Sabah Energy Corporation – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Sep 2026 08:49:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah Energy Corporation – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Energy Corporation terbit sukuk sulung RM350 juta https://sabahmedia.com/2026/09/18/sabah-energy-corporation-terbit-sukuk-sulung-rm350-juta/ https://sabahmedia.com/2026/09/18/sabah-energy-corporation-terbit-sukuk-sulung-rm350-juta/#respond Fri, 18 Sep 2026 08:49:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103680
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC), syarikat tenaga bersepadu milik kerajaan negeri Sabah yang menerajui pembangunan sumber tenaga negeri, berjaya menerbitkan sukuk sulung bernilai RM350 juta di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM3 bilion.

Penerbitan sulung SEC dalam pasaran modal sukuk Malaysia itu menjadi satu pencapaian penting bagi syarikat berkenaan dalam memperkukuh keupayaan pembiayaan jangka panjang.

Sukuk berkenaan menerima penarafan jangka panjang AAA dengan prospek stabil daripada RAM Rating Services Berhad.

Ia turut berjaya ditetapkan harganya menerusi proses pembinaan buku pesanan, yang merupakan kali pertama dilaksanakan oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri Sabah, selain menerima lebihan langganan sebanyak 2.2 kali.

Prestasi itu dicapai meskipun keadaan pasaran berdepan ketidaktentuan susulan peningkatan ketegangan geopolitik.

Maybank Investment Bank Berhad bertindak sebagai Penasihat Utama Tunggal, Pengatur Utama Tunggal, Pengurus Utama Tunggal, Penasihat Penstrukturan Kelestarian Tunggal, Penasihat Syariah dan Ejen Kemudahan bagi transaksi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEC, Datuk Ir. Adzmir Abd Rahman, berkata penerbitan sulung itu menandakan penubuhan Program Sukuk Wakalah pertama syarikat yang menyediakan platform pembiayaan berskala dan fleksibel.

Katanya, platform berkenaan akan menyokong agenda PETA 2030 SEC dalam memperkukuh teras gas dan infrastruktur, memperluas penjanaan tenaga serta tenaga boleh diperbaharui, selain membolehkan pelaburan secara berdisiplin di sepanjang rantaian nilai tenaga Sabah.

“Secara tidak langsung, ia menyokong hasil lebih luas yang digariskan menerusi SERAMP 2040, termasuk memperkukuh keselamatan tenaga, mempercepatkan peralihan tenaga dan memastikan bekalan tenaga yang lebih dipercayai untuk Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Investment Banking, Michael Oh-Lau, berkata penerbitan berkenaan memperluas dan mempelbagaikan akses SEC kepada pembiayaan Ringgit jangka panjang.

Katanya, transaksi itu turut meningkatkan profil SEC dan Sabah dalam kalangan pelabur institusi domestik serta antarabangsa.

“Lebihan langganan yang kukuh mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kekuatan kredit dan hala tuju pertumbuhan SEC.

“Kami berbangga dapat menyokong pembangunan infrastruktur Sabah serta kedudukan negeri ini dalam ekosistem tenaga ASEAN,” katanya.

Peranan Maybank dalam transaksi itu turut melanjutkan rekod prestasinya yang merangkumi pengiktirafan sebagai Bank Terbaik untuk Korporat Besar di ASEAN dan Malaysia, Bank Pelaburan Terbaik bagi Pasaran Modal Hutang serta Bank Terbaik di Malaysia pada Euromoney Awards for Excellence 2026.

Sehingga kini, Maybank menduduki tempat pertama dalam semua jadual liga pengurus utama Bloomberg bagi penerbitan Ringgit dalam pasaran modal hutang dan sukuk.

SEC yang dikorporatkan pada 1997 di bawah rangka kerja Sabah Energy Corporation (Successor Company), berkembang daripada sebuah syarikat utiliti gas kepada kumpulan tenaga yang lebih pelbagai dan bersepadu secara menegak.

Ketika ini, SEC memainkan peranan penting dalam ekosistem tenaga Sabah sebagai satu-satunya pengagregat, pengangkut dan pengedar gas asli negeri, selain mempunyai kepentingan dalam infrastruktur gas asli, penjanaan tenaga, tenaga boleh diperbaharui serta perkhidmatan sokongan minyak dan gas luar pesisir.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/18/sabah-energy-corporation-terbit-sukuk-sulung-rm350-juta/feed/ 0 103680
Sabah Energy Corporation bayar dividen RM14 juta https://sabahmedia.com/2024/07/10/sabah-energy-corporation-bayar-dividen-rm14-juta/ https://sabahmedia.com/2024/07/10/sabah-energy-corporation-bayar-dividen-rm14-juta/#respond Wed, 10 Jul 2024 06:30:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57329
Read Time:24 Second

KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation (SEC) membayar RM14 juta dividen kepada Kerajaan Negeri bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyampaian cek daripada Ketua Pegawai Eksekutif SEC Datuk Adzmir Abdul Rahman kepada Setiausaha Tetap Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Pengeruai SEC Datuk Annuar Ayub.

Hajiji kemudiannya turut menyaksikan penyampaian sumbangan RM500,000 daripada Sabah Softwood Berhad kepada Yayasan Kebajikan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/10/sabah-energy-corporation-bayar-dividen-rm14-juta/feed/ 0 57329
Sabah Energy Corporation, Pembekal & Pengangkut Gas Asli Domestik Terbesar Sabah https://sabahmedia.com/2022/10/11/sabah-energy-corporation-pembekal-pengangkut-gas-asli-domestik-terbesar-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/10/11/sabah-energy-corporation-pembekal-pengangkut-gas-asli-domestik-terbesar-sabah/#respond Tue, 11 Oct 2022 10:07:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=22710
Read Time:3 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah, Sabah Energy Corporation (SEC) kini menjadi pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di Sabah, sekaligus sebagai antara pemain utama industri minyak dan gas di Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dengan pemerolehan kontrak gas PETRONAS di Sabah, SEC telah menjadi pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di negeri ini, yang akan terlibat memindahkan lebih daripada 250MMscfd (Million Standard Cubic Feet Per Day) gas asli ke IPP sedia ada.

Menurutnya, dengan pangkalan pelanggan yang lebih besar dan kawalan infrastruktur, SEC bersedia untuk mengembangkan lagi perniagaan gasnya di Sabah, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat peningkatan penyertaan GLC negeri dalam industri minyak dan gas.

“SEC terlibat secara signifikan sebagai antara pemain utama industri minyak dan gas di Malaysia, adalah selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya untuk memajukan industri minyak dan gas di Sabah.

“Justeru, Kerajaan Negeri amat berbesar hati dengan pemeteraian pelbagai perjanjian gas dengan PETRONAS kerana ia menyokong pertumbuhan industri gas hiliran di negeri ini”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Gas Asli dan Pertukaran Dokumen Perjanjian Jual Beli Aset dan Perniagaan Gas di antara PETRONAS dan Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC) di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan merangkap Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Gas Asli dan Pertukaran Dokumen Perjanjian Jual Beli Aset dan Perniagaan Gas menandakan satu lagi pencapaian penting bagi negeri Sabah selepas termeterainya Perjanjian Kerjasama Komersial atau Commercial Collaboration Agreement (CCA) antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS pada 7hb Disember 2021.

“Sesungguhnya, ini merupakan satu lagi bukti kejayaan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) dalam menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat dan PETRONAS, di dalam satu ekosistem yang saling melengkapi dan seterusnya mengecapi kemakmuran bersama.

”Bertitik tolak daripada pemeteraian Perjanjian Induk (Heads of Agreement – HOA) antara SEC dan PETRONAS untuk pembekalan gas asli berjumlah 120 MMscfd yang telah dicapai sebelum ini, Perjanjian Bekalan Gas Asli (Gas Supply Agreement – GSA) akan memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Sabah melalui SEC untuk menerajui aktiviti pemasaran dan pengagihan gas asli bagi menarik pelaburan domestik dan antarabangsa.

“SEC akan memainkan peranan utama dalam meningkatkan penggunaan gas asli untuk kegunaan industri pembuatan dan tenaga melalui talian perpaipan gas asli yang akan diambil alih daripada PETRONAS bermula pada 1 Januari 2023”, jelasnya.

Beliau berkata, melalui usaha kolaboratif itu, SEC akan memiliki dan mengoperasikan infrastruktur gas asli hiliran utama di Negeri Sabah. Dengan pengambilalihan perniagaan gas asli yang dimiliki oleh PETRONAS pula, SEC akan membekalkan 86% bahan bakar bagi tujuan janakuasa di negeri ini.

Dengan ini, katanya Kerajaan Negeri melalui SEC akan dapat maju ke hadapan dalam meneroka potensi penuh rantaian industri gas asli negeri ini yang pastinya memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada negeri Sabah,sekali gus akan membolehkan Sabah mendapatkan bukan sahaja perkongsian hasil yang lebih besar tetapi penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam hal-hal minyak dan gas.

Hajiji turut berkata, sumber tenaga berasaskan gas asli adalah lebih bersih dan kompetitif berbanding sumber tradisional seperti diesel dan Gas Petroleum Cecair (LPG).

Justeru beliau berharap pemain industri di Negeri Sabah akan mendapat manfaat melalui harga tenaga yang lebih murah supaya dapat membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan di negeri ini. Melalui penggunaan gas asli juga, Kerajaan Negeri akan dapat mengurangkan kadar pelepasan karbon di udara untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih pada tahun 2050.

“Adalah menjadi aspirasi saya untuk Sabah meletakkan secara sah tuntutannya dan melakar jalan yang memberi manfaat kepada rakyat serta generasi akan datang. Kami akan terus berusaha untuk pembangunan yang saksama. Melangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada apa yang perlu dilakukan untuk mengenal pasti dan membangunkan lebih banyak infrastruktur untuk pelaburan masa depan, dalam usaha mewujudkan lebih banyak peluang dan pembangunan kepada rakyat Sabah. Ini akan dilakukan melalui kerjasama, dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS dan pelabur bernilai tinggi”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/10/11/sabah-energy-corporation-pembekal-pengangkut-gas-asli-domestik-terbesar-sabah/feed/ 0 22710