sabah fc tagap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 May 2024 13:29:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah fc tagap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah FC tampil dengan jersi ‘Tagap’ musim ini https://sabahmedia.com/2024/05/09/sabah-fc-tampil-dengan-jersi-tagap-musim-ini/ https://sabahmedia.com/2024/05/09/sabah-fc-tampil-dengan-jersi-tagap-musim-ini/#respond Thu, 09 May 2024 13:25:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54187
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC tampil dengan jersi baharu yang dinamakan sebagai ‘Tagap’ untuk digunakan pada aksi perlawanan di laman sendiri bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Pelancaran jersi baharu itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Ir Shahelmey Yahya di sini petang tadi.

‘Tagap’ dalam bahasa tempatan negeri ini membawa maksud ‘sasa’ atau kuat dan jersi yang berwarna merah itu adalah keluaran jenama terkemuka Lotto.

Jersi rasmi itu juga akan digunakan skuad Badak apabila beraksi dilaman sendiri di Stadium Likas bermula dengan pasukan Penang FC pada Ahad ini.

Shahelmey ketika ditemui menyifatkan jersi baharu itu sebagai penyuntik semangat bukan saja kepada pemain Sabah FC, malah peminat bola sepak yang mahu melihat pasukan kesayangan mereka tampil lebih bertenaga musim ini.

“Ini adalah saat yang ditunggu-tunggu bukan saja dalam kalangan pemain dan pengurusan Sabah FC tetapi juga dalam kalangan penyokong dan peminat Sabah FC.

“Saya berharap dengan pelancaran jersi baharu ini, akan menyuntik semangat pemain untuk bermain dengan lebih baik  pada musim ini.

“Jersi baharu yang dilancarkan ini dinamakan Tagap, sesuai dengan makna sebutan itu dalam kalangan orang Sabah yang bermaksud ‘fit’,” katanya.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya menyatakan penghargaan terhadap penaja Sabah FC musim ini, Jetama Sdn Bhd, Al-Ikhsan, Sabah Energy Sdn Bhd, Asian Supply Base Sdn Bhd, Sabah Credit Corporation dan Qhazanah Sabah Berhad selain beberapa lagi syarikat yang menjadi rakan strategik atas sokongan kepada pasukan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/09/sabah-fc-tampil-dengan-jersi-tagap-musim-ini/feed/ 0 54187