Sabah tun musa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Feb 2025 01:42:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabah tun musa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tun Musa terima kunjungan SUP Sabah https://sabahmedia.com/2025/02/15/tun-musa-terima-kunjungan-sup-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/15/tun-musa-terima-kunjungan-sup-sabah/#respond Sat, 15 Feb 2025 01:42:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68733
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP), Datuk Seri Rosli Isa, di sini semalam.

Rosli berkata, kunjungan itu adalah bertujuan bagi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Tun Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.

“Di samping itu, saya memaklumkan kepada Tun Musa bahawa setiap jabatan dan agensi persekutuan di Sabah akan sentiasa bekerjasama erat dengan kerajaan negeri agar ekonomi serta pembangunan negeri Sabah terlakar cemerlang.

Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP), Datuk Seri Rosli Isa

“Tun Musa juga menasihati agar ketua jabatan persekutuan dan negeri mengadakan satu mesyuarat bersama yang akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah sebanyak empat kali setahun bagi bertukar-tukar dan berkongsi pendapat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu di sini.

Rosli turut berkata, Pejabat SUP akan mengadakan mesyuarat perhubungan ketua-ketua jabatan dan badan berkanun persekutuan Sabah yang diadakan tiga kali setahun dan yang pertama pada tahun ini adalah pada 18 Februari depan.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha, Noraziah Aslan beserta Penolong-Penolong Setiausaha, Patrick Laing Ngau, Ag Mohd Izzuddin Hariz bin Ag Kachee dan Michol Lin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/15/tun-musa-terima-kunjungan-sup-sabah/feed/ 0 68733