sabah penjawat awam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Mar 2025 08:27:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah penjawat awam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penjawat awam Sabah terima bonus RM1,000 https://sabahmedia.com/2025/03/26/penjawat-awam-sabah-terima-bonus-rm1000/ https://sabahmedia.com/2025/03/26/penjawat-awam-sabah-terima-bonus-rm1000/#respond Wed, 26 Mar 2025 08:27:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71131
Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri Sabah hari ini meluluskan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan tahun ini.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bantuan khas itu melibatkan pembayaran RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri dan RM500 lagi sempena Pesta Kaamatan.

Katanya, ia adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mensejahterakan penjawat awam negeri, selain menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan penjawat awam.

“Keputusan ini telah dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah hari ini, dan pembayaran akan dibuat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, Kerajaan Negeri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam.

Beliau turt berharap bantuan khas ini akan menjadi suntikan semangat untuk terus berusaha lebih gigih dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cemerlang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/26/penjawat-awam-sabah-terima-bonus-rm1000/feed/ 0 71131
Sistem kawalan dokumen Kerajaan perlu ditadbir urus dengan baik https://sabahmedia.com/2024/12/04/sistem-kawalan-dokumen-kerajaan-perlu-ditadbir-urus-dengan-baik/ https://sabahmedia.com/2024/12/04/sistem-kawalan-dokumen-kerajaan-perlu-ditadbir-urus-dengan-baik/#respond Wed, 04 Dec 2024 12:29:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64890
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Kakitangan perkhidmatan awam negeri diingatkan untuk sentiasa memastikan tadbir urus yang baik dalam sistem kawalan dokumen kerajaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kawalan terhadap dokumen kerajaan adalah elemen asas bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti, dan kecekapan dalam menguruskan dokumen rasmi, rekod, dan maklumat kerajaan.

“Semua dokumen rasmi kerajaan mesti diuruskan selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan. Oleh itu, semua kakitangan awam yang mempunyai akses kepada dokumen kerajaan, terutamanya dokumen sulit, perlu sentiasa berwaspada dan memastikan keselamatan dokumen bagi mengelakkan kebocoran maklumat Kerajaan.

“Saya mengeluarkan peringatan ini kerana terdapat beberapa kes di mana dokumen sulit kerajaan telah dibocorkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji memberi amaran bahawa tindakan akan diambil serta-merta terhadap individu yang bertanggungjawab atas kebocoran tersebut.

Beliau turut menyeru semua kakitangan awam supaya melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka dengan penuh komitmen, mematuhi prinsip integriti dan akauntabiliti, serta berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kakitangan awam mesti sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan, dasar, dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

“Selain itu, kakitangan awam sebagai ‘tulang belakang’ kepada pentadbiran Kerajaan Negeri perlu mengekalkan etika kerja, profesionalisme, tingkah laku, dan kerahsiaan untuk meningkatkan imej kerajaan serta kepercayaan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut memaklumkan kepada ketua-ketua jabatan di JKM bahawa Kabinet Negeri telah meluluskan pelaksanaan sistem I-MDNET, yang akan membolehkan minit mesyuarat Kabinet Negeri diakses dengan lebih efektif dan efisien secara masa nyata bermula Januari tahun depan.

“Akses akan diberikan kepada semua ketua jabatan bagi membolehkan setiap jabatan memberikan maklum balas terhadap keputusan Kabinet kepada Bahagian Kabinet dan Dasar (BKD) dengan segera,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/04/sistem-kawalan-dokumen-kerajaan-perlu-ditadbir-urus-dengan-baik/feed/ 0 64890