Sabah for sabahan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 15 May 2025 07:11:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah for sabahan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Sabah for Sabahan’ laungan memperkasa, memartabatkan rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/15/sabah-for-sabahan-laungan-memperkasa-memartabatkan-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/15/sabah-for-sabahan-laungan-memperkasa-memartabatkan-rakyat-sabah/#respond Thu, 15 May 2025 07:11:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73867
Read Time:4 Minute, 41 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.        Slogan ‘Sabah For Sabahan’ menggambarkan aspirasi rakyat Sabah yang mahukan masa depan Sabah di tentukan oleh rakyat Sabah sendiri. Jangan jadikan slogan ini sebagai polemik politik untuk memenuhi kepentingan sempit mana-mana pihak. 

2.        Beberapa hari lepas, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) telah menegur slogan ‘Sabah for Sabahan’ sebagai retorik yang boleh memecah-belah perpaduan nasional menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah yang bakal di adakan tidak lama lagi.

Menurut beliau, pendekatan sentimen wilayah semata-mata tidak memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Sabah, dan boleh mengugat hubungan erat antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

3.        Sejurus itu, Ketua UMNO Sabah di laporkan berkata bahawa pemimpin Sabah sepatutnya mencontohi pendekatan berhemah Tun Datu Mustapha yang membina kepercayaan antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan, tanpa meniupkan api perpecahan. Dan tidak menjadikan slogan sebagai ganti penyelesaian.

4.        Pada masa yang sama, beliau turut mengakui suara Sabah kini lebih di hormati di peringkat Persekutuan, termasuklah berkaitan peruntukan pembangunan dan pembabitan dalam dasar nasional. Ini jelas memperakui kejayaan kerjasama erat di antara Kerajaan Sabah (GRS) masakini dengan Kerajaan Persekutuan.

Jadi apa isunya dengan slogan ‘Sabah For Sabahan’?

5.        Slogan ‘Sabah For Sabahan’ bukanlah sesuatu yang baru. Ianya sudah lama dan sering di laungkan oleh rakyat Sabah bagi mempertahankan kedaulatan Sabah. Jadi, tidak munasabah untuk mana-mana pihak mendakwa slogan ini hanyalah retorik dan muncul ketika musim pilihanraya.

6.        Malah, walaupun tanpa slogan yang khusus, setiap negeri dan wilayah di Malaysia turut menerapkan semangat kenegerian setempat yang serupa. Menyemarakkan semangat kenegerian tidak semestinya menjurus kepada perpecahan yang meruntuhkan perpaduan nasional.

Sudah pasti rakyat Terengganu mahukan masa depan Terengganu di tentukan oleh rakyat Terengganu sendiri. Ganu Untuk Orang Ganu. Salah kah?

7.        Maka, slogan ‘Sabah For Sabahan’ sewajarnya di lihat di dalam konteks keseluruhan melibatkan hak dan kedudukan Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan. Untuk sekian lama, rakyat Sabah merasakan kedudukan Sabah di kompromi, hak Sabah tidak di penuhi, serta pembangunan Sabah di pinggirkan.

Situasi ini sememangnya bertentangan dengan semangat penubuhan Malaysia.

8.        Antara contoh terbaik adalah berkaitan hak Geran Khas Tahunan. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima Geran Khas Tahunan sebanyak dua-perlima (40%) daripada kutipan hasil yang di perolehi oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah.

Namun begitu, menurut Presiden Parti Cinta Sabah, Geran Khas Tahunan tersebut telah gagal di bayar sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah sejak tahun 1973. Lebih 50 tahun!

9.        Selain itu, untuk sekian lama, kedudukan Sabah di dalam Persekutuan Malaysia telah di letakkan setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Walhal, Sabah, dan juga Sarawak serta Singapura, adalah setaraf dengan Semenanjung Malaysia sebagai 4 rakan setara/ equal partner yang membentuk Malaysia pada tahun 1963.

10.      Di samping itu, rata-rata rakyat Sabah merasakan masa depan Sabah di pengaruhi dan di tentukan oleh pihak di luar Sabah, yang sering kali di lihat tidak mengambil peduli kehendak dan kepentingan rakyat Sabah.  

11.      Sebagai contoh. Pada pertengahan Oktober 2024, susulan kontroversi projek Battery Energy Storage Systems (BESS) di Sabah, Pengerusi Sabah Electricity (SESB) telah di laporkan berkata bahawa keputusan pemilihan syarikat kontraktor terbabit di buat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan di luar kawalan SESB.

Projek ini telah menimbulkan kontroversi berikutan pemilihan syarikat kontraktor dari Semenanjung Malaysia untuk melaksanakan projek tersebut pada kos yang terlampau tinggi.

12.      Justeru itu, Kerajaan Sabah (GRS) telah giat berusaha bagi menegakkan hak Sabah. Sehingga kini, usaha tersebut telah menghasilkan pelbagai kejayaan signifikan kepada Sabah. Antaranya ialah pemindahan kuasa autonomi kepada Kerajaan Sabah:

§  kawal selia bekalan gas dan tenaga di bawah Suruhanjaya Tenaga Sabah/ Energy Commission of Sabah (ECoS)

§  pengurusan program MM2H di Sabah (Sabah-MM2H)

13.          Tambahan lagi, Kerajaan Sabah (GRS) juga telah berjaya meningkatkan pemilikan dan penglibatan pengurusan aset sumber bumi Sabah. Ini termasuklah: pegangan ekuti di dalam syarikat PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah (PCFSSB) di Sabah yang mengendalikan kilang urea ke-3 terbesar di rantau Asia Pasifik, dan pemindahan aset huluan gas PETRONAS kepada Sabah Energy Corporation (SEC).

Ini adalah bertepatan memandangkan industri minyak dan gas menyumbang lebih 20% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah.

14.      Maka, sebenarnya isu perpecahan tidak timbul sama sekali dengan laungan slogan ‘Sabah for Sabahan’. Kerajaan Sabah (GRS) memiliki hubungan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan. Ini membolehkan agenda pembangunan Sabah di selaraskan secara tersusun.

15.          Hubungan dan integrasi sesama rakyat di Sabah dan Malaysia juga kekal kukuh, dengan kadang-kala sedikit gaduh ‘adik-beradik’ oleh sekelompok kecil sahaja. Rata-rata tiada isu perpecahan yang timbul. Ramai rakyat Sabah bekerja di Semenanjung Malaysia dan juga orang Semenanjung bekerja di Sabah. Begitu juga, ramai rakyat Sabah berkahwin dengan orang Semenanjung.

Sabah dan Malaysia terus bersatu.

16.      Slogan ‘Sabah for Sabahan’ adalah laungan untuk memperkasa Sabah dan memartabatkan rakyat Sabah. Tidak sama sekali ianya bertujuan untuk menyemarakkan sentimen perpecahan. Slogan ini di laungkan bersandarkan sejarah, Perlembagaan Persekutuan serta semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

17.      Nothing more, nothing less.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/15/sabah-for-sabahan-laungan-memperkasa-memartabatkan-rakyat-sabah/feed/ 0 73867
Zahid Jangan Abaikan Sejarah, Pesongkan Fakta dan Kehendak Politik Sah Rakyat Sabah – Jefrey https://sabahmedia.com/2025/05/13/zahid-jangan-abaikan-sejarah-pesongkan-fakta-dan-kehendak-politik-sah-rakyat-sabah-jefrey/ https://sabahmedia.com/2025/05/13/zahid-jangan-abaikan-sejarah-pesongkan-fakta-dan-kehendak-politik-sah-rakyat-sabah-jefrey/#respond Tue, 13 May 2025 01:49:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73725
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung sentimen ‘Sabah For Sabahan’ disifatkan sebagai memecah belah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang membidas kenyataan itu berkata, kenyataan itu turut disifatan sebagai ‘mengabaikan sejarah, memesongkan fakta, dan mengetepikan kehendak politik sah rakyat Sabah’.

Katanya, rakyat Sabah tidak memerlukan kebenaran atau pengesahan pimpinan persekutuan menuntut apa menjadi hak mereka selain menambah Sabah tidak pernah menjadi negeri, tetapi rakan setaraf bersama Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu.

“Berdekad lamanya, Sabah dilayan seperti koloni sumber dengan suara kami disekat. Putrajaya secara sistematik meleraikan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menghakis kedudukan kami dalam Perlembagaan, dan mengabaikan keperluan pembangunan kami.

“Dan sekarang, kami diberitahu tidak menyuarakan aspirasi kami sendiri? Supaya duduk diam sementara parti-parti Malaya berunding sesama sendiri tentang siapa layak memerintah Sabah?”

“‘Sabah for Sabahan’ akan terus kekal. Ia bukan slogan politik sementara. Ia adalah pengembalian kebenaran yang telah lama tertangguh. Jika ada sesuatu yang memecahbelahkan, ia adalah keangkuhan persekutuan yang berterusan dan enggan mengiktiraf kedudukan sebenar Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu, berkata kerjasama Sabah dengan kerajaan persekutuan mesti bersandarkan rasa hormat dan kesaksamaan bersama, dan wilayah Borneo tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk manipulasi dan eksploitasi.

Semalam, Zahid mengkritik sentimen ‘Sabah for Sabahan’ sebagai memecahbelahkan dan tidak membawa manfaat kerana Sabah sebahagian Persekutuan dan hubungan erat dengan Putrajaya adalah kunci kepada kemakmuran serta pembangunannya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/13/zahid-jangan-abaikan-sejarah-pesongkan-fakta-dan-kehendak-politik-sah-rakyat-sabah-jefrey/feed/ 0 73725