Sabah singapura – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 25 Jul 2025 09:28:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah singapura – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Singapura  https://sabahmedia.com/2025/07/25/hajiji-terima-kunjungan-pesuruhjaya-tinggi-singapura/ https://sabahmedia.com/2025/07/25/hajiji-terima-kunjungan-pesuruhjaya-tinggi-singapura/#respond Fri, 25 Jul 2025 09:28:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77907
Read Time:43 Second

Kota Kinabalu:  Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis. 

Dalam pertemuan tersebut, Hajiji merakamkan penghargaan kepada Vanu atas peranan beliau yang sentiasa menyokong usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.

“Kerajaan Negeri amat menghargai komitmen Singapura dalam memperkukuh hubungan dengan Sabah. Kami mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari republik itu”, katanya. 

Sementara itu, Vanu memaklumkan bahawa Singapura bersedia menyokong Sabah dalam pelbagai bentuk kerjasama lain termasuk dalam aspek latihan, perkongsian kepakaran teknikal, sektor pendidikan dan lain-lain. 

Hajiji dan Vanu turut bertukar pandangan mengenai cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. 

Kunjungan itu turut dihadiri beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dan pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/25/hajiji-terima-kunjungan-pesuruhjaya-tinggi-singapura/feed/ 0 77907