safa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 31 Mar 2026 09:00:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png safa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 CIS sumbang RM1 juta kepada SAFA https://sabahmedia.com/2026/03/31/cis-sumbang-rm1-juta-kepada-safa/ https://sabahmedia.com/2026/03/31/cis-sumbang-rm1-juta-kepada-safa/#respond Tue, 31 Mar 2026 08:58:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94053
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bagi membantu memperkukuh prestasi pasukan negeri itu dalam saingan bola sepak negara.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Pemangku Presiden SAFA, Datuk Awang Kadin Tang dalam satu majlis ringkas di pejabat SAFA, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Khidmat Korporat CIS, Ezrie Ag Raini serta Setiausaha Agung SAFA, Shamsuddin Mohd Shah.

Japlin berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembangunan sukan bola sepak di Sabah, khususnya dalam memperkasa program pembangunan bakat dan meningkatkan prestasi pasukan negeri.

“CIS percaya bola sepak mampu menjadi platform penting dalam membentuk disiplin, semangat berpasukan serta jati diri dalam kalangan generasi muda.

“Justeru, sokongan seperti ini wajar diteruskan demi memastikan pembangunan sukan negeri terus berkembang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, CIS turut memikul tanggungjawab sosial untuk membantu pelbagai sektor termasuk sukan, pendidikan dan kebajikan di Sabah.

Menurutnya, sumbangan kepada SAFA juga tepat pada masanya menjelang beberapa perlawanan penting pasukan Sabah dalam saingan liga bulan depan.

“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu SAFA dalam melaksanakan program serta menampung keperluan operasi pasukan,” katanya.

Japlin turut memaklumkan bahawa CIS sebelum ini pernah menyumbang RM500,000 kepada SAFA dan jumlah itu ditingkatkan kepada RM1 juta tahun ini sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan bola sepak negeri.

Sementara itu, Awang Kadin merakamkan penghargaan atas sumbangan tersebut yang disifatkan sebagai suntikan moral dan kewangan kepada SAFA.

“Saya bagi pihak SAFA mengucapkan terima kasih kepada CIS khususnya Datuk Japlin atas sumbangan ini yang amat bermakna kepada kami bagi menghadapi musim baharu,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan berkenaan akan dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuh pengurusan pasukan serta meningkatkan prestasi bola sepak Sabah ke tahap lebih tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/31/cis-sumbang-rm1-juta-kepada-safa/feed/ 0 94053
Shahelmey umum letak jawatan Presiden SAFA https://sabahmedia.com/2025/12/22/shahelmey-umum-letak-jawatan-presiden-safa/ https://sabahmedia.com/2025/12/22/shahelmey-umum-letak-jawatan-presiden-safa/#respond Mon, 22 Dec 2025 12:48:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88720
Read Time:48 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Ir Shahelmey Yahya mengumumkan akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Beliau berkata, surat rasmi peletakan jawatan tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Agung SAFA pada minggu lalu sebagai mematuhi tatacara dan perlembagaan persatuan.

“Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 dan surat rasmi telah saya serahkan kepada Setiausaha Agung SAFA minggu lepas,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan bahawa Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAFA akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan.

Katanya, ini termasuklah urusan pentadbiran dan hala tuju kepimpinan persatuan selepas tarikh kuat kuasa peletakan jawatan tersebut.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan beliau dalam kepimpinan bola sepak negeri, selain membuka ruang kepada perbincangan mengenai peralihan kepimpinan SAFA pada masa akan datang.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi berhubung pengganti atau mekanisme pelantikan kepimpinan baharu SAFA. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/22/shahelmey-umum-letak-jawatan-presiden-safa/feed/ 0 88720
Tunku Ismail beri sumbangan kepada SAFA https://sabahmedia.com/2024/07/18/tunku-ismail-beri-sumbangan-kepada-safa/ https://sabahmedia.com/2024/07/18/tunku-ismail-beri-sumbangan-kepada-safa/#respond Thu, 18 Jul 2024 03:10:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57678
Read Time:40 Second

Kota Kinabalu : Pemangku Sultan Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima mengadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Ir Shahelmey Yahya, di ibu negara semalam.

Pada sesi mengadap itu, Tunku Ismail turut berkenan memberi sumbangan peribadi kepada SAFA.

Menerusi perkongsian di Facebook Hajiji, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tunku Ismail atas sumbangan peribadi beliau kepada SAFA.

Selain itu, Hajiji berkata, agenda pembangunan bola sepak Sabah melalui kolaborasi bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) juga turut dibincangkan.

“Kerjasama erat SAFA dengan JDT juga akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pembangunan bola sepak di peringkat belia dan mencungkil bakat di kawasan-kawasan terpencil,” katanya.

Beberapa perkara penting turut dibincangkan termasuk potensi peluang ekonomi antara Sabah dan Johor. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/18/tunku-ismail-beri-sumbangan-kepada-safa/feed/ 0 57678
AGM SAFA Sabtu ini https://sabahmedia.com/2023/05/08/agm-safa-sabtu-ini/ https://sabahmedia.com/2023/05/08/agm-safa-sabtu-ini/#respond Mon, 08 May 2023 14:02:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34019
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Sabtu ini.

Timbalan Presiden SAFA, Datuk Abdul Rahman Zakaria berkata, jawatan Presiden akan disandang Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya.

Katanya, hanya Datuk Shahelmey seorang saja yang menerima pencalonan sebagai Presiden dan dengan itu telah menang tanpa bertanding.

“Bagaimanapun, jawatan kepimpinan tertinggi lain termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) akan melibatkan pertandingan.

“Proses pertandingan kepimpinan tertinggi SAFA ini akan dijalankan selaras dengan perlembagaan persatuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rahman berkata, selaku Timbalan Presiden SAFA ketika ini, beliau akan memberi sokongan padu dan kerjasama sepenuhnya kepada Datuk Shahelmey untuk menerajui SAFA.

Katanya, ia demi kemajuan bola sepak di negeri ini kerana umum mengetahui pembabitan Datuk Shahelmey dalam bola sepak negeri bukan perkara baharu.

“Saya dan semua ahli gabungan lain yakin beliau mampu memimpin persatuan itu dengan baik ke arah menaikkan lagi imej sukan bola sepak di Sabah.

“Pengalaman dan pengetahuan beliau dalam soal berkaitan bola sepak sudah tentu akan membantu SAFA untuk berfungsi dengan lebih baik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/08/agm-safa-sabtu-ini/feed/ 0 34019
SAFA, media rakan akrab dalam memajukan bola sepak di Sabah https://sabahmedia.com/2023/03/13/safa-media-rakan-akrab-dalam-memajukan-bola-sepak-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/03/13/safa-media-rakan-akrab-dalam-memajukan-bola-sepak-di-sabah/#respond Mon, 13 Mar 2023 04:56:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30742
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) dan rakan media sentiasa akrab kerana kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain, kata Setiausaha Agung SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan.

Katanya, hubungan erat ini akan memberi manfaat bukan saja dari aspek populariti tetapi juga dapat membantu memajukan bola sepak negara secara tidak langsung.

Menurut beliau, menerusi media, setiap pasukan bola sepak sudah pasti dapat mendekatkan diri dengan peminat bola sepak dan penyokong masing-masing.

“Ia akan membawa manfaat yang baik kepada pasukan termasuk menambahkan lagi sokongan padu daripada peminat bola sepak.

“Kita sentiasa akrab dengan rakan-rakan media dan ia bukan sesuatu yang baharu, malah kita mengadakannya pelbagai aktiviti bersama dari semasa ke semasa ,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Dr Jelani berkata, perlawanan persahabatan antara SAFA dengan Persatuan Wartawan Sabah (SJA) ini juga akan menjadi landasan penting dalam mengukuhkan lagi silaturahim kedua-dua pihak.

Perlawanan yang berlangsung di ibu pejabat persatuan bola sepak berkenaan dimenangi oleh pasukan SAFA dengan keputusan 4-2.

Sementara itu, Dr Jelani berkata, penubuhan Akademi Bola Sepak SAFA, yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya, Sabtu lalu, merupakan satu sejarah penting di Sabah.

Katanya, ia amat penting dalam memantapkan lagi pembangunan bola sepak di Sabah di masa hadapan.

“Penubuhan akademi bola sepak ini sudah menjadi realiti dan selepas ini ia akan dikembangkan ke lapan zon di seluruh negeri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/13/safa-media-rakan-akrab-dalam-memajukan-bola-sepak-di-sabah/feed/ 0 30742
Kassim Dilantik Penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022 https://sabahmedia.com/2022/03/18/kassim-dilantik-penasihat-kejohanan-piala-sabah-2022/ https://sabahmedia.com/2022/03/18/kassim-dilantik-penasihat-kejohanan-piala-sabah-2022/#respond Fri, 18 Mar 2022 05:01:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13150
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Kassim Razali dilantik sebagai penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022 bagi merebut piala sumbangan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Azman Mastar mengumumkan perlantikan itu di sini, semalam.

Katanya, jawatankuasa itu merakamkan penghargaan kepada Kassim kerana sudi menerima pelantikannya sebagai penasihat kejohanan berkenaan.

Grand final kejohanan itu akan berlangsung di Kota Kinabalu pada 23 hingga27 Mac ini membabitkan lapan zon dari seluruh negeri terdiri dari Pantai Barat Utara, Pantai Barat Timur, Pantai Barat, Pantai Barat Selatan, Pantai Timur Utara, Zon Tengah, Pedalaman Atas dan Pantai Timur Selatan.

Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung SAFA, berkata kejohanan Piala Sabah peringkat zon sedang berlangung untuk memilih pasukan yang akan mewakili zon masing-masing nanti.

“Pertandingan di peringkat zon ketika ini berjalan lancar dan pihak jawatankuasa induk pertandingan sentiasa melakukan pemantauan di setiap zon agar ia dapat diadakan dengan jayanya,” katanya.

Katanya, perlawanan akhir Piala Sabah akan berlangsung di Stadium Likas di sini pada 27 Mac ini.

Menurutnya, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sendiri dijangka akan melakukan upacara penutupan kejohanan itu selain akan turut dihadiri Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi SAFA.

Beliau menambah, Piala Sabah merupakan kejohanan terbesar kedua dianjurkan SAFA selepas kejayaan Kejohanan Piala BMR B18 tahun akhir tahun lalu.

“SAFA juga merancang untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Antara Kelab dan Piala SAFA tahun ini,” kata Azman.

Beliau berharap kedua-dua kejohanan berkenaan akan dapat direalisasikan sekiranya tidak menghadapi sebarang kekangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/18/kassim-dilantik-penasihat-kejohanan-piala-sabah-2022/feed/ 0 13150
KDM Malaysia Anjur Bola Sepak Veteran Campuran https://sabahmedia.com/2022/01/23/kdm-malaysia-anjur-bola-sepak-veteran-campuran/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/kdm-malaysia-anjur-bola-sepak-veteran-campuran/#respond Sun, 23 Jan 2022 03:54:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11447
Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia kembali menganjurkan kejohanan bola sepak bermula dengan kategori veteran campuran bermula Mac depan.

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, KDM Malaysia akan berkerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) daerah-daerah Pedalaman Atas dan Penampang menganjurkan kejohanan itu.

Kejohanan itu dinamakan Kejohanan Bola Sepak Mix Veteran Piala Pertubuhan KDM Malaysia 2022 dengan tawaran hadiah lumayan termasuk wang tunai keseluruhan lebih RM20,000.

Juara akan menerima wang tunai RM10,000; kedua RM6,000; ketiga RM4,000 dan keempat RM2,000.

Pasukan yang mengambil bahagian akan dikenakan bayaran RM2,000 iaitu RM1,000 untuk yuran penyertaan dan RM1,000 sebagai wang jaminan. Setiap pasukan bagaimanapun akan menerima satu set jersi.

“Kami sudah buat persiapan (menganjur)…borang penyertaan akan diedarkan dalam masa terdekat. Bagaimanapun, penyertaan hanya dihadkan untuk 16 pasukan sahaja ‘berdasarkan siapa cepat dia dapat’.

“Penyertaan juga hanya terbuka untuk 11 pasukan lagi kerana lima tempat sudah diisi pasukan dari daerah-daerah SAFA yang terlibat dengan penganjuran iaitu Tenom, Keningau, Nabawan, Tambunan dan Penampang,” kata Peter dalam satu kenyaataan di sini hari ini.

Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan pada peringkat awal di mana pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan. Dua pasukan teratas dari setiap pasukan akan meneruskan cabaran ke pusingan suku akhir yang dijalankan secara kalah mati.

Kejohanan adalah untuk pemain berusia 45 tahun ke atas  tetapi pasukan dibenarkan menyenaraikan penjaga gol berusia 40 tahun ke atas dan dua pemain berusia 40-44 tahun dalam kesebelasan setiap perlawanan.

“Pasukan boleh daftar maksima tiga pemain berusia 40-44 tahun tetapi hanya dua pemain boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama. Penjaga gol juga boleh berusia 40 tahun ke atas. Pasukan boleh mendaftar maksima 25 pemain,” katanya.

Venue kejohanan adalah  padang-padang di Keningau termasuk Kompleks Sukan Keningau dan Tambunan.

“Sepak mula kejohanan dijadualkan pada 19 Mac melibatkan semua pasukan. Kejohanan juga akan dirasmikan pada hari sama (19 Mac) selepas perlawanan pusingan pertama selesai.

“Antara pengisian upacara perasmian ialah penyerahan jersi kepada setiap pasukan dan  perlawanan bola sepak antara pasukan penganjur dan pasukan bekas pemain Sabah.

“Kejohanan ini adalah antara sedikit sumbangan KDM Malaysia memberikan ruang dan peluang kepada pemain-pemain yang sudah berusia untuk terus aktif bersukan di mana ada permintaan tinggi dari mereka untuk diadakan kejohanan seperti ini,” kata Peter.

Beliau berkata, selepas kejohanan veteran campuran itu, KDM Malaysia juga sudah merancang untuk menganjurkan edisi ketiga kejohanan terbuka yang kali terakhir dianjurkannya untuk edisi kedua pada 2018-2019.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/kdm-malaysia-anjur-bola-sepak-veteran-campuran/feed/ 0 11447
SAFA Sedia Bertemu Rozaimi & Pemain Berminat Sertai Sabah FC https://sabahmedia.com/2021/11/14/safa-sedia-bertemu-rozaimi-pemain-berminat-sertai-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2021/11/14/safa-sedia-bertemu-rozaimi-pemain-berminat-sertai-sabah-fc/#comments Sun, 14 Nov 2021 10:24:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8463
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) sedia dan terbuka untuk mengadakan sebarang perjumpaan dengan semua pemain bola sepak sama ada pemain tempatan mahupun luar yang berminat menyertai pasukan Sabah FC.

Setiausaha Agung SAFA Datuk Jelani Hamdan berkata, mereka yang berminat perlu menjalani proses pemilihan pemain selain perlu memenuhi syarat yang ditetapkan Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee.

Katanya, pihaknya turut menafikan dakwaan kononnya SAFA tidak mempedulikan pemain tempatan yang berminat untuk bermain dengan Sabah FC.

“Saya ingin memberi fokus satu isu yang tular di media sosial mengenai ‘live’ bekas pemain Kedah Darul Aman FC Mohd Rozaimi Abdul Rahman yang dilihat seperti merajuk, kecil hati dan sebagainya.

“Pendirian kita, namun saya tidak mahu mendahului jurulatih tapi buat masa ini kita tidak dapat menerima mana-mana permohonan atau perpindahan ke Sabah FC sehingga selesai Piala Malaysia, apabila selesai nanti barulah kita fikir sama ada akan mengambil pemain baru atau kekal pemain sedia ada.

“Isu kita tidak ‘berminat’ dengan pemain berasal Sabah itu tidak betul, kita terbuka untuk berjumpa semua pemain yang berminat termasuk Rozaimi, kita beri peluang untuk menjalani ujian pemilihan,” katanya kepada media disini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan satu video bekas penyerang Kedah Darul Aman FC Mohd Rozaimi Abdul Rahman yang juga anak tempatan Sabah yang dimuat naik di laman sosial  yang menyatakan kesediaan untuk bermain dengan Sabah FC.

 Jelani berkata, pihaknya tidak boleh mengambil pemain begitu sahaja tanpa melalui prosedur dan kriteria yang ditetapkan oleh Ketua Jurulatih Sabah FC.

“Kita mahu lebih serius, kita terbuka untuk semua anak tempatan apa lagi orang luar pun kita boleh ambil kalau menepati kriteria yang ditetapkan Datuk Ong Kim Swee.

“Secara ringkasnya kita terbuka kepada Rozaimi untuk bersama-sama Sabah FC dengan syarat beliau (Datuk Ong Kim Swee) berpuas hati dan menepati kriteria yang digariskan,” katanya.

Dalam pada itu, Jelani berkata, SAFA juga tidak akan campur tangan dari segi pemilihan pemain dan semuanya tertakluk di bawah kuasa Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.  

“Saya sebagai Pengarah Sabah FC tidak mahu campur tangan, Presiden SAFA dan lain-lain dalam pengurusan, kita bagi kebebasan kepada jurulatih sebab mereka lebih pakar dalam bola sepak,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/14/safa-sedia-bertemu-rozaimi-pemain-berminat-sertai-sabah-fc/feed/ 1 8463
SAFA Sumbang RM5,000 Kepada Azah Azrin https://sabahmedia.com/2021/11/02/safa-sumbang-rm5000-kepada-azah-azrin/ https://sabahmedia.com/2021/11/02/safa-sumbang-rm5000-kepada-azah-azrin/#respond Tue, 02 Nov 2021 10:34:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8137
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada bekas pemain negeri, Azah Azrin yang sedang sakit ketika ini akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Naib Presiden SAFA, Datuk James Wong mewakili Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyerahkan sumbangan itu kepada Azah di kediamannya semalam.

Turut diserahkan kepada beliau ialah wang hasil kutipan sebanyak RM2,400 perlawanan persahabatan amal antara SAFA Officials dan Ex-Sabah di Stadium Likas, Sabtu lalu.

Hadir sama ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Azah, 71, pernah menjadi penolong jurulatih skuad Sabah pada 1995-1996, jurulatih skuad Piala Borneo pada 1986 dan jurulatih skuad Piala Presiden Sabah pada tahun 1990-an.

Ketika ditemui Azah memberitahu, dia bermain bersama pasukan Sabah selama 21 tahun sehinggalah terpaksa berehat disebabkan kecederaan di pergelangan kaki kirinya.

“Saya bermain dengan Sabah sejak berusia 18 tahun dan terpaksa menggantung kasut pada tahun 1981 akibat kecederaan di kaki,” katanya.

Menurut bekas pemain tengah itu, dia juga pernah dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama rakan-rakan ke Brazil untuk mengikuti program kejurulatihan di negara tersebut.

Katanya, hanya dia dan arwah Mohd Ali Hassan dari Sabah terlibat dalam program tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/02/safa-sumbang-rm5000-kepada-azah-azrin/feed/ 0 8137
Piala BMR Mampu Cungkil Bakat Baharu https://sabahmedia.com/2021/10/12/piala-bmr-mampu-cungkil-bakat-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/10/12/piala-bmr-mampu-cungkil-bakat-baharu/#respond Tue, 12 Oct 2021 10:52:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7448
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Penganjuran kejohanan bola sepak Piala Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (Piala BMR) bawah 18 tahun dilihat mampu mengenalpasti pemain-pemain muda yang berbakat bagi diserapkan ke dalam skuad Piala Belia.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, ia juga dilihat sebagai satu usaha baik yang dilakukan Persatuan Bolasepak Sabah Sabah (SAFA) kerana dapat menggilap bakat pemain-pemain muda di negeri ini.

“Sudah tentu penganjuran kejohanan ini sangat baik dan ia tidak dilakukan di negeri-negeri lain,” katanya selepas mendengar taklimat ringkas berhubung kejohanan itu oleh Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar di pejabat SAFA disini semalam.

Kim Swee berkata, pihaknya akan memberi kerjasama kepada panel jurulatih pemilih yang diketuai Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat untuk membolehkan SAFA dapat memanfaatkan hasil kejohanan itu.

Katanya, melalui kejohanan remaja seperti ini akan memudahkan usaha untuk pembentukan skuad Piala Belia musim depan.

Sementara itu, Azman  berkata, usaha untuk menganjurkan kejohanan yang pertama kali dilakukan SAFA itu adalah sebagai memenuhi misi dan visi Presiden SAFA, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin untuk membangunkan sukan bolasepak di Sabah.

Katanya, selepas kejohanan Piala BMR itu, SAFA juga akan menganjurkan kejohanan lain yang dalam perancangan termasuk Kejohanan Piala Ketua Menteri yang akan dikenali sebagai “Piala Sabah” supaya ia lebih menyeluruh.

“Biasanya sebelum ini ia dinamakan Piala Ketua Menteri namun kita akan buat perubahan sedikit dengan menamakan Piala Sabah namun ia akan tetap merebut piala yang disumbangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor,” katanya.

Hadir sama dalam taklimat ringkas itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Lokman Sunggim.

Terdahulu, Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA memberi taklimat ringkas kepada Kim Swee bagi membolehkannya membantu panel jurulatih pemilih untuk melakukan tugasan mereka apabila grand final kejohanan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Grand final itu membabitkan lapan pasukan zon yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan nanti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/12/piala-bmr-mampu-cungkil-bakat-baharu/feed/ 0 7448