saddil piala afc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 Feb 2024 07:46:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png saddil piala afc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Piala AFC : Saddil jalani terapi, tidak dapat beraksi Selasa ini https://sabahmedia.com/2024/02/11/piala-afc-saddil-jalani-terapi-tidak-dapat-beraksi-selasa-ini/ https://sabahmedia.com/2024/02/11/piala-afc-saddil-jalani-terapi-tidak-dapat-beraksi-selasa-ini/#respond Sun, 11 Feb 2024 07:46:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49331
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Harapan penyokong skuad Badak untuk melihat pemain import Sabah FC Saddil Ramdani beraksi dalam saingan separuh akhir Piala AFC, Selasa ini tidak kesampaian.

Ini kerana, penyerang Sabah FC itu dikatakan terpaksa menjalani terapi berikutan masalah kecederaan yang dialaminya.

Perkara itu dikongsikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir menerusi laman Instagram beliau yang turut memaparkan gambarnya bersama Saddil, semalam.

“Semoga cepat sembuh @saddilramdani dan dipermudahkan segala urusan terapinya,” katanya menerusi perkongsian berkenaan.

Sabah FC yang selamat tiba di Australia petang kelmarin akan bertemu Macarthur FC dalam aksi separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN, di Campbelltown Sports Stadium.

Namun, tiada penjelasan berhubung terapi yang perlu dijalani Saddil, namun difahamkan ia berkaitan dengan kecederaan yang dilaporkan masih dialaminya.

Terdahulu, rombongan skuad Sang Badak tiba di negara itu pada jam 5 petang kelmarin, diketuai Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan laman Facebook rasmi Sabah FC, kelmarin, semua tonggak pasukan itu dilihat ada bersama ke Australia, kecuali Saddil.

Selain gandingan penyerang import, Ramon Machado dan penyerang kebangsaan, Darren Lok, pasukan Sabah FC turut diperkuat menerusi lima lagi pemain import dan tiga pemain kebangsaan, di samping pemain lain yang tidak kurang hebat.

Lima pemain import terbabit ialah Telmo Castanheira, Gabriel Peres, Miguel Angel Garrido Cifuentes, Park Taesu dan Kwang Min Ko, manakala baki tiga pemain kebangsaan ialah Dominic Tan, Stuart John Wilkin dan Daniel Ting. – SABAH MEDIA / FOTO INSTAGRAM AHMAD MARZUKI

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/11/piala-afc-saddil-jalani-terapi-tidak-dapat-beraksi-selasa-ini/feed/ 0 49331