Sabah FC U23 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 May 2024 12:43:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah FC U23 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Piala MFL : Sabah FC U23 perlu bangkit dari kekalahan https://sabahmedia.com/2024/05/21/piala-mfl-sabah-fc-u23-perlu-bangkit-dari-kekalahan/ https://sabahmedia.com/2024/05/21/piala-mfl-sabah-fc-u23-perlu-bangkit-dari-kekalahan/#respond Tue, 21 May 2024 12:43:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54799
Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Sabah FC bawah 23 tahun (U23) perlu bangkit daripada  kekalahan 0-3 ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II pada perlawanan pembukaan Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor, malam tadi.

Ketua Jurulatihnya, Johnny Dominicus berkata, kekalahan kepada JDT II itu harus dijadikan pembakar semangat kepada pemain khususnya dalam perlawanan seterusnya menentang Perak FC II di Stadium Likas pada 28 Mei depan.

Meskipun mengalami kekalahan, beliau secara keseluruhan berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dalam perlawanan itu.

“Kita kena belajarlah, kita kena baiki kesilapan yang sudah kita nampak untuk perlawanan akan datang. Persembahan mereka sudah buat yang terbaik, cuma baru mereka rasa saingan yang sebenarnya sebelum bermulanya liga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johnny turut mengakui kekurangan perlawanan persahabatan yang lebih kompetitif sebelum musim bermula juga dilihat antara faktor Sabah FC U23 tidak dapat mempamer prestasi sebenar.

Katanya, Sabah FC U23 akhirnya menemui lawan sebenar dalam perlawanan kali ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT II menyifatkan kemenangan ke atas Sabah amat bermakna.

Ini kerana pasukan Sabah telah memberi saingan sengit. –SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/21/piala-mfl-sabah-fc-u23-perlu-bangkit-dari-kekalahan/feed/ 0 54799
Tunjukkan komitmen, capai sasaran ditetapkan pihak pengurusan https://sabahmedia.com/2024/04/11/tunjukkan-komitmen-capai-sasaran-ditetapkan-pihak-pengurusan/ https://sabahmedia.com/2024/04/11/tunjukkan-komitmen-capai-sasaran-ditetapkan-pihak-pengurusan/#respond Thu, 11 Apr 2024 01:07:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52450
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Liga Bola Sepak Malaysia bawah 23 tahun (MFL U23) Sabah FC perlu menunjukkan semangat juang yang tinggi sekali gus mampu mencipta sejarah menjadi juara liga musim ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini termasuk menunjukkan komitmen semangat yang tinggi ketika beraksi berdepan pihak lawan ketika di padang.

Katanya, tiada lagi alasan atau perkara mustahil untuk dicapai apabila pasukan ini gigih membuat persiapan rapi sekali gus bersungguh-sungguh mengharumkan nama Sabah dipersada liga nanti.

“Saya difahamkan Pasukan MFL U23 Sabah FC, dibarisi oleh pemain tempatan yang sangat berbakat, sangat berdisiplin serta komited dalam setiap kali menjalani sesi latihan.

“Pihak pengurusan yakin sekiranya komitmen ini sentiasa dikekalkan, adalah tidak mustahil mereka boleh mencapai kedudukan yang terbaik dalam carta liga musim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Pengurus Pasukan MFL U23 Sabah FC, Datuk Abdul Kassim Razali di Kampung Tambalang, Tuaran.

Hajiji berkata, komitmen berterusan pihak kejurulatihan juga memainkan peranan penting sekali gus berupaya dalam menetapkan sasaran yang digariskan oleh pengurusan MFL U23.

“Jangan berputus-asa selagi kamu berada dalam padang, tunjukkan komitmen serta semangat juang tinggi dan jangan gentar menghadapi musuh.

“Saya serta barisan pihak pengurusan sentiasa memberikan sokongan moral serta memastikan nama Sabah Maju Jaya dapat diterjemahkan untuk mencapai kejayaan di persada liga nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan MFL U23 Sabah FC, Datuk Abdul Kassim Razali menzahirkan penghargaan atas kehadiran Ketua Menteri Sabah sekali gus turut mendoakan kejayaan Pasukan MFL U23 Sabah FC yang memulakan kempen pertama menjelang Mei depan.

“Sudah pasti lontaran kata-kata semangat serta sokongan beliau selaku pemimpin nombor satu di negeri ini sangat bermakna buat pasukan ini.

“Semoga ia akan menjadi pembakar semangat buat pemain muda ini untuk mengorak langkah lebih agresif  untuk menggenggam kejayaan di masa depan,” katanya. SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/11/tunjukkan-komitmen-capai-sasaran-ditetapkan-pihak-pengurusan/feed/ 0 52450
Sabah FC U23 sasar lima terbaik liga saingan Piala MFL – Mohd Joh https://sabahmedia.com/2024/04/05/sabah-fc-u23-sasar-lima-terbaik-liga-saingan-piala-mfl-mohd-joh/ https://sabahmedia.com/2024/04/05/sabah-fc-u23-sasar-lima-terbaik-liga-saingan-piala-mfl-mohd-joh/#respond Fri, 05 Apr 2024 10:12:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52237
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Pasukan Sabah FC Bawah 23 tahun (U23) menyasarkan kedudukan lima terbaik untuk mengharungi musim baharu saingan Piala MFL dijangka bermula Mei depan.

Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid berkata, sasaran tersebut dilihat mampu dicapai berdasarkan persiapan rapi dilakukan oleh pasukan selain menyenaraikan beberapa pemain yang boleh mencapai sasaran tersebut.

Katanya, bagi mencapai sasaran berkenaan pasukan akan didedahkan dengan beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai tahap persediaan untuk menghadapi ujian awal sekali gus mampu memperkasa semua pemain sebelum menghadapi siangan Piala MFL.

“Saya kira untuk tiga terbaik di atas itu adalah bonus untuk mereka, sudah tentu harapan kita untuk menjuarainya adalah sasaran utama yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Kita juga maklum bahawa semua pasukan pun menetapkan sasaran sama dengan masing-masing mempunyai persiapan yang rapi bagi mengharungi musim baharu saingan Piala MFL dijangka bermula Mei depan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Joh berkata, senarai pemain pasukan MFL U23 Sabah FC musim 2024/2025, kini lengkap bersama-sama 24 pemain selepas 17 pemain selesai menandatangani kontrak bersama Sabah FC berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu, semalam.

Sementara itu Pengurus Pasukan MFL U23 Sabah FC, Datuk Abdul Kassim Razali berkata, pasukan MFL U23 Sabah FC dijangka mampu memperbaiki pencapaian di samping mampu mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Saya mengharapkan set latihan lebih mantap akan diberikan kepada pemain selepas Hari Raya Aidilfitri. Harapan kali ini pasukan akan mampu memberi saingan dalam liga yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.

“Kita sangat yakin apabila melihat barisan pemain serta jurulatih berpengalaman pasukan ini akan membawa cabaran yang lebih baik pada musim ini,” jelas Abdul Kassim.

Menurutnya, Johnny Dominicus dilantik sebagai Ketua Jurulatih sudah pasti pemain muda ini pasti dapat mengangkat nama Sabah dikancah bola sepak sekali gus menjadi pelapis kepada pasukan senior pada masa depan.

“Kehadiran bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dilihat mampu memantapkan bahagian serangan, sekali gus mampu membimbing pemain muda berdasarkan pengalaman luas yang ada pada bekas bintang Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman FC itu,” katanya.

Pada majlis tersebut turut diadakan taklimat berkaitan Psikologi Sukan serta Pemakanan Sukan selain majlis berbuka puasa bersama barisan kejurulatihan.

Hadir sama Setiausaha Agung SAFA, Shamsuddin Mohd Shah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/05/sabah-fc-u23-sasar-lima-terbaik-liga-saingan-piala-mfl-mohd-joh/feed/ 0 52237