Sabah Malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 31 Jul 2024 01:48:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah Malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK ambil pendekatan mesra ajak peniaga kibar Jalur Gemilang https://sabahmedia.com/2024/07/31/dbkk-ambil-pendekatan-mesra-ajak-peniaga-kibar-jalur-gemilang/ https://sabahmedia.com/2024/07/31/dbkk-ambil-pendekatan-mesra-ajak-peniaga-kibar-jalur-gemilang/#respond Wed, 31 Jul 2024 01:48:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58337
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil pendekatan untuk mengadakan lawatan dan tinjauan mesra kepada para peniaga bagi menyemarakkan kempen Kibar Jalur Gemilang.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, para pegawai DBKK akan melaksanakan tugasan tersebut bagi memastikan para pemilik premis dan peniaga bersama-sama menjayakan kempen kibar bendera kebangsaan dan negeri pada tahun ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah

Katanya, pada peringkat awal pihak DBKK akan membuat lawatan mesra bagi memeriksa dan mengetahui kenapa mereka tidak boleh melaksanakan kempen ini.

“Kita akan membuat tinjauan mesra untuk berjumpa dengan pemilik premis yang mungkin belum mengibarkan bendera.

“Kita ingin mengetahui sama ada mereka mempunyai masalah mendapatkan bekalan bendera ataupun tidak.

“Selepas itu, kita akan minta mereka membuat pembelian untuk memastikan mereka mesti mengibarkan bendera di premis perniagaan mereka sepanjang sambutan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Tinjauan Mesra Pra Publisiti Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri 2024 di Jalan Gaya di sini semalam.


Sabin berkata, sebagai permulaan lebih 200 Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah diagihkan secara percuma kepada para peniaga sekitar Jalan Gaya sebagai persediaan mengimarahkan pelancaran program tersebut.

Majlis pelancaran itu akan disempurnakan  Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada esok bermula jam 9 pagi di Perkarangan Bangunan DBKK.

Terdahulu, Sabin bersama-sama dengan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Chee Shok Ting, Pengarah Penerangan (JaPen) Sabah, Jainisah Mohd Noor dan Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol, Shafaruddin Halide turut meninjau raptai penuh dan persiapan akhir Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 di lokasi pelancaran.

Hadir sama Ketua Pengarah DBKK Sr Lifred Wong, Timbalan Ketua Pengarah DBKK Faradillah Abdul Rani dan Timbalan Pengarah JaPen Sabah Supian Musa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/31/dbkk-ambil-pendekatan-mesra-ajak-peniaga-kibar-jalur-gemilang/feed/ 0 58337
Acara Petanque bakal jadi kejohanan tahunan di Membakut https://sabahmedia.com/2023/06/25/acara-petanque-bakal-jadi-kejohanan-tahunan-di-membakut/ https://sabahmedia.com/2023/06/25/acara-petanque-bakal-jadi-kejohanan-tahunan-di-membakut/#respond Sat, 24 Jun 2023 17:16:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37052
Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Membakut :  Kejohanan Petanque akan dijadikan sebagai acara tahunan di daerah ini bermula pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan diadakan diantara Pejabat Daerah Membakut dan Persatuan Petanque Membakut.

Katanya, perbincangan itu adalah bagi menyelaras dan melaksanakan penganjuran tersebut sekaligus menetapkan Dataran Tamu Pekan Membakut sebagai venue kejohanan dengan gelanggang berbumbung yang pertama di Sabah.

“Saya berharap Pejabat Daerah dan Persatuan Petanque Membakut dapat menjadikan kejohanan ini sebagai satu kejohanan tahunan. Justeru, saya juga akan berbincang dengan Majlis Daerah untuk menjadikan Dataran Tamu ini gunasama asalkan tidak mengganggu tamu yang diadakan sekali dalam seminggu di Pekan Membakut.

“Persatuan boleh menggunakan dataran ini sebagai gelanggang tetap, yang penting aspek kebersihan di sekitar kawasan ini mestilah dijaga kerana kawasan Pekan Membakut menjadi tumpuan para pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Petanque Terbuka Membakut 2023 Mixed Triple di sini semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Petanque Membakut, Cindy Richard @Norain Abdullah berkata, kejohanan tiga hari mulai semalam itu disertai 95 pasukan melibatkan 288 peserta dan 56 pengurus pasukan yang menghantar penyertaan dari seluruh Sabah, Sarawak, Labuan dan Negara Brunei Darussalam.

“Kejohanan ini telah mampu mengumpulkan pemain-pemain tegar sukan petanque yang bukan semata-mata bermain dengan menggunakan tiga biji bola besi malah menjadikan sukan ini sebagai medium mengeratkan silaturahim,” katanya.

Untuk rekod, antara pencapaian membanggakan sukan petanque di negeri ini ialah tiga atlet Sabah mewakili Malaysia telah memenangi pingat gangsa dalam Sukan Sea Kemboja Mei lalu, selain  jurulatih kebangsaaan remaja Malaysia iaitu Asean level berasal dari Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/25/acara-petanque-bakal-jadi-kejohanan-tahunan-di-membakut/feed/ 0 37052
Universiti perlu main peranan tingkat mutu pendidikan luar bandar https://sabahmedia.com/2022/12/22/universiti-perlu-main-peranan-tingkat-mutu-pendidikan-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2022/12/22/universiti-perlu-main-peranan-tingkat-mutu-pendidikan-luar-bandar/#respond Thu, 22 Dec 2022 00:56:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26695
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Universiti perlu memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan mutu pendidikan kepada masyarakat khususnya di luar bandar.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly berkata, universiti seharusnya menggembleng tenaga dalam membantu menaikkan lagi tahap pendidikan bagi menjamin kehidupan masyarakat yang lebih baik kepada generasi yang akan datang.

“Universiti berperanan terutamanya dalam isu-isu berkaitan pendidikan awal, dan tumpuan ini adalah selaras dengan hala tuju UMS yang bertekad untuk memimpin ke arah masyarakat yang berinovatif.

“Penyelidikan dan inovasi perlu digiatkan sebagai satu inisiatif libat sama antara universiti dan komuniti, khasnya yang berada di luar bandar dan berstatus miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Bengkel Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Awam (JKTNCPI UA) yang berlangsung di Pulau Mabul, Semporna baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan, bengkel tiga hari yang dihadiri oleh timbalan-timbalan naib canselor penyelidikan dan inovasi serta pengarah-pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dari 20 buah universiti awam telah membentuk resolusi khusus ke arah membantu sekolah dan kolej untuk mencari penyelesaian praktikal melalui penyelidikan dan inovasi berasaskan masalah setempat.

“Sebagai contoh, delegasi bengkel telah turun padang dan bersama dengan komuniti setempat Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul termasuklah para guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah pada hari ketiga bengkel berlangsung.

“Dalam pertemuan tersebut, para penduduk berkongsi masalah utama berkenaan ketiadaan dokumen lengkap bagi membolehkan anak-anak Pulau Mabul berdaftar dan menikmati pendidikan di sekolah.

“Infrastruktur sekolah yang agak daif, sumber bacaan yang tidak mencukupi serta persekitaran pembelajaran yang kurang kondusif juga menjadi faktor kepada keberkesanan pendidikan yang menjadi kurang efektif di sekolah tersebut,” katanya.

Rosalam menambah, bengkel tersebut juga menjadi platform kepada UMS sebagai tuan rumah untuk berkongsi amalan baik dalam penggunaan sistem data maklumat yang komprehensif.

“Ini membolehkan pengurusan universiti membuat keputusan secara telus dan meningkatkan keterlihatan kecemerlangan universiti dari segi akademik, penyelidikan dan kebajikan para pelajar,” ujar beliau.

Pada bengkel tersebut, Pengerusi JKTNCPI UA, Profesor Ir Dr Sharliza Ibrahim yang mengetuai delegasi bengkel merumuskan keperluan pemantapan ekosistem penyelidikan dan inovasi universiti awam yang meliputi penyelidikan berimpak tinggi pelbagai disiplin baik sains mahupun sastera.

Beliau turut berkongsi tentang perancangan awal 2023 yang akan membawa peningkatan ekosistem penyelidikan dan inovasi ke arah kesejahteraan sosial, ekonomi dan alam sekitar. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/22/universiti-perlu-main-peranan-tingkat-mutu-pendidikan-luar-bandar/feed/ 0 26695