Sabah park – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Jul 2026 06:25:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah park – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TTS juara keseluruhan Sukan KePKAS Ke-10 https://sabahmedia.com/2026/07/09/tts-juara-keseluruhan-sukan-kepkas-ke-10/ https://sabahmedia.com/2026/07/09/tts-juara-keseluruhan-sukan-kepkas-ke-10/#respond Thu, 09 Jul 2026 06:23:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99575
Read Time:2 Minute, 17 Second

PENAMPANG: Taman-Taman Sabah (TTS) muncul juara keseluruhan Sukan Peringkat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Kali Ke-10 Tahun 2026 di sini pada Rabu.

Kontinjen itu berjaya mencatat prestasi cemerlang dengan meraih 20 pingat emas daripada keseluruhan 25 pingat yang dimenangi sepanjang temasya sukan dwitahunan itu.

Keputusan rasmi itu diumumkan Setiausaha Tetap KePKAS, Datuk Josie Lai, pada Majlis Penutupan Sukan KePKAS Ke-10 yang berlangsung di Dewan Kebudayaan Penampang, di sini.

Sebanyak tujuh kontinjen mengambil bahagian dalam kejohanan yang mempertandingkan 14 acara sukan, terdiri daripada Taman-Taman Sabah (TTS), Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL), KePKAS, Jabatan Muzium Sabah (JMS) dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS).

Dalam ucapan penutupannya, Josie berkata kejayaan penganjuran sukan edisi kali ini membuktikan disiplin, komitmen tinggi dan semangat kerja berpasukan merupakan faktor utama yang mendorong kecemerlangan sesebuah kontinjen.

“Syabas kepada semua kontinjen yang telah mengambil bahagian. Kepada pasukan yang berjaya muncul sebagai juara, pencapaian ini amat membanggakan.

“Namun kepada yang belum meraih kejayaan, jangan melihat keputusan hari ini sebagai satu kegagalan. Dalam sukan, pengalaman dan pengajaran merupakan kemenangan yang turut dikongsi bersama,” katanya.

Beliau berkata, kejohanan itu bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan warga KePKAS.

Mengulas tema kejohanan tahun ini, “Harmoni, Integriti, Tumbuh Bersama Dalam Sukan”, beliau berkata nilai-nilai itu jelas dizahirkan melalui semangat kesukanan, saling menghormati dan kerjasama yang dipamerkan oleh semua kontinjen sepanjang kejohanan berlangsung.

“Kita bukan sahaja menyaksikan persaingan yang sihat, tetapi juga melihat warga daripada pelbagai jabatan berinteraksi, berlatih dan bertanding sebagai satu keluarga besar KePKAS. Inilah matlamat sebenar penganjuran Sukan KePKAS,” katanya.

Berdasarkan keputusan rasmi, STB muncul naib juara dengan kutipan dua pingat emas, tujuh pingat perak dan lapan pingat gangsa, manakala LKNS menduduki tempat ketiga selepas meraih dua pingat emas, empat pingat perak dan lapan pingat gangsa.

JHL pula menduduki tempat keempat dengan 12 pingat, diikuti KePKAS di tempat kelima dengan tujuh pingat, JMS di tempat keenam dengan empat pingat dan JPAS di tempat ketujuh dengan dua pingat.

Sepanjang kejohanan, TTS mendominasi beberapa acara utama apabila merangkul pingat emas dalam bola sepak, badminton, bola tampar, futsal lelaki, futsal wanita, sepak takraw, boling padang serta tarik tali lelaki dan wanita.

Dalam majlis sama, JHL Sabah diumumkan sebagai tuan rumah Sukan KePKAS Ke-11 yang dijadual berlangsung pada 2028.

Josie turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah selaku penganjur serta semua jawatankuasa pelaksana, pegawai teknikal, pengadil, urus setia dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan kejohanan itu berlangsung lancar dan jayanya.

Beliau mengingatkan seluruh warga KePKAS supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika pulang ke destinasi masing-masing.

“Tiada kemenangan yang lebih bermakna selain dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya. – FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/09/tts-juara-keseluruhan-sukan-kepkas-ke-10/feed/ 0 99575
Titian kanopi Poring ditutup sementara untuk penyelenggaraan https://sabahmedia.com/2025/07/30/titian-kanopi-poring-ditutup-sementara-untuk-penyelenggaraan/ https://sabahmedia.com/2025/07/30/titian-kanopi-poring-ditutup-sementara-untuk-penyelenggaraan/#respond Wed, 30 Jul 2025 00:36:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78199
Read Time:39 Second

Ranau : Titian Kanopi yang terletak di Substesen Mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu akan ditutup sementara kepada orang awam bermula hari ini sehingga diberitahu kelak.

Taman-Taman Sabah (TTS) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan sementara ini dilaksanakan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan utama yang bertujuan memastikan keselamatan dan keselesaan para pengunjung.

“Penutupan ini adalah langkah penting bagi menjamin tahap keselamatan pengunjung sepanjang tempoh kerja baik pulih dan penambahbaikan dijalankan. 

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan penyelenggaraan ini secepat mungkin,” menurut kenyataan itu di sini.

Pihak pengurusan TTS turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak sepanjang tempoh penutupan.

Sebarang makluman berhubung pembukaan semula Titian Kanopi akan dimaklumkan selepas fasiliti tersebut disahkan selamat untuk digunakan. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/30/titian-kanopi-poring-ditutup-sementara-untuk-penyelenggaraan/feed/ 0 78199
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat runtuhan https://sabahmedia.com/2024/06/24/tiada-kemalangan-jiwa-dilaporkan-akibat-runtuhan/ https://sabahmedia.com/2024/06/24/tiada-kemalangan-jiwa-dilaporkan-akibat-runtuhan/#respond Mon, 24 Jun 2024 06:06:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56460
Read Time:42 Second

Kota Kinabalu: Kejadian tanah runtuh di kawasan lereng Gunung Kinabalu yang berlaku awal pagi tadi dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan kejadian itu namun situasi kini adalah terkawal.

“Runtuhan yang berlaku adalah melibatkan kawasan ulu Sungai Mesilau yang terletak di dalam Taman Kinabalu dan ianya jauh dari laluan pendaki gunung. 

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak kita sedang memantau perkembangan kejadan itu termasuk kesan terhadap aliran air sungai, namun situasi kini terkawal,” katanya.

Awal pagi tadi, tular video memaparkan satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di lereng Gunung Kinabalu di Mesilau dan mencetuskan situasi panik dalam kalangan penduduk berhampiran.

Berikutan kejadian itu, air Sungai B Kampung Mesilau yang terletak diantara Kampung Mesilau dan Pusat Latihan Dakwah Kampung Mesilau keruh dan bertukar menjadi lumpur. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/24/tiada-kemalangan-jiwa-dilaporkan-akibat-runtuhan/feed/ 0 56460
26 peserta sertai kursus SDG https://sabahmedia.com/2024/05/11/26-peserta-sertai-kursus-sdg/ https://sabahmedia.com/2024/05/11/26-peserta-sertai-kursus-sdg/#respond Sat, 11 May 2024 07:52:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54268
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kundasang : Seramai 26 peserta terdiri daripada 11 organisasi menyertai kursus ‘Sustainable Development Goals: The Way Forward, Issues, Challenges & Prospect Of Sustainability Development – Climate Change & Renewal Energy’ 2024.

Program anjuran Taman-Taman Sabah (TTS) yang diadakan selama 11 hari berakhir hari ini telah disempurnakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai.

Antara organisasi terlibat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS); Pejabat Hasil Bumi; Pusat Biodiversiti Sabah; Jabatan Pengairan dan Saliran; Lembaga Pelancongan Sabah (STB); Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah; Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Pejabat Daerah Penampang; Pejabah Daerah Ranau; Pejabat Daerah Papar dan Pejabat Daerah Tuaran.

Joniston menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus terlibat

Joniston ketika berucap berkata, pelaksanaan kursus itu adalah penting untuk memastikan pelbagai industri khususnya dalam aspek pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar di Sabah berkembang untuk merangsang pembangunan sosio-ekonomi negeri ini.

“Sepanjang kursus ini, saya difahamkan semua peserta telah mempelajari pengenalan asas kepada bidang ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) dan mendalami 17 Matlamat, 169 sasaran, serta 232 petunjuk di dalam modul SDG yang telah ditetapkan oleh United Nation.

“Selain itu pada peserta  juga telah menjalankan perbincangan mengenai pengurusan impak manusia kepada alam, yang juga merupakan indikator kepada keberkesanan pengurusan alam semulajadi di dunia.

“Aktiviti-aktiviti yang memerlukan pengurusan mampan seperti pembangunan, pertanian, pengurusan air bersih, pembuangan sisa buangan dan perubahan iklim dunia perlu dilaksana seiring dengan indikator SDG,” katanya.

Joniston yang juga Pengerusi STB berkata, para peserta juga telah didedahkan kepada isu dan cabaran melaksana SDG serta mempelajari keadaan semasa negara membangun dalam konteks SDG terutama sekali di Malaysia, khususnya negeri Sabah. 

Katanya, para peserta turut bertuah kerana berpeluang mempelajari ‘case study’ dari para tenaga pengajar yang telah berkongsi program-program yang telah mereka laksanakan sendiri sekaligus memenuhi kehendak 17 matlamat SDG.

“Proses ‘lesson learned’ ini amat berharga kepada para peserta agar anda mendapat gambaran jelas serta mampu merancang pelaksanaan SDG di negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/11/26-peserta-sertai-kursus-sdg/feed/ 0 54268
‘Dark Tourism’ Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/21/dark-tourism-mampu-rancakkan-sektor-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/dark-tourism-mampu-rancakkan-sektor-pelancongan-sabah/#respond Thu, 21 Oct 2021 09:27:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7761
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Konsep ‘Dark Tourism’ atau Pelancongan Gelap yang merupakan gabungan sejarah dan warisan, pelancongan serta tragedi dari pelbagai lapisan dilihat boleh dijadikan strategi pemasaran baharu bagi merancakkan kembali sektor pelancongan negeri.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, di negara ini khususnya di Sabah mempunyai banyak tempat untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan gelap.

Katanya, tempat-tempat ini tidak begitu terkenal malah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat tempatan.

“Tentangan ini berkemungkinan besar kerana kekurangan maklumat yang tepat menerusi kajian-kajian ilmiah mengenai konsep sebenar pelancongan gelap. Malah, ada yang beranggapan bahawa konsep ini hanyalah berasaskan unsur-unsur paranormal sahaja.

“Penerokaan jenis-jenis pelancongan baru seperti konsep ini akan membolehkan Sabah menyediakan pelbagai pakej dan produk pelancongan untuk menarik minta pelancong domestik di samping kita dapat mengekalkan minat pelancong antarabangsa ke Sabah.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Bengkel dan Sesi Perkongsian Gabungan Ekopelancongan dan ‘Dark Tourism’: Potensi Produk Baharu Pelancongan Taman-Taman Sabah Pascapandemik.

Joniston berkata, pihak kementerian juga yakin konsep ini harus diterokai kerana ia mampu menambah nilai sektor pelancongan Sabah.

“Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Taman-Taman Sabah dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah selaku agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah kerana telah mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan satu program yang bertemakan Dark Tourism.

“Penganjuran program ini adalah selaras dengan saranan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin yang telah mencetuskan idea pembangunan Dark Tourism di Sabah,” katanya.

Katanya, penganjuran program itu secara keseluruhan telah mencapai objektif bagi mendalami, meneroka, merungkai dan membongkar konsep Dark Tourism dari sudut pandang akademik dan melalui perkongsian pengalaman daripada pemain industri segmen Dark Tourism.

“Saya percaya, penganjuran program ini telah memberi impak positif dalam mengubah persepsi umum khususnya peserta yang menghadiri bengkel dan sesi perkongsian ini terhadap Dark Tourism daripada dipandang sebagai ‘pelancongan hantu’ kepada “pelancongan tragedi bersejarah’,” katanya.

Program yang dilaksanakan bermula 15 September lalu adalah bagi melihat potensi produk pelancongan baharu di Taman-Taman Sabah dengan gabungan Ekopelancongan dan Dark Tourism dari sudut pandangan akademik dan perkongsian pengalaman dari pemain industri segmen Dark Tourism.

Antara pengisian program ini adalah bengkel, lapan siri perkongsian cadangan potensi produk atau aktiviti Dark Tourism  dan satu segmen khas Dark Tourism di Pulau Sulug, Taman Tunku Abdul Rahman.

Sebanyak 40 produk atau aktiviti potensi Dark Tourism di Taman-Taman Sabah telah dicadangkan menerusi lapan Siri Perkongsian oleh lapan orang pegawai penyelidik dari semua stesen/ Taman dibawah Taman-Taman Sabah.

Sesi yang telah dijalankan pada setiap hari selasa dan khamis bermula 21 September sehingga 14 Oktober lalu telah mengetengahkan pelbagai lokasi dan tempat yang berpotensi sebagi Dark Tourism bermula dari dasar lautan Pulau Sipadan sehingga ke Puncak Gunung Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/dark-tourism-mampu-rancakkan-sektor-pelancongan-sabah/feed/ 0 7761
Sabah Park Benarkan Pelawat Lengkap Vaksinasi Memasuki TTS https://sabahmedia.com/2021/10/09/sabah-park-benarkan-pelawat-lengkap-vaksinasi-memasuki-tts/ https://sabahmedia.com/2021/10/09/sabah-park-benarkan-pelawat-lengkap-vaksinasi-memasuki-tts/#respond Sat, 09 Oct 2021 08:18:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7341
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Taman- Taman Sabah (TTS) mula membenarkan pelawat yang telah lengkap divaksinasi untuk memasuki dan melawat semua taman atau sub-stesen di bawah kendalian TTS.

Ia selepas prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian TTS dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua telah dikemaskini pada 5 Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Sabah Park semalam menyatakan hanya pelawat yang lengkap divaksin dibenarkan melawat ke TTS.

Selain itu, ibu bapa atau penjaga yang lengkap divaksinasi juga boleh membawa kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun memasuki kawasan TTS.

“Namun kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun tidak digalakkan untuk ‘dine in’ di restoran dalam kawasan TTS.

“Kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun juga dibenarkan mandi di kolam terbuka (air panas)/tertutup (enclosed bathtub) di stesen mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu,” kata kenyataan itu.

Walaubagaimanapun masih tidak dibenarkan mandi di ‘slide pool’ dan ‘rock pool’ buat sementara waktu.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyatakan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun buat masa ini tidak dibenarkan mendaki Gunung Kinabalu/Puncak Bohey Dulang (Taman Marin Tun Sakaran, Semporna) manakala pelawat yang berumur di atas 70 tahun adalah tidak digalakkan.

“Sila patuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Negeri Sabah dan Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 serta arahan Pengarah/Pengurus Taman/Pegawai Taman yang diberi kuasa dari masa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/09/sabah-park-benarkan-pelawat-lengkap-vaksinasi-memasuki-tts/feed/ 0 7341