan mengunjungi pejabat Sabah Electricity berdekatan atau menghubungi talian perkhidmatan pelanggan 15444 atau 088-515000,” ujarnya.

Selain itu katanya, pengguna juga boleh memuat turun aplikasi Sabah Electricity melalui telefon pintar untuk mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan Sabah Electricity.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/27/sabah-electricity-beri-rebat-elektrik-2-5-peratus-kepada-661774-pengguna/feed/ 0 90470
Sabah Electricity sumbang RM5.2 juta melalui inisiatif CSR, perkasa kesejahteraan rakyat https://sabahmedia.com/2026/01/20/sabah-electricity-sumbang-rm5-2-juta-melalui-inisiatif-csr-perkasa-kesejahteraan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2026/01/20/sabah-electricity-sumbang-rm5-2-juta-melalui-inisiatif-csr-perkasa-kesejahteraan-rakyat/#respond Tue, 20 Jan 2026 07:50:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90049
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd telah menyumbang sebanyak RM5.2 juta menerusi pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memperkasa komuniti, menyokong pendidikan, meningkatkan kebajikan serta memelihara alam sekitar di Sabah.

Ketua Pegawai Komunikasi Korporat Sabah Electricity, Lisa Wan Siew Han, berkata usaha berkenaan akan diteruskan pada tahun 2026 selaras dengan komitmen berterusan syarikat itu dalam memperkasa kesejahteraan rakyat Sabah.

“Melalui CSR, kami bukan sahaja membekalkan tenaga kepada rumah dan industri, tetapi turut menyemarakkan hati dan harapan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Sabah Electricity Bersama Media di sini, hari ini.

Majlis itu turut diserikan dengan Sesi Penyerahan Sumbangan CSR Sabah Electricity kepada 10 orang wakil media yang terdiri daripada ahli Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Kota Kinabalu Journalist Association (KKJA).

Menurut Lisa, tahun 2026 dijangka menjadi tempoh penting buat Sabah Electricity dengan pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi yang bukan sahaja signifikan kepada pembangunan sektor tenaga negeri, malah menjadi mercu tanda dalam perjalanan syarikat ke arah pertumbuhan mampan.

Beliau berkata projek-projek tersebut turut membuka ruang kepada rakan media untuk membuat liputan dan penceritaan yang bermakna kepada rakyat, sekali gus memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap hala tuju pembangunan tenaga di Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan media atas sokongan dan kerjasama berterusan, khususnya dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan telus, termasuk ketika berdepan situasi krisis.

“Hubungan strategik bersama media amat penting dalam memastikan penyampaian maklumat yang seimbang dan berintegriti kepada rakyat,” katanya.

Lisa menegaskan jamuan media itu bukan sekadar pertemuan santai, sebaliknya menjadi simbol penghargaan terhadap jalinan kerjasama, kepercayaan dan tanggungjawab bersama antara Sabah Electricity dan media.

Beliau berharap hubungan berkenaan akan terus diperkukuh demi menyampaikan maklumat yang tepat, telus dan berimbang serta bersama-sama menyumbang ke arah kemajuan Sabah dan kesejahteraan rakyatnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/20/sabah-electricity-sumbang-rm5-2-juta-melalui-inisiatif-csr-perkasa-kesejahteraan-rakyat/feed/ 0 90049
Vendor Day Sabah Electricity jadi platform kukuh tingkat peluang niaga https://sabahmedia.com/2025/10/24/vendor-day-sabah-electricity-jadi-platform-kukuh-tingkat-peluang-niaga/ https://sabahmedia.com/2025/10/24/vendor-day-sabah-electricity-jadi-platform-kukuh-tingkat-peluang-niaga/#respond Fri, 24 Oct 2025 12:15:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84082
Read Time:2 Minute, 21 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Para vendor menyambut baik penganjuran Vendor Day 2025 oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) yang disifatkan sebagai platform penting bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara syarikat tempatan dan luar Sabah, selain membuka peluang baharu dalam rantaian bekalan tenaga di negeri ini.

Program selama dua hari yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu merupakan edisi keempat sejak mula diperkenalkan pada 2011 dan akan diteruskan setiap dua tahun sekali selepas ini.

Pengarah Urusan Lagenda, Datuk Tan Pek Chian, berkata penganjuran Vendor Day bukan sahaja membuka peluang niaga, tetapi turut memberi inspirasi kepada usahawan tempatan untuk terus berkembang.

“Saya sendiri pernah memandu lori sebelum menjadi vendor utama dalam industri ini. Hari ini, Lagenda mempunyai tujuh kilang di seluruh Sabah dan menguruskan kebanyakan lori industri di negeri ini,” katanya.

“Acara seperti ini sangat baik kerana kami dapat berinteraksi dengan pelbagai penyedia perkhidmatan dan kontraktor. Kami juga mahu membuktikan bahawa vendor tempatan mampu bersaing serta menawarkan perkhidmatan setanding dengan syarikat dari Semenanjung,” katanya lagi.

Beliau turut berharap agar syarikat-syarikat tempatan terus diberi peluang untuk mengembangkan operasi bukan sahaja di Sabah, malah ke Semenanjung dan peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Pengerusi Federal Power Sdn. Bhd., Datuk Seri NW Hisham Abdul Wahab, menyifatkan program anjuran Sabah Electricity itu sebagai satu inisiatif inklusif yang memberi peluang sama rata kepada semua vendor, termasuk dari Semenanjung.

“Program ini memberi ruang kepada vendor Bumiputera mengetengahkan produk masing-masing dan berpotensi menjalin kerjasama dengan vendor tempatan di Sabah. Saya harap hubungan ini dapat memperkukuh jaringan antara Semenanjung dan Sabah maju Sabah, maju juga Semenanjung,” katanya.

Sementara itu, Pengarah merangkap Ketua Pegawai Operasi JWA Design & Build Sdn. Bhd, Annie Wong, menyifatkan Vendor Day sebagai wadah penting bagi memperkenalkan potensi syarikat tempatan serta membina kepercayaan pelanggan.

“Acara seperti ini membuka peluang kepada masyarakat umum untuk mengenali syarikat-syarikat tempatan dan memahami perkhidmatan kami. Pada masa sama, ia membantu kami meluaskan rangkaian serta menjana peluang perniagaan baharu,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi bahawa produk mereka mendapat sambutan baik sepanjang pameran, dengan ramai pelawat tertarik kepada panel dinding dan pelan artifisial yang mudah dipasang serta sesuai untuk kediaman dan premis komersial.

Bagi Ketua Komersial dan Teknologi Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd., Ts. Zuhrizad Zulkifli, platform seperti Vendor Day memberi peluang kepada syarikatnya memperkenalkan produk dan perkhidmatan kabel kepada pasaran Sabah.

“Kami membekalkan kabel voltan rendah, sederhana dan tinggi ke seluruh Malaysia. Acara ini membolehkan kami memperluas perniagaan ke Sabah bukan sekadar produk, tetapi juga perkhidmatan penyelenggaraan dan pengukuhan sistem bekalan elektrik,” jelasnya.

“Kami berharap dapat menjadi rakan strategik kepada Sabah Electricity dalam memperkukuh sistem tenaga, termasuk projek Southern Link dan penggantian kabel lama di kawasan bandar serta luar bandar,” katanya.

Vendor Day 2025 anjuran Sabah Electricity menjadi landasan penting bagi menghubungkan penggiat industri tenaga dan pembekal tempatan dalam usaha bersama meningkatkan keupayaan serta kecekapan sektor tenaga di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/24/vendor-day-sabah-electricity-jadi-platform-kukuh-tingkat-peluang-niaga/feed/ 0 84082