SAFMA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 08 Sep 2026 02:28:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SAFMA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Duta AS kunjungi gerai SAFMA di MAHA 2026 https://sabahmedia.com/2026/09/08/duta-as-kunjungi-gerai-safma-di-maha-2026/ https://sabahmedia.com/2026/09/08/duta-as-kunjungi-gerai-safma-di-maha-2026/#respond Tue, 08 Sep 2026 02:28:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103027
Read Time:55 Second

SERDANG: Kepelbagaian produk hasil perikanan Sabah yang diketengahkan Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 menarik perhatian pengunjung, termasuk Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, David H. Gamble Jr.

Beliau mengadakan kunjungan ke gerai pameran SAFMA di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), di sini, pada Ahad.

Kunjungan itu disambut Penolong Pengurus (Pemasaran) SAFMA, James Abin, yang turut mengiringi dan menyantuni delegasi berkenaan sepanjang lawatan di gerai pameran.

Menurut SAFMA, kunjungan berkenaan memberi peluang kepada pihaknya memperkenalkan keunikan serta potensi produk hasil perikanan Sabah, khususnya menerusi inisiatif Ikan Rakyat Sabah, kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Penyertaan SAFMA di MAHA 2026 turut menjadi platform untuk mengetengahkan kepelbagaian hasil perikanan negeri selain memperkenalkan potensi industri perikanan Sabah kepada pasaran yang lebih luas.

Selain mempromosikan produk perikanan tempatan, penyertaan berkenaan turut membuka ruang kepada SAFMA memperluaskan jaringan pasaran serta meneroka peluang kerjasama di peringkat nasional dan antarabangsa.

SAFMA komited untuk terus memperkukuh usaha mempromosikan hasil perikanan Sabah melalui platform pameran dan promosi strategik, sekali gus meningkatkan keterlihatan produk tempatan serta membuka peluang pasaran baharu di peringkat antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/08/duta-as-kunjungi-gerai-safma-di-maha-2026/feed/ 0 103027
SAFMA sumbang Ikan Rakyat Sabah kepada mangsa kebakaran Kg Numbak https://sabahmedia.com/2026/09/02/safma-sumbang-ikan-rakyat-sabah-kepada-mangsa-kebakaran-kampung-numbak/ https://sabahmedia.com/2026/09/02/safma-sumbang-ikan-rakyat-sabah-kepada-mangsa-kebakaran-kampung-numbak/#respond Wed, 02 Sep 2026 06:42:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102662
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) tampil membantu meringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Numbak, Karambunai, menerusi sumbangan Ikan Rakyat Sabah.

Sumbangan berkenaan diserahkan Pengurus Besar SAFMA, Burhan Japar, kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karambunai, Nordin Ludah, untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian itu, hari ini.

Turut hadir pada majlis penyerahan bantuan berkenaan ialah wakil Persatuan Perikanan serta pemilik kapal Pantai Barat Sabah yang turut bersama-sama menjayakan usaha berkenaan.

Burhan berkata, sumbangan itu mencerminkan keprihatinan SAFMA dan komuniti industri perikanan terhadap masyarakat yang ditimpa musibah.

“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, kami berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa serta membantu memenuhi keperluan makanan harian mereka.

“Dalam keadaan seperti ini, sokongan dan keprihatinan daripada pelbagai pihak amat penting bagi membantu mangsa meneruskan kehidupan sementara menjalani proses pemulihan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Perikanan dan pemilik kapal Pantai Barat Sabah atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa.

Menurutnya, SAFMA akan terus menyokong usaha kebajikan dan bantuan kemasyarakatan, khususnya ketika masyarakat berdepan bencana dan musibah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/02/safma-sumbang-ikan-rakyat-sabah-kepada-mangsa-kebakaran-kampung-numbak/feed/ 0 102662
Kapal laut ikan musnah terbakar di hadapan pasar SAFMA https://sabahmedia.com/2025/06/07/kapal-laut-ikan-musnah-terbakar-di-hadapan-pasar-safma/ https://sabahmedia.com/2025/06/07/kapal-laut-ikan-musnah-terbakar-di-hadapan-pasar-safma/#respond Sat, 07 Jun 2025 04:57:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75182
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Sebuah kapal laut ikan musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di perairan hadapan Pasar SAFMA di sini awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan hari ini, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.56 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

Seramai 15 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Judy Trisna menjalankan operasi pemadaman.

Pasukan bomba menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dengan dua pancutan daripada sumber air terbuka (air laut), selain bantuan buih pemadam (foam) dan pam angkut bagi mengawal kebakaran.

Komander operasi melaporkan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.52 pagi, manakala operasi ditamatkan kira-kira sejam kemudian setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di kawasan kejadian.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Operasi turut melibatkan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan orang awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/07/kapal-laut-ikan-musnah-terbakar-di-hadapan-pasar-safma/feed/ 0 75182
SAFMA teroka pasaran eksport, tingkat daya saing industri perikanan https://sabahmedia.com/2025/04/08/safma-teroka-pasaran-eksport-tingkat-daya-saing-industri-perikanan/ https://sabahmedia.com/2025/04/08/safma-teroka-pasaran-eksport-tingkat-daya-saing-industri-perikanan/#respond Tue, 08 Apr 2025 04:36:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71616
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA) kini giat melaksanakan inisiatif baharu bagi meneroka pasaran eksport dalam usaha memperluas jaringan pemasaran produk perikanan Sabah ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi SAFMA, Datuk Mohammad Mohamarin, berkata langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan sumber semula jadi negeri, khususnya dalam sektor perikanan yang mempunyai potensi besar di pasaran global.

“Kita mempunyai sumber laut yang kaya dan berkualiti tinggi. Sudah tiba masanya Sabah bukan hanya menjadi pengeluar, tetapi juga pemain utama dalam rantaian bekalan perikanan global.

“Inisiatif ini akan membuka peluang pasaran baharu terutamanya ke negara-negara seperti Jepun, China, dan negara Timur Tengah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad berkata, SAFMA kini sedang menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi promosi perdagangan, syarikat logistik dan pemain industri eksport makanan laut bagi memastikan piawaian produk menepati keperluan pasaran antarabangsa.

Antara fokus utama inisiatif tersebut menurut beliau termasuk, peningkatan kapasiti pemprosesan dan pembungkusan mengikut standard eksport, pensijilan halal dan keselamatan makanan, serta penubuhan hab eksport di beberapa lokasi strategik di Sabah

Beliau turut menekankan bahawa pendekatan tersebut akan memberi manfaat secara langsung kepada para nelayan dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) perikanan tempatan.

“Apabila nilai tambah meningkat melalui eksport, pendapatan para nelayan dan pemain industri tempatan juga akan meningkat. Ini satu langkah penting ke arah mewujudkan ekosistem perikanan yang mampan dan berdaya saing,” katanya.

Menurutnya lagi, SAFMA optimis bahawa inisiatif itu akan memperkukuh kedudukan Sabah sebagai hab makanan laut berkualiti tinggi di rantau ini dan sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri secara keseluruhan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/08/safma-teroka-pasaran-eksport-tingkat-daya-saing-industri-perikanan/feed/ 0 71616
Dua Bot Nelayan, Kedai Runcit Terbakar di Jeti SAFMA https://sabahmedia.com/2022/03/21/dua-bot-nelayan-kedai-runcit-terbakar-di-jeti-safma/ https://sabahmedia.com/2022/03/21/dua-bot-nelayan-kedai-runcit-terbakar-di-jeti-safma/#respond Mon, 21 Mar 2022 07:09:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13272
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Dua buah bot nelayan termasuk sebuah kedai runcit musnah terbakar dalam satu kejadian di Jeti Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) berhampiran Pasar Besar dekat sini awal pagi tadi. (21 Mac)

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 pagi tadi.

Pasukan Bomba sedang memadam api dalam satu kebakaran di Jeti SAFMA awal pagi tadi. – Foto ihsan JBPM

“Pasukan Bomba dari BPP Kota Kinabalu dan Lintas bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dan mendapati dua buah bot nelayan telah terbakar manakala api telah merebak ke sebuah kedai runcit berhampiran dan turut terbakar 30 peratus,” kata kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, pasukan Bomba melakukan pemadaman menggunakan dua aliran menggunakan sumber air diperolehi daripada tangki jentera serta pili bomba berhampiran.

Dalam pada itu, terdapat seorang perempuan terperangkap dalam kedai runcit dan telah berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba.

Bagaimanapun tiada mangsa yang cedera dilaporkan manakala keadaan terkawal pada jam 6.31 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10:19 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/21/dua-bot-nelayan-kedai-runcit-terbakar-di-jeti-safma/feed/ 0 13272
SAFMA Bayar Balik Pinjaman RM1 Juta Kepada Kerajaan Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/30/safma-bayar-balik-pinjaman-rm1-juta-kepada-kerajaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/safma-bayar-balik-pinjaman-rm1-juta-kepada-kerajaan-sabah/#respond Thu, 30 Sep 2021 09:33:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7031
Read Time:43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Agensi Pemasaran Ikan Sabah (SAFMA) membayar RM1 juta untuk pembayaran balik pinjaman bagi tahun ini kepada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan cek tersebut dalam satu majlis di Menara Kinabalu, dekat sini pada Khamis.

Cek tersebut diserahkan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Rusdin Riman oleh Pengurus Besar SAFMA, Amir Bangsa Ahmad.

Turut hadir dalam majlis itu juga Pengerusi SAFMA, Mokran Ingkat dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Mariana Tinggal.

Dalam pada itu, Amir turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengatakan bahawa dengan pembayaran terbaharu ini, bayaran pinjaman tertunggak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tempatan kepada Kerajaan Negeri kini berjumlah RM2.7 juta.

Mokran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila dan Amir turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai pembangunan kemudahan penyimpanan sejuk (cold storage) di jeti pendaratan ikan SAFMA.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/safma-bayar-balik-pinjaman-rm1-juta-kepada-kerajaan-sabah/feed/ 0 7031