Sabah kaamatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 30 May 2026 09:29:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah kaamatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pesta Kaamatan diangkat sebagai produk pelancongan bertaraf antarabangsa https://sabahmedia.com/2026/05/30/pesta-kaamatan-diangkat-sebagai-produk-pelancongan-bertaraf-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2026/05/30/pesta-kaamatan-diangkat-sebagai-produk-pelancongan-bertaraf-antarabangsa/#respond Sat, 30 May 2026 09:28:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97521
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah terus komited mengangkat Pesta Kaamatan sebagai salah satu produk pelancongan budaya utama yang mampu menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, kerjasama erat dengan pelbagai agensi berkaitan termasuk Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), serta pemain industri pelancongan telah merangka pelbagai strategi promosi yang tersusun dan berimpak tinggi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk penyertaan dalam pameran pelancongan antarabangsa, pelaksanaan kempen digital global serta kolaborasi strategik bersama ejen pelancongan luar negara bagi memperkenalkan keunikan Pesta Kaamatan kepada pasaran antarabangsa.

“Selain usaha promosi, pengisian program Kaamatan turut diperkaya dengan elemen yang lebih inklusif dan mesra pelancong antarabangsa.

“Langkah ini merangkumi penyediaan bahan promosi dalam dwibahasa, penganjuran persembahan kebudayaan bertaraf antarabangsa serta penyediaan pengalaman interaktif di perkampungan budaya yang membolehkan pengunjung memahami dan merasai sendiri keunikan warisan budaya masyarakat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan KDCA di sini pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Joachim berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja bertujuan mempromosikan budaya tempatan, malah memperkukuhkan kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan budaya yang unik dan berdaya saing di peringkat global.

Beliau berkata, melalui pendekatan yang lebih komprehensif dan berfokus, Pesta Kaamatan diharap mampu berkembang sebagai salah satu festival budaya utama di peringkat antarabangsa serta menjadi platform penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat di negeri ini.

“Dengan tema “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, sambutan tahun ini turut dilihat selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 dan persiapan ke arah Tahun Melawat Sabah 2027.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk menyaksikan sendiri keunikan budaya, semangat perpaduan, serta keindahan alam semula jadi yang menjadi kebanggaan Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/30/pesta-kaamatan-diangkat-sebagai-produk-pelancongan-bertaraf-antarabangsa/feed/ 0 97521
Kerajaan Negeri kekal komited perkasa ekonomi luar bandar https://sabahmedia.com/2025/05/30/kerajaan-negeri-kekal-komited-perkasa-ekonomi-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2025/05/30/kerajaan-negeri-kekal-komited-perkasa-ekonomi-luar-bandar/#respond Fri, 30 May 2025 02:16:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74813
Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Penampang : Kerajaan Negeri kekal komited memperkasa pembangunan sosio- ekonomi luar bandar melalui pelbagai pendekatan strategik, termasuk pemodenan pertanian, galakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pembangunan pelancongan komuniti.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha ini adalah antara teras penting dalam misi menjana kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan inklusif di bawah kerangka dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, rakyat luar bandar perlu terus diberi peluang ekonomi, sama ada melalui pertanian moden, pelancongan berasaskan komuniti atau latihan kemahiran.

“Ini bukan sahaja membolehkan mereka meningkatkan pendapatan tetapi juga membantu mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025 di Dewan Hongkod Koisaan di sini pada Jumaat.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hajiji berkata, pengaktifan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bertujuan menyokong keterjaminan makanan melalui peningkatan tahap sara diri (SSL) pengeluaran beras tempatan.

“Kita sasarkan 30 peratus tahap sara diri beras pada tahun depan dan 60 peratus menjelang 2030. Langkah ini penting untuk mengurangkan kebergantungan kepada import dan memperkukuh bekalan makanan tempatan,” katanya.

katanya, agenda pembangunan itu akan lebih berkesan dengan sokongan dan kerjasama padu antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Saya amat yakin hubungan yang kukuh dan erat dengan Kerajaan Persekutuan akan menjadi pemangkin kepada kejayaan dasar-dasar pembangunan negeri. Ia penting dalam memastikan rakyat Sabah mendapat manfaat secara langsung,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Anwar atas kehadiran beliau merasmikan sambutan Pesta Kaamatan, yang disifatkannya sebagai bukti komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah.

Katanya, Pesta Kaamatan tahun ini yang membawa tema “Kaamatan Untuk Semua, Kaamatan For All, Kaamatan Montok Toinsanan” , menandakan sambutan ke-65 sejak ia diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1960.

Hajiji menyifatkan Kaamatan bukan sekadar sambutan budaya, tetapi satu simbol perpaduan dan keharmonian rakyat Sabah yang perlu dipertahankan.

“Kaamatan bukan milik satu kaum semata-mata, tetapi milik semua rakyat Sabah. Ia mencerminkan semangat muhibbah dan keharmonian yang menjadi asas kestabilan negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/30/kerajaan-negeri-kekal-komited-perkasa-ekonomi-luar-bandar/feed/ 0 74813