sabah fc kuala lumpur fc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Aug 2023 04:22:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah fc kuala lumpur fc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemain Sabah FC pamer semangat juang hingga minit terakhir https://sabahmedia.com/2023/08/14/pemain-sabah-fc-pamer-semangat-juang-hingga-minit-terakhir/ https://sabahmedia.com/2023/08/14/pemain-sabah-fc-pamer-semangat-juang-hingga-minit-terakhir/#respond Mon, 14 Aug 2023 04:21:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40048
Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee memuji semangat juang anak buahnya yang berusaha sehingga minit akhir bagi mendapatkan kemenangan pada aksi Liga Super di Stadium Likas malam tadi.

Katanya, kemenangan itu penting bagi memastikan pasukannya tidak kehilangan mata di laman sendiri selepas tewas kepada pendahulu liga sebelum ini.

“Ini penting di mana kita tidak boleh kehilangan mata di sini kerana kita tahu liga hampir ke penghujung dan apa yang ditunjukkan oleh semua pemain adalah satu sikap yang cukup positif.

“Aksi permainan seperti ini perlu terus dikekalkan pada perlawanan akan datang,” katanya pada sidang media selepas.perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC di sini malam tadi.

Dalam aksi malam tadi, Sabah FC berjaya mengutip tiga mata penuh apabila pemain importnya, Gabriel Peres berjaya mencipta gol ketiga untuk Sabah pada minit ke-89 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 bermula pada minit ke-78.

Mengulas mengenai aksi perlawanan itu, Kim Swee berkata, kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang untuk mencipta gol kemenangan malam tadi.

Katanya, ia adalah berdasarkan situasi berbalas gol di antara kedua-dua pasukan pada separuh masa kedua sebelum akhirnya Sabah berpeluang mencipta gol kemenangan 3-2 pada minit akhir permainan.

Meskipun KL City menunjukkan permainan yang berkesan pada babak pertama, namun Sabah berjaya memastikan gawangnya tidak dibolosi menyebabkan permainan terikat seri tanpa jaringan sepanjang 45 minit pertama perlawanan.

“Kita tahu KL City bukan satu pasukan mudah di mana mereka bermain mengikut corak permainan yang begitu efektif dan kita gagal mendapatkan peluang.

“Walaupun tidak mendapat peluang tetapi kita tidak dibolosi pada separuh masa pertama, jadi ini memberi ruang kepada kedua-dua pasukan untuk mendapatkan jaringan dan itu berlaku pada separuh masa kedua.

“Pada mulanya kita mendahului dan selepas itu kita ketinggalan, jadi kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang, tetapi kita menunjukkan sikap positif hingga minit terakhir,” katanya.

Sabah memulakan jaringan melalui Stuart John Wilkin sekali gus mendahului permainan dengan 1-0 pada minit ke-50, sebelum disamakan 1-1 oleh pasukan lawan melalui Romel Morales sembilan minit kemudian.

Pemain KL City kemudian berjaya menambah satu lagi gol pada minit ke-70 melalui Muhammad Haqimi Azim Rosli, menjadikan pasukan pelawat di hadapan dengan kedudukan 2-1, namun Kapten Sabah FC, Park Taesu berjaya menjaringkan gol penyamaan 2-2 pada minit ke-78 sebelum Gabriel memberi gol kemenangan pada minit ke-89. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/14/pemain-sabah-fc-pamer-semangat-juang-hingga-minit-terakhir/feed/ 0 40048
Lupakan episod ‘jaringan besar’, fokus perbaiki kedudukan https://sabahmedia.com/2023/08/12/lupakan-episod-jaringan-besar-fokus-perbaiki-kedudukan/ https://sabahmedia.com/2023/08/12/lupakan-episod-jaringan-besar-fokus-perbaiki-kedudukan/#respond Sat, 12 Aug 2023 03:53:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39930
Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Para pemain Sabah FC harus melupakan episod tewas ‘jaringan besar’ sebaliknya perlu fokus bagi memenangi perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, pemain perlu melupakan badi kekalahan dengan jumlah jaringan yang besar sekaligus kembali ke landasan sebenar.

Katanya Sabah FC harus memperbaiki  kedudukan mereka dalam perlawanan-perlawanan terakhir di liga super bagi mengembalikan keyakinan peminat tegar kepada mereka.

“Sehingga kini, kita masih lagi mempunyai beberapa pemain termasuk Saddil dan Cifuentes berada dalam senarai kecederaan.

“Kita mempunyai sehari lagi sebelum sepak mula menentang Kuala Lumpur di Stadium Likas. Saya harap mereka sempat pulih sebelum perlawanan bermula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Kim Swee berkata, Sabah FC memerlukan keputusan positif serta tidak boleh mengalami kekalahan demi kekalahan sehingga mereka kehilangan mata berharga.

“Kita ingin mengekalkan di kelompok teratas liga, ini penting bagi memastikan apabila berakhir nanti Sabah FC berada dalam satu kedudukan yang baik,” katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/12/lupakan-episod-jaringan-besar-fokus-perbaiki-kedudukan/feed/ 0 39930