sabah pmx – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 31 May 2024 09:55:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah pmx – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anwar akhiri lawatan kerja ke Sabah https://sabahmedia.com/2024/05/31/anwar-akhiri-lawatan-kerja-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/05/31/anwar-akhiri-lawatan-kerja-ke-sabah/#respond Fri, 31 May 2024 09:55:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55348
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi mengakhiri lawatannya ke Sabah dan meneruskan lawatan ke Labuan.

Beliau yang diiringi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berlepas ke Labuan dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menggunakan pesawat khas kira-kira jam 1.40 petang.

Hadir mengucapkan selamat jalan ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ruslan Muharam.

Terdahulu, Anwar sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur Islam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dekat Kepayan yang diimamkan oleh Inspektor Pengawasan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, Inspektor Mohammad Shafiq Ulkaseh Suffian.

Manakala khutbah betajuk ‘Melestari Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ disampaikan oleh Pegawai Teknologi Sistem Maklumat (TSM) IPK Sabah, Sarjan Mejar Satam Ibrahim.

Anwar tiba di ibu negeri pada Khamis malam, telah menyempurnakan merasmikan Majlis Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) pagi tadi.

Penyempurnaan perayaan etnik terbesar di Sabah itu merupakan kali kedua oleh beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/31/anwar-akhiri-lawatan-kerja-ke-sabah/feed/ 0 55348