sabahnews – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Jan 2024 04:18:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sabahnews – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji & Juliah hadiri Majlis Santapan Diraja Perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha https://sabahmedia.com/2024/01/16/hajiji-juliah-hadiri-majlis-santapan-diraja-perkahwinan-putera-mateen-dayang-anisha/ https://sabahmedia.com/2024/01/16/hajiji-juliah-hadiri-majlis-santapan-diraja-perkahwinan-putera-mateen-dayang-anisha/#respond Tue, 16 Jan 2024 04:18:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48044
Read Time:42 Second

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dengan Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah Adam di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman pada Isnin.

Terdahulu, Hajiji dan Juliah menghadiri Majlis Istiadat Persandingan Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M. Jasni.

Pada majlis itu, Hajiji dan isteri Juliah merakamkan gambar kenangan bersama pasangan pengantin diraja, Pengiran Muda Abdul Mateen, 32, dan Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah Adam, 29.

Majlis gilang-gemilang yang diadakan selama 10 hari bermula 7 Januari yang lalu diisi dengan pelbagai istiadat Diraja yang telah dilangsungkan sejak turun temurun.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/16/hajiji-juliah-hadiri-majlis-santapan-diraja-perkahwinan-putera-mateen-dayang-anisha/feed/ 0 48044
Alunan muzik & suara kumpulan Orkes Keroncong Maktab Sabah pukau lebih 5,000 penonton di Indonesia https://sabahmedia.com/2023/12/06/alunan-muzik-suara-kumpulan-orkes-keroncong-maktab-sabah-pukau-lebih-5000-penonton-di-indonesia/ https://sabahmedia.com/2023/12/06/alunan-muzik-suara-kumpulan-orkes-keroncong-maktab-sabah-pukau-lebih-5000-penonton-di-indonesia/#respond Wed, 06 Dec 2023 07:50:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46120
Read Time:5 Minute, 53 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Keindahan alunan muzik dan suara dari kumpulan pelajar Orkes Keroncong Maktab Sabah berjaya memukau lebih 5,000 penonton semasa membuat persembahan di Solo Keroncong Festival (SKF), Pure Mingkunegaraan Garsopuro, Solo Kota Surakarta, Indonesia pada Julai lalu.

Shaafri dan Alleysa mendendangkan lagu keroncong semasa festival itu. – Foto ihsan SM Maktab Sabah.

SKF merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa negara Indonesia itu berlangsung selama dua hari bermula 22 dan 23 Julai 2023, kumpulan Orkes Keroncong Maktab Sabah telah diundang oleh Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Surakarta Solo Indonesia untuk kali keduanya selepas membuat persembahan di sana pada tahun lalu.

Pengarah Program ke Solo Keroncong Festival, Peringkat Antarabangsa Julai 2023 yang juga Guru Muzik Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah, Cikgu Shaafri Sakin berkata, kumpulan Orkes Keroncong Maktab Sabah telah diundang dan membuat persembahan di Pentas Solo Festival Keroncong Peringkat Antarabangsa di Pure Mingkunegaraan Garsopuro, Solo Kota Surakarta, Indonesia.

Shaafri (tengah) bersama kumpulan Orkes Keroncong Maktab Sabah.

“Terdapat 18 kumpulan keroncong telah menyertainya dan membuat persembahan terdiri daripada pelbagai daerah, negeri dalam Indonesia juga terdapat wakil dari negara luar seperti Malaysia (diwakili oleh Orkes Keroncong Maktab Sabah), Singapura dan seorang penyanyi jemputan Hannah Marie Standiford yang berasal dari negara Amerika Syarikat dengan menyanyikan lagu Keroncong Langgam Jawa pada festival tersebut,” katanya ketika ditemui Sabah Media selepas acara Da Capo Konsert sempena Program Kem Muzik Peringkat Negeri Sabah, bertempat di Dewan Perdana Maktab Sabah pada Sabtu lalu.

Shaafri berkata, kumpulan Orkes Keroncong Maktab Sabah terdiri daripada 17 orang pelajar dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Junior (pelajar tingkatan 2 dan 3) manakala kumpulan Senior (pelajar tingkatan 4 dan 5). Rombongan turut disertai lima orang guru pengiring dari SM Maktab Sabah.

“Selain daripada membuat persembahan keroncong di Solo Keroncong Festival, rombongan pelajar dan guru pengiring sempat melawat beberapa tempat sekitar Solo dan Yogjakarta bagi tujuan lawatan sambil belajar antaranya ialah melawat pusat pembuatan alat muzik keroncong, pusat pembuatan alat muzik gendang, dan pusat pembuatan alat muzik gamelan yang berpusatkan di sekitar Solo Kota Surakarta Indonesia.

“Pelajar-pelajar dapat melihat cara pembuatan alat muzik iaitu dari proses awal hinggalah alat muzik itu siap digunakan dan ianya dibuat di depan mata pelajar. Semestinya ianya dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar,” katanya.

Tambah beliau, sebelum pulang ke tanah air, rombongan pelajar Maktab Sabah sempat melawat Sekolah Seni Musik (SSM) Yogjakarta, Indonesia dan Institut Seni Indonesia Yogjakarta (ISI).

“Semasa berada di SSM Yogjakarta, kedatangan rombongan dari Maktab Sabah itu dialu-alukan dan disambut dengan meriah, kemudian diberi peluang melihat suasana pembelajaran pelajar yang sedang membuat latihan muzik serta melihat persembahan Pop Orkestra Sekolah Musik Yogjakrta,” katanya.

Kumpulan Orkes Keroncong Maktab Sabah semasa lawatan di Sekolah Seni Musik Yogjakarta. – Foto ihsan SM Maktab Sabah.

Dalam lawatan itu, Shaafri selaku Pengarah Projek berkata, rombongan pelajar dan guru Maktab Sabah yang diketuai oleh Abdul Jaid Paki sebagai wakil ketua rombongan, Cikgu Abdul Manaf Abdullah, Cikgu Jipanis Juali dan Siti Norkiah Ramin masing-masing sebagai guru pengiring dan Agus Suranto, Kepala Sekolah SSM Yogjakarta telah berbincang dan bersepakat akan mengadakan kerjasama dalam hal muzik seperti latihan, bengkel muzik, persembahan muzik keroncong dan orkestra.

“Ini dilakukan secara anjuran bersama antara dua buah sekolah itu di masa akan datang demi meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran pelajar dalam muzik di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Menurut Shaafri, SM Maktab Sabah merupakan sekolah yang pertama di Sabah mempunyai set kelengkapan peralatan muzik keroncong dan ianya bermula dari tahun 2016 lagi.

“Kumpulan muzik kami menggunakan alat muzik keroncong asli dari Indonesia.

“Kumpulan muzik ini juga tidak akan pernah putus kerana kami ada skuad pelapis di sekolah dan saya berharap pelajar-pelajar muzik yang telah menamatkan persekolahan di Maktab Sabah akan meneruskan seni muzik keroncong ini ke peringkat yang lebih tinggi, ” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai Kem Muzik Maktab Sabah Peringat Negeri Sabah 2023, Shaafri berkata, Kem Muzik yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Disember 2023 bertempat di Dewan Perdana Maktab Sabah itu melibatkan tiga buah sekolah selain SM Maktab Sabah (43 orang pelajar), SMK Tambunan (22 orang pelajar) dan SK Randagong Ranau (seorang pelajar).

Eva (kiri) dan Allesya menyanyikan lagu keroncong semasa Da Capo Konsert Peringkat Negeri Sabah di Dewan Perdana Maktab Sabah pada Sabtu (3 Dis).

“Manakala 10 jurulatih muzik yang telah membantu sepanjang Kem Muzik itu berlangsung iaitu (dua orang guru Muzik dari Maktab Sabah) Cikgu Shaafri Sakin sebagai Pengarah Projek Program Kem muzik dan merangkap Ketua Jurulatih Muzik dan Cikgu Asmin Mudin sebagai Timbalan Pengarah Projek dan merangkap jurulatih muzik, jurulatih muzik lain termasuk Cikgu Miner Gimpau dari SMK Sikuati 2 Kudat, Cikgu Syaharieetins Jautin dari SMK Tambunan dan lima orang dari pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Avylla Thressa Yasaya, Zulhelmi Rizal, Erzackharry Jurah, Puteri Ain Norfatihah Lailee, Coco Lee Zi Hui dan seorang bekas graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan lepasan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) iaitu Nur Farahani Osman,” katanya.

Shaafri berkata, Konsert Penutupan Akhir Kem Muzik itu diberi nama ‘Da Capo Konsert’.

“Da Capo Konsert Maktab Sabah 2023 adalah bertujuan menjadi perintis
kepada penganjuran dan penubuhan kumpulan muzik yang bersifat akademik pada masa hadapan,” katanya.

Turut hadir semasa konsert tersebut, Dr. Mohd Asran Amisah Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) di Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Mohd Aizan Ermando, Penolong Pegawai Pendidikan Unit sektor Pengurusan Murid wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu, Ahmad Jaitor Terimoh wakil Bekas Penuntut Maktab Sabah (OSCA) dan Muhammad Arif Tun Sakaran YDP PIBG Maktab Sabah, Guru Penolong Kanan Maktab Sabah, Samsiah Al Malek, Abdul Jaid Paki, Johari Ag. Damit, Pengetua SMK Tambunan dan para Ibu bapa.

Konsert itu diawali dengan persembahan keroncong oleh Orkes Keroncong Maktab Sabah dengan membawa enam lagu kemudian diikuti dengan persembahan Pop Orkestra dengan mempersembahkan lima lagu termasuk satu lagu dinyanyikan oleh penyanyi terkenal negara Elica Paujin dengan iringan Pop Orkestra.

“Diharapkan konsert kem muzik ini diteruskan lagi agar usaha pembangunan insan seimbang kepada anak-anak ini melalui pengalaman muzikal, kesedaran estetik, mengembangkan daya komunikasi dan interaksi, memupuk disiplin dan kreativiti serta semangat perpaduan dapat dijayakan,” kata Shaafri.

Sementara itu, penyanyi Orkes Keroncong Maktab Sabah, Alleysa Anne Ak Alexander, 17, berkata, dia meminati lagu keroncong kerana keindahan melodinya tersendiri.

“Saya meminati nyanyian lagu keroncong kerana mempunyai keindahan melodinya serta ritmanya yang unik sekaligus menunjukkan bahawa muzik keroncong berbeza dengan genre muzik yang lain.

“Selain itu, muzik keroncong mengajar saya tentang teknik vokal yang baik dalam pembawaan ritma yang umumnya bersifat improvisasi dan memerlukan penghayatan jiwa yang mendalam,” katanya.

Menurut Alleysa lagi, lagu keroncong yang dinyanyikan diberi nafas baharu mengikut peredaran semasa supaya anak-anak muda turut meminati lagu – lagu keroncong.

“Pada pendapat saya, cara mengetengahkan lagu-lagu keroncong perlu diberi nafas baharu agar anak-anak muda meminati lagu-lagu keroncong dengan cara memainkan lagu pop terkini dan membuat kelainan dengan menggunakan alat muzik keroncong serta menggubah rentak lagu itu kepada versi muzik keroncong agar anak muda mendengar keindahan seni muzik keroncong.

“Selain beri pendedahan awal kepada generasi muda khususnya murid-murid sejak di bangku sekolah rendah lagi.

“Disamping sering membuat pertandingan nyanyian lagu-lagu keroncong di setiap peringkat sama ada kategori sekolah rendah, menengah, universiti, terbuka semua lapisan masyarakat dalam negara Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/06/alunan-muzik-suara-kumpulan-orkes-keroncong-maktab-sabah-pukau-lebih-5000-penonton-di-indonesia/feed/ 0 46120
Semakan kadar pemberian khas Sabah & Sarawak melalui penyelesaian secara interim https://sabahmedia.com/2023/11/29/semakan-kadar-pemberian-khas-sabah-sarawak-melalui-penyelesaian-secara-interim/ https://sabahmedia.com/2023/11/29/semakan-kadar-pemberian-khas-sabah-sarawak-melalui-penyelesaian-secara-interim/#respond Wed, 29 Nov 2023 09:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45859
Read Time:1 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah mencapai persetujuan untuk semakan kadar amaun pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa bermula tahun 2023 sebagai penyelesaian secara interim sementara proses memuktamadkan formula semakan pemberian khas bagi jangka panjang.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelesaian secara interim ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP-MA63) yang telah berlangsung pada 20 Januari 2023 dan telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024. Persetujuan adalah meliputi perkara-perkara berikut:

“Kadar amaun pemberian khas baharu bagi Negeri Sabah dan Sarawak
dinaikkan kepada RM300 juta mulai tahun 2023. Kadar interim ini merupakan peningkatan kepada amaun yang sedang berkuat kuasa RM16 juta setahun bagi Negeri Sarawak sejak tahun 1969 dan RM125.6 juta bagi Negeri Sabah
bagi tahun 2022 melalui semakan interim yang telah dilaksanakan untuk Sabah pada tahun 2022.

“Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak komited untuk meneruskan perundingan dan melaksanakan semakan semula kadar pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk memuktamadkan formula penentuan kadar pemberian
yang telah diperuntukkan di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak akan melaksanakan kajian semakan pemberian khas dengan mengambil kira pertimbangan keperluan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak berhubung kos perkhidmatan negeri serta kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 112D(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, bagi melaksanakan semakan kadar amaun pemberian khas baharu ini berdasarkan
Perkara 112D(1) dan 112D(5) Perlembagaan Persekutuan, Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2023 dan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sarawak) 2023 telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 24 November 2023.

“Bayaran pemberian khas tahun 2023 pada kadar baharu RM300 juta telah disempurnakan semalam (28 November 2023) melalui penyaluran kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/29/semakan-kadar-pemberian-khas-sabah-sarawak-melalui-penyelesaian-secara-interim/feed/ 0 45859
Anugerah HRD 2023: ABSC dinamakan sebagai majikan terkemuka di Sabah https://sabahmedia.com/2023/11/03/anugerah-hrd-2023-absc-dinamakan-sebagai-majikan-terkemuka-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/11/03/anugerah-hrd-2023-absc-dinamakan-sebagai-majikan-terkemuka-di-sabah/#respond Fri, 03 Nov 2023 09:02:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44682
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Sempena dengan National Human Capital Conference and Exhibition (NHCCE) 2023,
yang diadakan pada 30 sehingga 31 Oktober 2023, satu majlis makan malam yang mewah telah diadakan di mana Anugerah HRD 2023 telah disampaikan sebagai pengiktirafan kepada majikan, penyedia latihan, dan tenaga pengajar.

Advanced Business Systems Consultants Sdn. Bhd. (ABSC) telah diiktiraf sebagai salah satu pemenang Kategori Pekerja SME pada Anugerah HRD 2023, dan dinamakan sebagai majikan terkemuka di Sabah.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1985, Advanced Business Systems Consultants Sdn. Bhd. telah
menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada institusi pendidikan tinggi melalui AMC University College (AMC UC).

AMC UC merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang telah didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia, telah aktif terlibat sejak 38 tahun sehingga kini dalam memajukan kecemerlangan pendidikan untuk masyarakat tempatan.

Pelbagai program akademik yang ada, mulai daripada kursus peringkat diploma sehingga ijazah doktor.

AMC UC telah dianugerahkan status Kolej Universiti dan telah di akreditasi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 16 Ogos 2023. Ini menjadikan AMC UC sebagai kolej universiti swasta keempat di Sabah.

Selain program akademik, AMC UC juga secara aktif menawarkan kursus latihan korporat di bawah HRD Corp. Kursus-kursus ini direka untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat besar, perniagaan kecil dan
menengah (SME), entiti korporat, dan juga orang ramai.

AMC UC telah mencecah rekod selama 38 tahun. Kekal teguh dalam komitmen untuk memenuhi misi menyediakan pendidikan yang luar biasa, latihan, dan perkhidmatan kepada umum.

Pada masa ini, kejayaan AMC UC dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia memberi khidmat kepada
kedua kakitangan dalaman dan orang ramai diprediksi terutamanya pada prinsip 4C: “Contribution, Cost-effectiveness, Commitment, and Consistency”.

Kontribusi pembangunan modal insan AMC UC adalah selaras dengan rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya, yang menggambarkan visi keseluruhan Kerajaan Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/03/anugerah-hrd-2023-absc-dinamakan-sebagai-majikan-terkemuka-di-sabah/feed/ 0 44682
Kes Pemerdagangan Manusia: Tujuh mangsa wanita warga Filipina diselamatkan https://sabahmedia.com/2023/10/16/kes-pemerdagangan-manusia-tujuh-mangsa-wanita-warga-filipina-diselamatkan/ https://sabahmedia.com/2023/10/16/kes-pemerdagangan-manusia-tujuh-mangsa-wanita-warga-filipina-diselamatkan/#respond Sun, 15 Oct 2023 22:11:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43692
Read Time:1 Minute, 11 Second

LABUAN: Polis berjaya menyelamatkan tujuh wanita warga Filipina dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa bekerja di sebuah premis hiburan di sekitar bandar Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Polis Daerah W.P. Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, pihak polis telah menerima aduan kejadian pemerdagangan manusia melibatkan dua wanita warganegara Filipina di sebuah hotel di W.P. Labuan pada 13 Okt lalu.

Katanya, maklumat awal telah diterima daripada pihak Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur yang menerima panggilan daripada mangsa memohon untuk diselamatkan.

“Kedua-dua mangsa menghubungi pihak kedutaan setelah melarikan diri daripada tempat penginapan mereka.

“Tindakan pihak Polis melalui OP Pintas, telah berjaya menyelamatkan keseluruhan tujuh orang wanita warganegara Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa bekerja di sebuah premis hiburan dalam kawasan bandar WP Labuan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mohd Hamizi berkata, dua orang masing-masing seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara Filipina turut ditangkap untuk membantu
siasatan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa berumur
lingkungan 25 hingga 33 tahun bekerja sebagai pelayan di premis
hiburan berkenaan.

“Permohonan perintah reman ke atas dua tangkapan dari Mahkamah
Majistret W.P. Labuan telah dibenarkan selama enam hari bermula 15 Oktober 2023 hingga 20 Oktober 2023 dan siasatan masih diteruskan.

“Justeru pihak Polis menasihatkan kepada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah
mahupun aktiviti pemerdagangan manusia kepada pihak polis,” tegasnya.

Menurut Mohd Hamizi, tangkapan kes pemerdagangan manusia disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Manusia dan
Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/16/kes-pemerdagangan-manusia-tujuh-mangsa-wanita-warga-filipina-diselamatkan/feed/ 0 43692