Sabah garis kemiskinan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 17 Mar 2024 03:20:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah garis kemiskinan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah terus usaha kurangkan kadar kemiskinan https://sabahmedia.com/2024/03/17/kerajaan-sabah-terus-usaha-kurangkan-kadar-kemiskinan/ https://sabahmedia.com/2024/03/17/kerajaan-sabah-terus-usaha-kurangkan-kadar-kemiskinan/#respond Sun, 17 Mar 2024 03:20:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51180
Read Time:1 Minute, 12 Second

Tuaran : Data mengenai isu kemiskinan di Sabah yang dilaporkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Persidangan Dewan Rakyat, Khamis lalu agak berbeza dengan data yang diperolehi Kerajaan Sabah.

Namun Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Sabah terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri khususnya di lapan daerah yang disenaraikan mempunyai ramai penduduk miskin.

“Tetapi apa pun, ini menjadi satu perjuangan yang perlu diutamakan oleh Kerajaan negeri.

“Kita telah memberi tugas dan tanggungjawab kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk mengurangkan kadar kemiskinan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di sini semalam.

Khamis lalu, Rafizi menyatakan bahawa lapan daerah di Sabah, iaitu Tongod, Beluran, Kinabatangan, Pitas, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu mencatat kadar kemiskinan tegar lebih tinggi berbanding kadar nasional.

Hajiji berkata, kerajaan negeri mempunyai inisiatif atau usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan termasuk membina 1,500 Rumah SMJ setahun untuk golongan miskin tegar.

“Selain itu, bagi mereka yang tidak produktif, kita berikan bantuan seperti memberi modal untuk berjualan, perniagaan kecil-kecilan dan lain-lain.

“Kita juga mencarikan mereka peluang pekerjaan dan kita sudah mengarahkan setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau pelabur baharu yang datang ke Sabah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada yang layak dalam senarai e-kasih.

“Jadi kerajaan negeri berusaha bersungguh untuk memastikan bahawa kadar kemiskinan tegar ini dapat kita kurangkan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/17/kerajaan-sabah-terus-usaha-kurangkan-kadar-kemiskinan/feed/ 0 51180