sabahm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Jul 2024 03:07:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabahm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPKM salur lebih RM33.5 juta kepada Sabah, laksana projek tingkat hasil produk agromakanan negara. https://sabahmedia.com/2024/07/13/kpkm-salur-lebih-rm33-5-juta-kepada-sabah-laksana-projek-tingkat-hasil-produk-agromakanan-negara/ https://sabahmedia.com/2024/07/13/kpkm-salur-lebih-rm33-5-juta-kepada-sabah-laksana-projek-tingkat-hasil-produk-agromakanan-negara/#respond Sat, 13 Jul 2024 03:07:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57462
Read Time:1 Minute, 59 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan sebanyak lebih RM33.5 juta kepada Sabah bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan bersama Kerajaan negeri.

KPKM dalam satu kenyataan berkata, peruntukan itu merupakan yang tertinggi disalurkan kepada Sabah berbanding negeri-negeri lain.

Tambah kenyataan itu, jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM150 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan yang merupakan inisiatif belanjawan khas bagi tahun 2024.

“Ia adalah bertujuan bagi membangunkan dan mengoptimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan lagi hasil produk agromakanan negara.

“Peruntukan sebanyak RM33,593,226 itu disalurkan secara berperingkat kepada Sabah pada 4 April lalu dan 14 Mei bagi memastikan program itu dapat dilaksanakan dengan jayanya,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Terdahulu, cek cura berjumlah RM33,593,226 diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika mengadakan kunjungan hormat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya semalam.

Hadir sama pada kunjungan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffery G. Kitingan; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Hendrus Anding.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut mengadakan perbincangan yang menjurus kepada kerjasama KPKM dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi mengoptimumkan penggunaan tanah ke arah keterjaminan makanan negara.

Selain itu, turut dibincangkan kerjasama dalam melaksanakan projek pembangunan yang meliputi pemerkasaan sektor ternakan, tanaman dan aktiviti pengeluaran serta pemasaran produk hiliran di Negeri Sabah.

Penyaluran peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Sabah itu adalah meliputi tujuh buah projek yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Ia adalah melibatkan pemerkasaan ternakan bersepadu ruminan, pembangunan 23 buah Pusat Pengumpulan Hasil Tani, pemulihan sawah-sawah padi terbiar seluas 534.55 hektar, pembinaan kilang kopi dan pembangunan tanaman kontan (Keladi Cina) yang melibatkan pelbagai daerah di Negeri Sabah.

Kesemua projek tersebut akan dilaksanakan dan diselia oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) melalui Jabatan Pertanian Negeri Sabah (DOA Sabah) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah (DVS Sabah).

Peruntukan tersebut secara tidak langsung akan memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di Negeri Sabah seterusnya meningkatkan pendapatan dan membaiki taraf sosio ekonomi negeri Sabah

Mohamad dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama empat hari bermula semalam akan mengadakan lawatan kerja melibatkan Konvoi Jelajah Road to MAHA@Sabah 2024 di Kota Kinabalu, Kota Belud, Kundasang, Telupid dan Sandakan. – SABAH MEDIA / FOTO KPKM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/13/kpkm-salur-lebih-rm33-5-juta-kepada-sabah-laksana-projek-tingkat-hasil-produk-agromakanan-negara/feed/ 0 57462
SOS Heart Fund Berjaya Kutip RM57,283 Bantu Pesakit Terima Rawatan https://sabahmedia.com/2021/12/20/sos-heart-fund-berjaya-kutip-rm57283-bantu-pesakit-terima-rawatan/ https://sabahmedia.com/2021/12/20/sos-heart-fund-berjaya-kutip-rm57283-bantu-pesakit-terima-rawatan/#respond Mon, 20 Dec 2021 09:49:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10136
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU:  Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOS Heart Fund) berjaya mengutip dana sebanyak RM57,283 dalam satu program khas yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Dana itu akan digunakan bagi menampung kos rawatan pembedahan jantung tiga orang kanak-kanak dari keluarga tidak berkemampuan.

Presiden SOS Heart Fund Datuk Eva Susau berkata, pihaknya berharap lebih ramai orang akan tampil untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban para pesakit.

“Pihak kita mensasarkan sejumlah RM150,000 untuk menampung kos pembedahan Herlena,8 dan Hisyam,9 bulan serta Faizal.

“Faizal semalam (19 Disember) telah tiba di sini selepas berjaya mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, diharapkan sempena dengan sambutan Hari Natal 2021, sumbangan orang awam adalah hadiah terbaik kepada kanak-kanak ini.

Katanya, pada 6 Disember lalu, SOS Heart Fund telah dimaklumkan oleh doktor pakar dan Unit Kebajikan dari hospital di sini mengenai keadaan Faizal yang semakin serius.

“Penerbangan dan keperluan rawatan disediakan pada 8 Disember kerana memerlukan pembedahan segera untuk meneruskan kehidupan.

“Faizal dan ibunya bimbang tetapi sangat berterima kasih kerana SOS Heart Fund tampil ke hadapan untuk menaja segala perbelanjaan pembedahan itu sepenuhnya,” katanya.

Katanya, Faizal pada 8 Disember kemudian diterbangkan ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pembedahan itu kerana jantungnya semakin lemah setiap hari.

Menurutnya, selepas rawatan itu, Faizal semakin pulih dan diterbangkan balik di sini bagi mendapatkan rawatan susulan dan penjagaan rapi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada para penderma sangat murah hati yang menonton sambutan ulang tahun SOS Heart Fund secara langsung menerusi Facebook kelmarin,” katanya.

Mereka yang bermurah hati boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank persatuan menerusi CIMB 8005716221 atau Maybank 5101 4311 2262.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/20/sos-heart-fund-berjaya-kutip-rm57283-bantu-pesakit-terima-rawatan/feed/ 0 10136