sabah media – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Nov 2025 06:56:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah media – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kemasukan ahli parti baharu tunjuk keyakinan rakyat terhadap GRS di DUN Apas https://sabahmedia.com/2025/11/23/kemasukan-ahli-parti-baharu-tunjuk-keyakinan-rakyat-terhadap-grs-di-dun-apas/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/kemasukan-ahli-parti-baharu-tunjuk-keyakinan-rakyat-terhadap-grs-di-dun-apas/#respond Sun, 23 Nov 2025 06:56:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86794
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kemasukan berterusan ahli dari pelbagai parti sejak beberapa hari kebelakangan ini menjadi petunjuk jelas bahawa keyakinan rakyat terhadap hala tuju Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin meningkat, kata calon DUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau menjelaskan, GRS menerima tiga cawangan baharu, masing-masing melibatkan ahli daripada UMNO, PBRS dan komuniti Tionghoa.

Menurutnya, perkembangan ini menunjukkan rakyat semakin yakin dengan perjuangan GRS serta kestabilan politik yang ditawarkan oleh gabungan tersebut.

“Momentum kemasukan ahli baharu ini jelas mencerminkan bahawa rakyat mahu kestabilan politik terus terpelihara dan kerajaan fokus kepada pembangunan serta kemajuan Sabah,” katanya ketika ditemui dalam program Ceramah Perdana di UU Bay Tinagat, malam tadi.

Nizam (tengah) dan penyokong beliau melaungkan sorakan sokongan kepada GRS DUN Apas. – Foto Sitti Nor Azizah Talata

Dalam ceramahnya, beliau turut menekankan kepentingan penyampaian maklumat tepat kepada pengundi agar tidak terpengaruh dengan fitnah atau kempen politik berbentuk peribadi.

Ditanya mengenai pendekatan untuk menarik pengundi muda, termasuk pengundi kali pertama berusia 18 tahun, Nizam berkata pendekatan berbentuk aktiviti santai lebih berkesan berbanding ceramah tradisional.

Menurutnya, antara program yang dijalankan ialah sukaneka di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta perlawanan persahabatan pickleball di Futsal Tawau, yang menurut beliau menerima sambutan memberangsangkan daripada belia.

“Selain itu, jentera turut melaksanakan lawatan dari rumah ke rumah dan merancang sesi khusus bersama pengundi muda hujung minggu ini.

“Di DUN Apas, pengundi kali pertama merangkumi sekitar 28 peratus. Bagi memastikan mereka dapat pulang mengundi, inisiatif telah diusahakan untuk membantu mahasiswa kembali pada hari pengundian,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/kemasukan-ahli-parti-baharu-tunjuk-keyakinan-rakyat-terhadap-grs-di-dun-apas/feed/ 0 86794
Malaysia Tutup Tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan Kejayaan Bermakna – Anwar Ibrahim https://sabahmedia.com/2025/05/27/malaysia-tutup-tirai-sidang-kemuncak-asean-ke-46-dengan-kejayaan-bermakna-anwar-ibrahim/ https://sabahmedia.com/2025/05/27/malaysia-tutup-tirai-sidang-kemuncak-asean-ke-46-dengan-kejayaan-bermakna-anwar-ibrahim/#respond Tue, 27 May 2025 14:14:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74656
Read Time:1 Minute, 46 Second

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang disifatkannya sebagai antara persidangan paling substantif dalam sejarah rantau itu.

Menerusi satu muat naik di Facebook rasminya malam ini, Anwar berkata kejayaan sidang tersebut adalah hasil usaha gigih dan kerjasama erat antara pelbagai kementerian, agensi kerajaan serta pasukan keselamatan negara.

“Alhamdulillah, Malaysia menutup tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan penuh bermakna,” katanya sambil menyifatkan semangat setiakawan luar biasa antara pemimpin ASEAN sebagai tunjang utama kejayaan sidang kali ini.

Menurut Anwar, sidang tersebut bukan sahaja menghasilkan kenyataan bersama yang kukuh dan bermakna, tetapi juga menyaksikan kemajuan ketara dalam kerjasama dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

“Perbincangan kali ini tidak lagi bersifat formaliti semata-mata, tetapi jauh lebih teliti, menyentuh isu-isu seperti tarif, projek bersama serta peranan bersama dalam mendukung keamanan dan kestabilan rantau,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa ASEAN kekal berpegang pada prinsip kepusatan serantau dan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat, perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi yang saksama.

“Kita akan terus menjalin kerjasama strategik dengan semua kuasa besar dunia — sama ada China, Amerika Syarikat mahupun negara-negara lain — demi kepentingan rantau,” jelasnya.

Dalam muat naik itu, Anwar turut memaklumkan bahawa ASEAN mencapai kata sepakat untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota penuh menjelang Oktober ini, tertakluk kepada pematuhan akhir dalam aspek ekonomi.

Antara pencapaian penting lain termasuk keputusan untuk memulakan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara ASEAN dan GCC, yang dijangka membuka ruang baharu dalam pengembangan pasaran dan integrasi ekonomi serantau.

“Banyak isu penting yang lazimnya dibincangkan kemudian telah diselesaikan lebih awal daripada kebiasaan — termasuk isu Myanmar, tarif dan perdagangan intra-ASEAN,” katanya.

Anwar turut menyatakan harapannya agar kesepakatan yang dicapai dapat diterjemahkan kepada tindakan konkrit menjelang pertemuan akan datang pada bulan Oktober.

“Saya percaya semangat yang ditunjukkan oleh semua pemimpin ASEAN kali ini mencerminkan tekad baharu untuk menjadikan ASEAN benar-benar berpaksikan rakyat demi masa depan yang lebih mampan dan terangkum,” ujar beliau mengakhiri kenyataan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Kuala Lumpur menyaksikan kehadiran kesemua ketua negara dan kerajaan ASEAN, termasuk tetamu kehormat dari GCC dan China.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/27/malaysia-tutup-tirai-sidang-kemuncak-asean-ke-46-dengan-kejayaan-bermakna-anwar-ibrahim/feed/ 0 74656
Gegaran Di Lembah Klang Susulan Gempa Bumi Di Sumatera https://sabahmedia.com/2022/02/25/gegaran-di-lembah-klang-susulan-gempa-bumi-di-sumatera/ https://sabahmedia.com/2022/02/25/gegaran-di-lembah-klang-susulan-gempa-bumi-di-sumatera/#respond Fri, 25 Feb 2022 03:15:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12524
Read Time:44 Second

CYBERJAYA -— Gegaran dirasai di sekitar Lembah Klang hari ini setelah gempa bumi menimpa Sumatera Barat.

Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa pada magnitud 6.2 dikesan dekat Bukit Tinggi pada kira-kira jam 8.39 pagi waktu tempatan (9.39 pagi waktu Malaysia).

Jabatan itu bagaimanapun berkata tiada risiko berlaku tsunami.

Dalam pada itu Metreologi Malaysia turut memaklumkan Gempa bumi kuat telah berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada jam 9:39 pagi, 25 Februari 2022

“ Walaubagaimanapun Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor katanya di dalam satu hantaran di dalam facebook rasmi jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa bangunan tinggi sekitar Lembah Klang turut melakukan Pengungsian bangunan ekoran gegaran terbabit.

Antara pengunsian bangunan yang di lakukan adalah sekitar Putrajaya, Jalan Raja Chulan,serta menara WTC di Kuala Lumpur.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/25/gegaran-di-lembah-klang-susulan-gempa-bumi-di-sumatera/feed/ 0 12524