safa stadium kinabatangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 11 May 2023 04:27:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png safa stadium kinabatangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAFA Kinabatangan rancang bina stadium mini https://sabahmedia.com/2023/05/11/safa-kinabatangan-rancang-bina-stadium-mini/ https://sabahmedia.com/2023/05/11/safa-kinabatangan-rancang-bina-stadium-mini/#respond Thu, 11 May 2023 03:54:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34153
Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kinabatangan : Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Kinabatangan merancang untuk membina sebuah stadium mini di kawasan tapak tanah seluas lapan ekar berhampiran kompleks sukan di sini.

Presiden SAFA Kinabatangan Omar Maya Amat berkata, kos perbelanjaan bagi pembinaan stadium mini berkenaan adalah dianggarkan sebanyak RM3 juta.

Katanya, stadium itu dijangka akan mempunyai dua padang bola sepak rumput, sebuah padang sintetik, gelanggang futsal, asrama lelaki dan wanita serta pejabat.

Kerja-kerja pembersihan tapak sedang dilakukan.

“Pada ketika ini, kerja-kerja pembersihan tapak yang bermula sejak Januari lalu sudah siap sepenuhnya dan ia akan disusuli dengan penanaman rumput untuk padang.

“Sekiranya sudah ada bajet mencukupi, pembinaan stadium mini ini sudah tentu dapat direalisasikan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Omar Maya yang juga Pengarah Teknikal SAFA berkata, pihaknya sedang berusaha mengumpul bajet yang diperlukan untuk pembinaan stadium mini tersebut.

Apabila siap kelak, SAFA Kinabatangan dijangka menjadi SAFA daerah pertama di Sabah yang akan mempunyai stadium mini sendiri.

Katanya, ini merupakan perancangan yang beliau lakukan sejak mengambil alih kepimpinan SAFA daerah ini sejak tiga tahun lalu.

“Justeru saya akan memastikan perancangan ini menjadi kenyataan demi kepentingan sukan bola sepak di daerah Kinabatangan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/11/safa-kinabatangan-rancang-bina-stadium-mini/feed/ 0 34153