sabahJkr – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Jun 2022 03:11:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabahJkr – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kementerian bincang permohonan kecualikan cukai jalan kerana jalan rosakĀ  https://sabahmedia.com/2022/06/13/kementerian-bincang-permohonan-kecualikan-cukai-jalan-kerana-jalan-rosak/ https://sabahmedia.com/2022/06/13/kementerian-bincang-permohonan-kecualikan-cukai-jalan-kerana-jalan-rosak/#respond Mon, 13 Jun 2022 03:11:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=16824
Read Time:53 Second

SANDAKAN: Kementerian Pengangkutan akan membincangkan isu permohonan dan rayuan pengguna jalan raya kenderaan persendirian di Sabah yang mahukan pengecualian bayaran cukai jalan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya memahami hasrat pengguna jalan raya di Sabah tetapi buat masa ini beliau tidak mahu menjanjikan apa-apa, tetapi akan membawa isu itu ke kementerian serta pihak berkaitan.

“Saya akan bincang dengan pihak kementerian dan melihat implikasinya macam mana, saya akan bincang dengan pihak kerajaan negeri, Menteri Kerja Raya Sabah dan macam mana kita nak buat.

“Saya tengok keadaan ini kena lihat secara menyeluruh dan saya faham apa permintaan itu lapor Berita Harian.

“Saya tidak akan buat satu janji bulan dan bintang, tak boleh, kita kena, ini tertakluk kepada kemampuan kewangan negara,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan, di Sandakan, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan pengguna jalan raya di Sabah mahukan pengecualian bayaran cukai jalan susulan keadaan jalan raya di Sabah yang agak daif.

Pengguna meminta agar pengecualian bayaran cukai jalan diberikan sementara menunggu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo siap.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/06/13/kementerian-bincang-permohonan-kecualikan-cukai-jalan-kerana-jalan-rosak/feed/ 0 16824