sabah fc liga super – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Mar 2026 01:18:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah fc liga super – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Liga Super : Sabah FC bangkit selamatkan satu mata di Likas https://sabahmedia.com/2026/03/01/liga-super-sabah-fc-bangkit-selamatkan-satu-mata-di-likas/ https://sabahmedia.com/2026/03/01/liga-super-sabah-fc-bangkit-selamatkan-satu-mata-di-likas/#respond Sun, 01 Mar 2026 01:18:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92463
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Negeri Sembilan FC 1-1 dalam aksi liga di Stadium Likas di sini malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan turun dengan misi besar selepas perubahan di bangku kejurulatihan masing-masing, dengan Sabah kini dibimbing Juan Torres Garrido manakala Negeri Sembilan dikendalikan jurulatih interim K. Rajan.

Sabah yang beraksi di hadapan penyokong sendiri mempamerkan aksi lebih agresif pada babak pertama menerusi kombinasi Darren Lok, Fergus Tierney dan Farhan Roslan, namun ketumpulan penyudah serta disiplin pertahanan pelawat menggagalkan hasrat tuan rumah membuka jaringan awal.

Sebaliknya, Negeri Sembilan terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah pada minit ke-33 menerusi rembatan deras Jovan Motika yang menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim.

Ketinggalan satu gol menyuntik semangat kebangkitan Sang Badak pada separuh masa kedua apabila Garrido melakukan rombakan taktikal dengan memasukkan S. Kumaahran bagi menambah sengat serangan.

Pertukaran itu membuahkan hasil apabila Kumaahran menyamakan kedudukan pada minit ke-69 sekali gus menghidupkan kembali sorakan ribuan penyokong di Stadium Likas.

Kedua-dua pasukan terus saling berbalas serangan dalam usaha memburu gol kemenangan, namun keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan Negeri Sembilan kekal di tangga ketujuh liga dengan 18 mata, manakala Sabah menghuni kedudukan ke-10 dengan 15 mata.

Sabah kini mengalihkan tumpuan kepada aksi separuh akhir MFL Challenge Cup menentang Perak FA pada 4 Mac ini, sementara Negeri Sembilan bakal membuat perhitungan dengan Penang FC pada 7 Mac. – FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/01/liga-super-sabah-fc-bangkit-selamatkan-satu-mata-di-likas/feed/ 0 92463
Aksi cemerlang Mujagic pastikan kemenangan bergaya Sabah FC https://sabahmedia.com/2025/12/24/aksi-cemerlang-mujagic-pastikan-kemenangan-bergaya-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2025/12/24/aksi-cemerlang-mujagic-pastikan-kemenangan-bergaya-sabah-fc/#respond Wed, 24 Dec 2025 01:58:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88781
Read Time:1 Minute, 7 Second

KUALA TERENGGANU: Penyerang import Sabah FC Adjin Mujagic muncul wira apabila meledak dua gol untuk memastikan skuad The Rhinos meraih kemenangan bergaya 3-1 ke atas Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Mujagic menjadi pemusnah harapan tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua Sabah menerusi tandukan pada minit ke-73 sebelum melengkapkan kemenangan Sang Badak dengan sepakan penalti pada minit ke-88.

Perlawanan bermula dengan tekanan Terengganu yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-34 hasil sentuhan Akhyar Rashid untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan 1-0.

Namun Sabah tidak menunggu lama untuk bangkit apabila Fergus Tierney menanduk masuk hantaran Miguel Cifuentes sebelum tamat separuh masa pertama bagi menyamakan kedudukan 1-1.

Kebangkitan itu diteruskan pada babak kedua apabila Mujagic memanfaatkan hantaran lintang Tierney untuk menewaskan penjaga gol Terengganu, sekali gus meletakkan Sabah di hadapan.

Gol ketiga Sabah hadir lewat perlawanan apabila Mujagic tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas hantaran Cifuentes terkena tangan pertahanan tuan rumah, Diego Landis.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah FC mengutip tiga mata berharga sekali gus meningkatkan keyakinan pasukan menjelang pusingan kedua Liga Super, manakala Terengganu FC terpaksa akur dengan kekalahan di hadapan penyokong sendiri.

Terengganu kekal di tangga kelima liga dengan 18 mata selepas 12 perlawanan, sementara Sabah berada di kedudukan kelapan dengan 13 mata. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/24/aksi-cemerlang-mujagic-pastikan-kemenangan-bergaya-sabah-fc/feed/ 0 88781
Liga Super : Sabah FC mahu aksi lebih konsisten bertemu Penang FC https://sabahmedia.com/2025/11/21/liga-super-sabah-fc-mahu-aksi-lebih-konsisten-bertemu-penang-fc/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/liga-super-sabah-fc-mahu-aksi-lebih-konsisten-bertemu-penang-fc/#respond Fri, 21 Nov 2025 05:34:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86595
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC kini berada pada landasan positif dan terbaik menjelang aksi Liga Super menentang Penang FC di Stadium Likas, Ahad ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Jean-Paul de Marigny berkata,  fokus utama pasukan adalah mengekalkan prestasi konsisten sepanjang 90 minit. 

Menurut beliau, walaupun skuadnya cemerlang pada separuh masa pertama ketika menentang Selangor minggu lalu, penurunan intensiti di babak kedua menjadi pengajaran penting.

“Cabaran kami kini adalah mengekalkan momentum sehingga 95 atau 96 minit – apa sahaja yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut memuji Penang FC sebagai pasukan berkualiti dan menegaskan pasukannya perlu berada pada tahap terbaik untuk menewaskan lawan.

Selain itu, de Marigny merakamkan penghargaan kepada penyokong Sabah FC yang semakin memberikan sokongan padu, berharap dorongan mereka menjadi pemangkin bagi meraih tiga mata penuh. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/liga-super-sabah-fc-mahu-aksi-lebih-konsisten-bertemu-penang-fc/feed/ 0 86595
Liga Super : Sabah FC mahu kekal konsisten https://sabahmedia.com/2024/10/30/liga-super-sabah-fc-mahu-kekal-konsisten/ https://sabahmedia.com/2024/10/30/liga-super-sabah-fc-mahu-kekal-konsisten/#respond Wed, 30 Oct 2024 04:30:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63032
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu: Sabah FC mahu kekal konsistem dalam setiap perlawanan bagi mengekalkan atau memperbaiki kedudukan pasukan pada saingan Liga Super musim ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, pada masa ini masih terlalu awal untuk memikirkan soal kedudukan pasukan dalam carta liga memandangkan perlawanan Liga Super masih pada pertengahan musim.

“Masih lagi awal, hanya pertengahan musim. Untuk kita mengekalkan kedudukan kita ataupun memperbaiki, kita harus konsisten. Saya ingin tumpukan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan sebelum kita memikirkan untuk menjadi tempat pertama, kedua ataupun ketiga.

“Tapi yang penting ialah kita perlu memastikan setiap perlawanan kita bermain secara konsisten dan mendapatkan keputusan yang baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC, di Stadium Likas malam tadi.

Sabah kini kembali menduduki tangga ketiga carta Liga Super musim ini dengan mengumpul 23 mata, berada di belakang Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kedudukan Skuad Badak sebelum ini jatuh hingga ke tangga kelima dan keenam, namun kembali naik ke tangga ketiga selepas melakar kemenangan hatrik ketika menentang Perak FC dan Penang FC di tempat lawan, seterusnya menang ke atas KDA FC, malam tadi.

Dalam aksi di Stadium Likas, malam tadi, Sabah FC membelasah KDA dengan jaringan 5-2 setelah mendapat peluang yang baik menambah empat gol pada separuh masa kedua, berbanding hanya satu gol pada babak pertama. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/30/liga-super-sabah-fc-mahu-kekal-konsisten/feed/ 0 63032
Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan https://sabahmedia.com/2024/07/26/sabah-fc-perlu-penyerang-baharu-atasi-bahagian-serangan/ https://sabahmedia.com/2024/07/26/sabah-fc-perlu-penyerang-baharu-atasi-bahagian-serangan/#respond Fri, 26 Jul 2024 07:44:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58084
Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC perlu mendapatkan seorang penyerang baharu bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan Ramon Machado bagi mengatasi kelemahan pada bahagian serangan yang kini dilihat agak tumpul.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, selain ketiadaan Ramon, kecederaan yang dialami beberapa tonggak lain juga menyukarkan jentera serangan skuad Badak.

Katanya, keperluan bagi mendapatkan penyerang baharu itu adalah bagi memastikan Sabah dapat mengekalkan prestasi sehingga ke penghujung musim.

“Kita kehilangan Ramon dan pada masa sama dua pemain utama kita mengalami kecederaan, Saddil Ramdani dan Darren Lok, ini sudah tentu menyukarkan sedikit dari segi penyudah.

“Jadi, saya harap pada musim perpindahan nanti kita mampu melakukan sesuatu, kita inginkan penyerang yang boleh membantu untuk memastikan kita berada pada tahap cukup baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Likas, malam tadi.

Tanpa kehadiran Saddil Ramdani dan Darren Lok pada aksi perlawanan itu  dilihat agak goyang berikutan ketiadaan serangan dan cubaan berbisa seperti yang biasa dilakukan skuad Badak ketika dua tonggak itu beraksi.

Pada perlawanan itu, Sabah berjaya menepati misi untuk memenangi perlawanan di laman sendiri dengan jaringan 2-0 selepas tewas dua kali berturut-turut di Stadium Likas sebelum ini.

Sementara itu, Kim Swee berkata pasukan perlu melihat ke depan berikutan masih banyak lagi perlawanan Liga Super pada musim ini yang perlu ditempuhi.

Beliau turut pemain lain yang diturunkan untuk menggalas tugas serangan pasukan agar dapat memperbaiki aspek penyudah untuk mencipta jaringan.

“Dua tiga pemain yang diturunkan seperti Muhammad Jafri Chew, Harith Naem Jaineh, S Kumaahran dan Muhammad Farhan Roslan harus membuktikan bahawa mereka bukan saja bermain dengan baik tetapi mereka juga perlu memastikan dapat memperbaiki penyudah,” katanya.

Sabah tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini, masing-masing dua di laman sendiri ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super dan Terengganu FC dalam suku akhir kedua Piala FA, manakala satu lagi kekalahan ialah ketika aksi suku akhir pertama Piala FA di Kuala Terengganu.

Sabah akan bertemu Kuala Lumpur FC (KLFC) di Stadium Bola  Kuala Lumpur pada 31 Julai ini dan kini menduduki ditangga kedua liga dengan mengutip 10 mata. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/26/sabah-fc-perlu-penyerang-baharu-atasi-bahagian-serangan/feed/ 0 58084
Liga Super : Kemenangan di laman sendiri suntik semangat pemain Sabah FC https://sabahmedia.com/2024/05/26/liga-super-kemenangan-di-laman-sendiri-suntik-semangat-pemain-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2024/05/26/liga-super-kemenangan-di-laman-sendiri-suntik-semangat-pemain-sabah-fc/#respond Sun, 26 May 2024 11:13:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55051
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengakui kemenangan di laman sendiri selepas menewaskan Kuching City FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas malam tadi telah menyuntik semangat pemain untuk lebih konsisten.

Katanya, tiga mata pertama itu juga dilihat penting sebelum saingan Liga Super berehat seketika sempena perlawanan pusingan kedua Kelayakan Asia Piala Dunia FIFA pada awal bulan depan.

“Penting untuk kita mendapatkan tiga mata penuh dan ini sudah tentu menyuntik semangat pemain sebelum kita berehat dengan kalendar FIFA.

“Selepas ini kita akan kembali dengan Piala FA dan saya harap kita akan bertambah baik dari sekarang dan lebih konsisten lagi selepas ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi semalam, Sabah bangkit menewaskan Kuching City selepas ketinggalan 1-0 hasil jaringan pendahuluan penyerang lawan, Pedro Henrique pada minit ke-63.

Sabah bagaimanapun dapat menyamakan kedudukan 1-1 hasil sepakan penalti Darren Lok pada minit ke-75, disusuli gol kemenangan 2-1 hasil jaringan Muhamad Jafri Chew pada minit ke-84.

Skuad Badak kini berada di tangga ketiga carta Liga Super dengan mengumpul tujuh mata di belakang Terengganu FC di tangga kedua dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di tangga teratas liga.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata pasukannya akan ke Jakarta, Indonesia untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa RCTI Premium Sports, Indonesia yang dijadualkan pada 30 Mei hingga 2 Jun ini.

“Kita akan ke Indonesia untuk Piala RCTI selepas ini dan kita akan dapat dua perlawanan yang lebih penting di mana saya ingin mencuba beberapa pemain lagi untuk memastikan mereka dapat minit yang mencukupi,” katanya.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) itu turut disertai Selangor FC, selain dua pasukan dari Indonesia, Persija Jakarta dan PSIS Semarang. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/26/liga-super-kemenangan-di-laman-sendiri-suntik-semangat-pemain-sabah-fc/feed/ 0 55051
Sokongan berterusan Kerajaan negeri suntik semangat Sabah FC  https://sabahmedia.com/2024/05/12/sokongan-berterusan-kerajaan-negeri-suntik-semangat-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2024/05/12/sokongan-berterusan-kerajaan-negeri-suntik-semangat-sabah-fc/#respond Sun, 12 May 2024 05:13:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54299
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC memerlukan sokongan berterusan Kerajaan Negeri bagi menyuntik semangat pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Super yang bermula petang ini.

Pengarah Sabah FC Mohd Joh Wid berkata, sokongan itu penting bagi memastikan pasukan Sabah dapat terus memberi saingan dalam Liga Malaysia.

“Bagi pihak pengurusan Sabah FC, kami mengucapkan terima kasih atas komitmen berterusan kerajaan negeri bagi memastikan pasukan ini terus bersaing dalam Liga Malaysia.

“Sudah tentu sokongan kerajaan negeri ini akan menyuntik semangat Sabah FC bagi memastikan pencapaian serta sasaran yang ditetapkan akan dapat diterjemahkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman rasminya di Sri Gaya di sini semalam.

Kunjungan itu diketuai, Timbalan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Awang Kadin Tang dan Naib Presidennya, Datuk Alijus Sipil.

Dalam pertemuan singkat ini, Mohd Joh turut memaklumkan berkaitan perjalanan menjelang sepak mula Liga Super menentang Penang FC di Stadium Likas petang ini.

Katanya, ini termasuk persiapan akhir Sabah FC dalam menyediakan pasukan untuk mengharungi saingan Liga Super 2024/2025.

Dalam kunjungan itu, Mohd Joh turut memyampaikan jersi ‘Home’ Sabah FC bagi musim 2024/25 yang diberi nama ‘Tagap’ kepada Hajiji. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/12/sokongan-berterusan-kerajaan-negeri-suntik-semangat-sabah-fc/feed/ 0 54299
Sabah FC dijangka bermain tanpa dua tonggak utama https://sabahmedia.com/2023/08/26/sabah-fc-dijangka-bermain-tanpa-dua-tonggak-utama/ https://sabahmedia.com/2023/08/26/sabah-fc-dijangka-bermain-tanpa-dua-tonggak-utama/#respond Fri, 25 Aug 2023 16:30:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40724
Read Time:53 Second

Kota Kinabalu  : Dua tonggak utama Sabah FC Daniel Ting dan Darren Lok dijangka tidak akan diturunkan pada aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Likas malam esok selepas mereka masih belum pulih sepenuhnya.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, beberapa pemain lain bakal mengisi kekosongan posisi tersebut bagi memastikan skuad Sang Badak berjaya mengutip tiga mata penting.

Katanya, Sabah FC tidak menghadapi masalah besar berikutan terdapat beberapa pemain lain telah bersiap sedia untuk menggalas tugas penting tersebut.

“Seperti biasa, kita membuat persiapan rapi di mana pemain telah diberikan masa untuk berehat secukupnya selepas perlawanan menentang Kuching City FC.

“Esok kemungkinan terdapat barisan pemain yang berlainan akan diturunkan, tapi apa yang pasti kita akan pastikan dapat berjaya mengutip tiga masa penting malam esok,” katanya.

Kim Swee berkata, Sabah FC perlu mencatat kemenangan penting terutama beraksi di laman sendiri sekali gus mengembalikan keyakinan penonton terhadap mereka.

“Kita harap malam esok penonton Sabah FC akan turun beramai-ramai serta berharap pemain dapat beraksi cemerlang serta mencatat kemenangan penting dihadapan penonton sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/26/sabah-fc-dijangka-bermain-tanpa-dua-tonggak-utama/feed/ 0 40724
Gol minit akhir selamatkan maruah Sabah FC https://sabahmedia.com/2023/08/13/gol-minit-akhir-selamatkan-maruah-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2023/08/13/gol-minit-akhir-selamatkan-maruah-sabah-fc/#respond Sun, 13 Aug 2023 14:09:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40033
Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Gol minit akhir pemain import Sabah FC, Gabriel Peres berjaya membantu skuad sang Badak mencatat kemenangan di laman sendiri apabila berjaya menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Likas di sini malam ini.

Kemenangan itu juga berjaya mengubati rekod tanpa kalah Sabah FC dilaman sendiri apabila dileburkan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC 1-5 pada 9 Ogos lalu.

Sabah FC yang bermula garang sebaik babak pertama dimulakan telah melakukan beberapa percubaan ke gawang pasukan pelawat namun KL City FC juga saling berbalas serangan bagi mendapatkan gol awal.

Penyerag tuan rumah Darren Lok hampir menjaringkan gol pertama Sabah FC namun penjaga gol KL City FC Kevin Mendoza berjaya menidakkan sepakan Darren yang sebelum itu menerima bola hantaran Stuart Wilkin pada minit ke-28.

Sabah FC sekali lagi hampir memperoleh gol pertama menerusi percubaan Jafri Chew pada minit ke-35 selepas menerima bola hantaran Ramon Marcado namun percubaan Jafri berjaya ditolak pertahanan pasukan pelawat.

Meskipun banyak percubaan dilakukan kedua-dua pasukan namun kedudukan seri 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua bermula, Sabah FC berjaya mendahului aksi perlawanan menerusi jaringan Stuart Wilkin pada minit ke-51 selepas menerima bola hantaran Telmo Castanheira menjadikan Sabah mendahului 1-0.

Penyokong tuan rumah yang hadir lebih 6,500 orang dikejutkan dengan gol penyamaan KL City FC pada minit ke-60 menerusi tandukan Romel Morales yang sebelum itu menerima bola hantaran Declan Lambert.

Sebelas minit berselang, KL City FC sekali lagi berjaya menambah gol kedua menerusi jaringan Haqimi Azim Rosli pada minit ke-71 menjadikan pasukan pelawat mendahului 1-2.

Tersentak dengan gol itu, Sabah FC terus mengasak ke gawang pasukan pelawat dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan Park Taesu pada minit ke-79 selepas bola itu tertampan masuk ke gawang KL City FC.

Asakan tuan rumah terus membuahkan hasil apabila berjaya menambah gol ketiga menerusi tolakan masuk bola sepakan Gabriel Peres pada minit ke-89 yang sebelum itu menerima bola hantaran Rizal Ghazali.

Kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan Sabah FC naik ketangga keempat dengan mengutip 39 mata.

Sabah FC akan meneruskan saingan Liga Super bertemu Negeri Sembilan di laman sendiri pada 26 Ogos ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/13/gol-minit-akhir-selamatkan-maruah-sabah-fc/feed/ 0 40033