Sabah serantau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Feb 2025 07:15:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah serantau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah sokong pelaksanaan program ‘Untukmu Sabah’ https://sabahmedia.com/2025/02/16/sabah-sokong-pelaksanaan-program-untukmu-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/16/sabah-sokong-pelaksanaan-program-untukmu-sabah/#respond Sun, 16 Feb 2025 07:11:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68808
Read Time:1 Minute, 44 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri sentiasa menyokong kerjasama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) bersama agensi Islam di Sabah bagi menjayakan program Untukmu Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, ia termasuklah melaksanakan aktiviti dakwah; pendidikan dan kebajikan di negeri ini.

Katanya, kerjasama itu dilaksanakan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Serantau Muslim ini ialah pertubuhan yang bergerak untuk dakwah, pendidikan dan kebajikan yang mengumpul dana untuk membantu masyarakat dan golongan yang memerlukan dan sebagainya. 

“Kerjasama antara JHEAINS, MUIS Muslim Serantau ini adalah di sokong, saya ucapkan syabas dan tahniah. Mudah-mudahan ada jalan untuk kita membantu masyarakat yang memerlukannya khusus dalam bidang kebajikan, pendidikan dan dakwah berdasarkan acuan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan program Untukmu Sabah di perkarangan Wisma MUIS di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani; Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pengerusi Serantau Muslim Mohd Hakim Mohd Nor.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, Serantau Muslim sentiasa memberi maklumat berhubung program dan aktiviti yang dirancang serta bakal dilaksanakan di negeri ini.

“Inilah cara-cara yang terbaik untuk kita melaksanakan program dan aktiviti di negeri Sabah. Kita mengalu-ngalukan siapa pun datang untuk bersama-sama membantu negeri ini dan membantu umat untuk kebajikan, dakwah dan Pendidikan.

“Semoga hubungan baik antara Serantau Muslim yang terkenal dengan bantuan-bantuan mereka di luar negara dapat fokus juga kepada negeri Sabah dengan kerjasama baik antara mereka dengan badan dan agensi agama di negeri Sabah.

“Kita amat mengalu-ngalukan, justeru kerana itu saya juga menyeru kepada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) , orang-orang persendirian, dermawan untuk turut sama menyumbang bagi pembangunan pendidikan, dakwah dan kebajikan untuk ketiga-tiga badan yang bergabung ini,” katanya.

Terdahulu, Mohd Hakim berkata, sasaran pelaksanaan program Untukmu Sabah akan menyasarkan 34 pusat komuniti serantau yang akan dijadikan sebagai pusat latihan dakwah; pendidikan; latihan keusahawanan dan bantuan kebajikan.

“Selain itu, program ini juga akan turut melaksanakan beberapa program serta pembangunan lain,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/16/sabah-sokong-pelaksanaan-program-untukmu-sabah/feed/ 0 68808
Keharmonian hubungan masyarakat perlu sentiasa dipertahankan https://sabahmedia.com/2023/10/10/keharmonian-hubungan-masyarakat-perlu-sentiasa-dipertahankan/ https://sabahmedia.com/2023/10/10/keharmonian-hubungan-masyarakat-perlu-sentiasa-dipertahankan/#respond Tue, 10 Oct 2023 04:35:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43407
Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Keharmonian yang terbina dalam hubungan masyarakat pelbagai budaya, bangsa dan agama di Sabah perlu sentiasa dipertahankan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan kekuatan dan identiti penting Sabah yang mempunyai sebanyak 35 etnik dan 217 sub etnik yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik.  

“Perbezaan kaum dan agama bukan penghalang untuk hidup bersama secara harmoni. Saling menghormati dalam kalangan rakyat adalah antara kunci kejayaan negeri Sabah dalam mengekalkan perpaduan kaum. 

“Justeru saya menyeru agar ikatan persaudaraan umat Islam di rantau ini  terus diperkukuhkan atas tautan ‘ukhuwwah islamiyyah’ dan pertahankan amalan kesederhanaan serta perpaduan agar tidak mudah dipengaruhi atau diganggu gugat oleh unsur-unsur yang ekstrem,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Keharmonian Serantau di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif . 

Hajiji berkata,  persaudaraan ini penting kerana ia menjadi pengikat kepada usaha-usaha keharmonian dan kemakmuran  berasaskan prinsip-prinsip keadilan, Rahmah dan kasih sayang.

Katanya,  ajaran Islam juga menekankan tentang nilai toleransi dan kebersamaan.

“Melalui nilai-nilai tersebut, kita dituntut untuk menghormati perbezaan yang terdapat dalam masyarakat dan menerima realiti kepelbagaian seperti yang digariskan dalam Islam,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, umat Islam perlu diperlengkapkan dengan  keupayaan intelektual, kreativiti dan daya saing yang tinggi, termasuk cabaran perubahan kepada cara hidup yang berupaya memberi kesan kepada hubungan dalam masyarakat pelbagai budaya dan agama.  

Katanya, ia adalah bagi memperkukuhkan lagi kesatuan ummah serantau bagi mendepani cabaran- cabaran global masa kini.

Menurutnya, umat Islam sebagai masyarakat yang dipimpin oleh nilai-nilai agama dan isu-isu negatif yang melebarkan lagi jurang perbezaan dalam masyarakat perlu diselesaikan dengan baik.  

Sehubungan itu, beliau meminta Umat Islam di negara ini khususnya di Sabah agar tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan ekstreme yang mampu menggugat keamanan, perpaduan dan persaudaraan serta keharmonian negara.  

Hajiji berkata, wacana keharmonian dan kemakmuran tidak boleh lari daripada membincangkan dimensi kepelbagaian umat manusia secara keseluruhan. Rantau ini khususnya, terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan agama yang sememangnya merupakan satu dimensi yang perlu diurus dengan cara yang terbaik.  

“Saya mengharapkan keharmonian dan keamanan yang terjalin dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di rantau ini menjadi model kepada dunia,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/10/keharmonian-hubungan-masyarakat-perlu-sentiasa-dipertahankan/feed/ 0 43407