Sabah smart parking – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Mar 2025 14:27:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah smart parking – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK komited tangani isu berkaitan aplikasi SSP https://sabahmedia.com/2024/11/30/dbkk-komited-tangani-isu-berkaitan-aplikasi-ssp/ https://sabahmedia.com/2024/11/30/dbkk-komited-tangani-isu-berkaitan-aplikasi-ssp/#respond Sat, 30 Nov 2024 09:22:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64652
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sentiasa peka terhadap kebimbangan pengguna dan komited untuk menangani semua isu berkaitan penggunaan aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) secara baik dan mesra.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ia termasuklah mengambil perhatian terhadap kebimbangan yang disuarakan warga bandaraya khususnya warga emas, mengenai penggunaan aplikasi SSP.

Bagi menangani isu itu katanya, pihaknya telah mengambil langkah proaktif untuk menangani isu-isu berkaitan.

“Isu berkaitan adalah melibatkan pengguna yang belum memuat turun aplikasi SSP; tidak memiliki telefon pintar; tidak melanggan atau mengalami gangguan akses internet; dan tiada kemudahan perbankan dalam talian.

“Bagi mengatasi isu-isu itu, warga bandaraya boleh mengunjungi kaunter atau perhentian perkhidmatan DBKK bagi mendapatkan perkhidmatan seperti pembelian kredit SSP; bantuan memuat turun aplikasi SSP; bantuan pendaftaran sehingga 10 kenderaan bagi setiap aplikasi dan kemudahan pembelian kredit SSP melalui kaunter,” katanya dalam kenyataan di sini.

DBKK sebelum ini telah mengumumkan penamatan penggunaan kupon parkir fizikal (gores) berkuat kuasa pada 16 November lalu dan sistem itu digantikan sepenuhnya dengan penggunaan aplikasi SSP.

Sabin berkata, waktu operasi kaunter dan perhentian perkhidmatan DBKK adalah pada setiap Isnin hingga jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang dan Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Selain itu katanya, DBKK telah menubuhkan Pusat Pembelajaran SSP untuk memberikan panduan dan latihan mengenai penggunaan aplikasi SSP seperti pembelian kredit.

“Pusat ini terletak di Bangunan KK Sentral. Walau bagaimanapun, penukaran nilai kupon parkir kepada kredit SSP kini dilanjutkan sehingga Disember 2024.

“Pegawai penguat kuasa berbaju biru juga akan ditempatkan di sekitar bandar untuk memberikan bantuan dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Sabin berkata, bagi pengguna yang dikenakan kompaun semasa menggunakan kupon parkir fizikal (gores) boleh mengunjungi kaunter atau perhentian perkhidmatan yang disediakan untuk membuat rayuan pembatalan.

Katanya, proses ini akan dikendalikan secara pentadbiran.

“Sejak pelaksanaan SSP pada 16 Oktober lalu, lebih daripada 125,000 pengguna telah memuat turun aplikasi ini. Angka ini menunjukkan sokongan kuat terhadap SSP di Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/30/dbkk-komited-tangani-isu-berkaitan-aplikasi-ssp/feed/ 0 64652
Aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ mula dikuatkuasakan hari ini https://sabahmedia.com/2024/10/16/aplikasi-sabah-smart-parking-mula-dikuatkuasakan-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/10/16/aplikasi-sabah-smart-parking-mula-dikuatkuasakan-hari-ini/#respond Wed, 16 Oct 2024 05:23:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62277
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Penggunaan aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ (SSP) yang diperkenalkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 8 Ogos lalu kini mula berkuatkuasa sepenuhnya bermula hari ini di seluruh Bandaraya Kota Kinabalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, aplikasi sistem pengurusan tempat letak kereta yang baharu itu adalah bagi menggantikan sistem tempat letak kereta lama iaitu kupon letak kereta.

Katanya, sehingga kini dianggarkan lebih 40,000 pengguna telah memuat turun aplikasi SSP sejak dibuka sebelum ini.

“Pada hari ini adalah satu hari yang dibanggakan khususnya kepada pengguna di sekitar bandaraya Kota Kinabalu kerana kita tidak lagi menggunakan kupon, tetapi kita menggunakan digital aplikasi.

“Ini sebenarnya sudah dinantikan oleh para pengguna, terutama sekali di Kota Kinabalu, ada yang mengatakan bahawa ini susah, tetapi ini sebenarnya mudah, anggota bertugas sentiasa membantu para pengguna untuk menggunakan aplikasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan ‘Sabah Smart Parking’ di sini hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Pengarah Eksekutif, DBKK Holdings Sdn. Bhd. Jimon Jahim.

Abidin berkata, penggunaan aplikasi itu alan dikuat kuasakan penggunaannya di seluruh kawasan Kota Kinabalu kecuali Manggatal dan Telipok.

“SSP ini akan dikuat kuasakan atau dilaksanakan di semua kawasan bandaraya dan mungkin akan dikembangkan lagi di tempat-tempat yang lain seperti di Manggatal dan juga Telipok,” katanya.

Pada masa ini, sejumlah lebih 12,000 jumlah petak tempat letak kereta disediakan DBKK melibatkan 47 kawasan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Terdahulu, ketika berucap Abidin menyeru kepada semua masyakarat bandar raya dan amnya rakyat Sabah serta pengguna dari negeri-negeri lain yang berada di Bandaraya Kota Kinabalu untuk memuat turun dan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam Aplikasi SSP.

“Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Datuk Bandaraya iaitu pelaksanaan Program Pengampunan ‘Jom Bayar Kompaun’ sempena dengan pelancaran Aplikasi Sabah Smart Parking ini juga seharusnya pengguna mengambil peluang untuk membayar tunggakan Kompaun yang masih ada,” katanya.

Aplikasi SSP boleh di muat turun secara percuma menerusi Google Play (Android); Apps Store (iOS) dan AppGalary (Huawei). – SABAH MEDIA  / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/16/aplikasi-sabah-smart-parking-mula-dikuatkuasakan-hari-ini/feed/ 0 62277
Aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ boleh dimuat turun bermula 9 September ini https://sabahmedia.com/2024/08/30/aplikasi-sabah-smart-parking-boleh-dimuat-turun-bermula-9-september-ini/ https://sabahmedia.com/2024/08/30/aplikasi-sabah-smart-parking-boleh-dimuat-turun-bermula-9-september-ini/#respond Fri, 30 Aug 2024 04:48:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59919
Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ bagi menggantikan sistem tempat letak kereta berkupon boleh mula dimuat turun secara percuma menerusi Google Play (Android) atau Apps Store (iOS) bermula 9 September ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, penggunaan aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ ini akan mula berkuatkuasa pada 16 Oktober depan.

“Berikutan daripada pra pelancaran aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ pada 9 Ogos yang lalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui DBKK Holdings Sdn Bhd memaklumkan bahawa warga Bandaraya Kota Kinabalu boleh mula memuat turun aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ secara percuma.

“Warga Bandaraya khususnya pengguna-pengguna ruang letak kereta awam di bandaraya Kota Kinabalu ini disarankan agar mula memuat turun aplikasi ini di telefon mudah alih masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dr Sabin berkata, melalui aplikasi ini orang ramai boleh membuat pembayaran caj letak kereta awam di bandaraya Kota Kinabalu. 

Katanya, disamping itu juga perkhidmatan lain seperti semakan tunggakan kompaun, pembelian pas parkir bulanan dan lain-lain juga turut disediakan melalui aplikasi ini. 

Tambahnya, cara-cara penggunaan juga turut disediakan menerusi aplikasi ini.

“DBKK juga ingin memberi peringatan kepada warga bandaraya agar terus mematuhi Undang-Undang Kecil yang dikuatkuasakan. 

“Pengguna yang masih mempunyai kupon fizikal (gores) masih boleh menggunakannya sehingga kupon tersebut habis digunakan,” katanya 

Menurutnya lagi, pengguna boleh menghubungi DBKK Holdings Sdn Bhd di Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta melalui talian 088-270 181/182 / 012-7690181 atau mendapatkan maklumat di Kaunter-Kaunter / Kiosk Tempat Letak Kereta, DBKK Holdings Sdn Bhd. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/30/aplikasi-sabah-smart-parking-boleh-dimuat-turun-bermula-9-september-ini/feed/ 0 59919