sabah tourism – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Apr 2025 09:30:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabah tourism – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Tourism Blueprint dirangka, fokus pembangunan pelancongan mampan https://sabahmedia.com/2025/04/16/sabah-tourism-blueprint-dirangka-fokus-pembangunan-pelancongan-mampan/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/sabah-tourism-blueprint-dirangka-fokus-pembangunan-pelancongan-mampan/#respond Wed, 16 Apr 2025 09:30:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72095
Read Time:2 Minute, 12 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah kini sedang merangka Sabah Tourism Blueprint sebagai panduan utama bagi pembangunan dan perancangan sektor pelancongan negeri secara mampan.

Pembantu Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata pelan induk komprehensif itu akan menyediakan rangka kerja jelas bagi menyusun semula strategi pelancongan Sabah serta mengenal pasti keperluan dan hala tuju pembangunan masa depan secara lebih tersusun dan lestari.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Menurut Joniston, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kementerian bagi merancakkan semula sektor pelancongan pasca pandemik.

Hasilnya, jumlah ketibaan pelancong ke Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

“Malah, pada Januari 2025 sahaja, Sabah telah mencatat ketibaan sebanyak 303,614 pelawat dengan jumlah perbelanjaan pelancongan mencecah RM723.09 juta, iaitu peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding Januari 2024,” katanya.

Untuk mencapai sasaran 3.5 juta ketibaan pelancong tahun ini, Joniston berkata Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan terus memperkukuh strategi promosi menerusi kempen penjenamaan “Explore Sabah” yang berteraskan tiga tema utama: budaya, pengembaraan dan alam semula jadi.

Kempen ini memfokuskan kepada tujuh pasaran utama termasuk United Kingdom, Australia, Jepun, China, India, Asia Tenggara serta pasaran domestik.

Menurut beliau, fokus promosi pada tahun ini diberikan kepada tema pantai dan alam semula jadi, aktiviti menyelam, serta interaksi langsung dengan hidupan liar, bagi menawarkan pengalaman yang lebih autentik kepada pelawat.

Dari segi promosi, Joniston berkata Sabah akan terus memanfaatkan platform tradisional seperti pameran pelancongan dalam dan luar negara sambil memperluas kempen digital untuk menjangkau pasaran global.

Beliau turut menyatakan bahawa Produk-produk baharu seperti aktiviti pemerhatian burung, melihat hidupan liar, pelancongan pendidikan dan pelancongan kesejahteraan (wellness tourism) kini menarik ramai pelancong asing. Kementerian juga sedang meneroka pasaran baharu seperti India, Rusia dan Eropah Timur.

Mengenai penggantungan beberapa laluan penerbangan AirAsia, Joniston menjelaskan ia adalah keputusan perniagaan oleh syarikat penerbangan tersebut, namun STB sedang menilai semula strategi kerjasama berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) lima tahun yang dimeterai bersama AirAsia.

“Kita sedang berbincang dengan pihak AirAsia untuk meneroka semula kemungkinan menghidupkan kembali laluan yang digantung. Kita juga sedang berunding dengan syarikat penerbangan lain seperti Royal Brunei dan Scoot, termasuk cadangan menaik taraf pesawat bagi menampung permintaan yang semakin meningkat,” katanya.

Tambah beliau, lima laluan tersebut digantung selepas AirAsia menjangkakan hanya sekitar 75,000 penumpang sepanjang tahun. Justeru, kementerian sedang meneroka strategi baharu untuk menarik lebih ramai pelawat ke Sabah.

“Kita turut mengambil maklum cadangan untuk mengembalikan semula laluan terus Subang-Kota Kinabalu, dan akan menyampaikan cadangan itu kepada pihak AirAsia,” katanya.

Cadangan tersebut dibangkitkan oleh Datuk Darell Leiking (Warisan–Moyog) yang menekankan kepentingan laluan itu, khususnya bagi para pelajar Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/sabah-tourism-blueprint-dirangka-fokus-pembangunan-pelancongan-mampan/feed/ 0 72095
Sabah Tourism Board’s iron lady passes away https://sabahmedia.com/2021/02/16/sabah-tourism-boards-iron-lady-passes-away/ https://sabahmedia.com/2021/02/16/sabah-tourism-boards-iron-lady-passes-away/#respond Tue, 16 Feb 2021 15:04:27 +0000 http://18.136.128.23/?p=197
Read Time:1 Minute, 17 Second

“I lost a friend today,” said Local Government and Housing Minister, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, when expressing his heartfelt condolence to the family of the late Datuk Irene Benggon Charuruks, Sabah Tourism Board’s (STB) ex-general manager.

Irene, who was known as the iron lady behind Sabah Tourism Board for 25 years before her retirement in 2016, contributed a lot to the Sabah tourism industry, said Masidi during the daily Covid-19 briefing today.

“Everyone knows she contributed a lot to the development of the tourism industry in Sabah. Sabah Tourism became famous and was emulated by other states in Malaysia due to her work,” said Masidi who was the Tourism, Culture and Environment Minister for 10 years prior to the Warisan government taking over in 2018.https://6bef0ebc411e5137cad361c51c4df2aa.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

He described her as hardworking, active and a good and effective officer as well as a close friend.

“I lost a friend today. I express the condolence on behalf of Sabah Government to the family of Irene and wish them patience. It is a difficult period of life.

“Datuk Irene has contributed a lot to the development of tourism in Sabah. She has excelled in her service and is internationally recognized for what she has done. I hope this recognition mitigates the loss for her family,” said Masidi.

“Our deepest condolences to her family. May her soul rest in peace.”

Irene passed away yesterday at 4.12pm at the Queen Elizabeth Hospital. — Borneo Post Online

]]>
https://sabahmedia.com/2021/02/16/sabah-tourism-boards-iron-lady-passes-away/feed/ 0 197