Sabung ayam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 26 May 2025 06:09:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sabung ayam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 3 lelaki warga tempatan ditahan dalam serbuan sabung ayam di Penampang https://sabahmedia.com/2025/05/26/tiga-lelaki-warga-tempatan-ditahan-dalam-serbuan-sabung-ayam-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2025/05/26/tiga-lelaki-warga-tempatan-ditahan-dalam-serbuan-sabung-ayam-di-penampang/#respond Mon, 26 May 2025 06:06:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74543
Read Time:52 Second

PENAMPANG: Tiga lelaki warga tempatan berusia antara 64 hingga 74 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian sabung ayam di Kampung Sarapung Kolopis, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sekitar jam 4.30 petang pada 25 Mei hasil maklumat awam.

“Pasukan polis menyerbu lokasi yang dijadikan kawasan bebas bagi menjalankan aktiviti sabung ayam dan berjaya menahan tiga individu, manakala beberapa yang lain melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam operasi yang dijalankan di bawah Ops Dadu itu, polis turut merampas empat ekor ayam hidup, tiga unit sangkar ayam, satu gelanggang sabung ayam dan wang tunai berjumlah RM319.

Kesemua suspek dan barangan rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika disabitkan kesalahan.

Polis menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah termasuk perjudian dan penganiayaan haiwan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/26/tiga-lelaki-warga-tempatan-ditahan-dalam-serbuan-sabung-ayam-di-penampang/feed/ 0 74543
Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam https://sabahmedia.com/2025/05/22/dua-warga-asing-dipenjara-didenda-berhubung-judi-sabung-ayam/ https://sabahmedia.com/2025/05/22/dua-warga-asing-dipenjara-didenda-berhubung-judi-sabung-ayam/#respond Thu, 22 May 2025 13:49:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74303
Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Dua lelaki warga asing dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan berada di tempat perjudian laga ayam.

Tertuduh, Paulus Pune, 55, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan, manakala Yohanis Batu, 48, dikenakan denda RM1,800 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Paulus dan Yohanis didapati hadir di tempat perlagaan haiwan tanpa kebenaran mana-mana pihak berkuasa yang sah, atau tanpa alasan munasabah dengan mengetahui bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan perjudian laga ayam pada 8 Mei lalu jam 5 petang di Penampang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 21 (2) (a) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh di hukum di bawah Seksyen 21 (5) Enakmen yang sama, memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, 000 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa kedua-dua lelaki itu ditangkap semasa serbuan dilakukan di lokasi berkenaan. Ketika serbuan, ramai pengunjung melarikan diri dan hanya beberapa orang sahaja berjaya di tangkap dan beberapa ekor ayam berjaya dirampas dipercayai digunakan untuk judi sabung ayam.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan selanjutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/22/dua-warga-asing-dipenjara-didenda-berhubung-judi-sabung-ayam/feed/ 0 74303