saga sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Oct 2025 11:03:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png saga sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAGA XI : Futsal julung kali dipertandingkan dalam Sukan Sabah di Tawau https://sabahmedia.com/2025/10/11/saga-xi-futsal-julung-kali-dipertandingkan-dalam-sukan-sabah-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/10/11/saga-xi-futsal-julung-kali-dipertandingkan-dalam-sukan-sabah-di-tawau/#respond Sat, 11 Oct 2025 11:03:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83028
Read Time:54 Second

TAWAU: Acara futsal buat julung kalinya dipertandingkan pada temasya Sukan Sabah  (SAGA XI) 2025 yang menandakan pencapaian penting dalam pembangunan sukan tersebut di negeri ini.

Pengarah Pertandingan Sukan Futsal SAGA XI, Mohamad Mizan Rashidi berkata sebanyak 19 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita mengambil bahagian dalam acara yang bermula hari ini sehingga 16 Oktober.

“Ini merupakan kali pertama acara futsal dimasukkan sebagai salah satu acara rasmi dalam Sukan Sabah. Saya berharap sukan ini akan terus diberi perhatian pada penganjuran akan datang.

“Melalui futsal kita dapat menyediakan platform kepada pemain muda untuk menonjolkan bakat mereka agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui media di Stadio De Futsal Tawau, di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, pusingan awal acara futsal bermula pada Sabtu manakala peringkat kalah singkir akan berlangsung di gelanggang SG Futsal dari 14 hingga 16 Oktober.

Selain futsal, acara sepak takraw juga berlangsung hari ini dan dijangka berakhir pada 15 Oktober, manakala pertandingan bola jaring yang berlangsung di Tawau Futsal Centre disertai lapan pasukan antaranya Kota Kinabalu, Ranau, Keningau, Sandakan, Tawau, Kota Marudu dan Sipitang.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/11/saga-xi-futsal-julung-kali-dipertandingkan-dalam-sukan-sabah-di-tawau/feed/ 0 83028
Sukan Sabah titik permulaan gilap atlet muda bersaing di peringkat antarabangsa https://sabahmedia.com/2025/02/13/sukan-sabah-titik-permulaan-gilap-atlet-muda-bersaing-di-peringkat-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2025/02/13/sukan-sabah-titik-permulaan-gilap-atlet-muda-bersaing-di-peringkat-antarabangsa/#respond Thu, 13 Feb 2025 06:35:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68599
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Penganjuran Sukan Sabah (SAGA) yang dianjurkan secara dwi tahunan di negeri ini berupaya menjadi titik permulaan bagi atlet muda mencapai sasaran untuk meraih pingat emas di peringkat antarabangsa terutama Sukan Olimpik.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, penganjuran SAGA juga diharap dapat mengenal pasti atlet-atlet berbakat untuk dilatih dan seterusnya bertanding ke peringkat lebih tinggi.

“Kita mengharapkan penganjuran kali ini akan dapat mengenalpasti atlet-atlet yang berbakat seterusnya kita akan melatih dan bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Bukan saja di peringkat kebangsaan, tapi di peringkat antarabangsa.

Ellron dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk SAGA ke-11 Tawau 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

“Saya juga telah menyentuh tentang kesatuan kita, kerjasama yang erat dan memahami tentang undang-undang sukan itu sendiri. Kita ini orang Sabah. Jadi sepatutnya kita perlu membantu di antara satu yang lain.

“Yang penting itu kita menang di peringkat yang tertinggi seperti peringkat Olimpik. Bukan peringkat SAGA. Jadi itu yang kita titik beratkan, supaya mereka faham. Dan itulah sebenarnya sasaran utama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk SAGA ke-11 Tawau 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Ellron berkata, pihaknya juga berharap agar semua pegawai, atlet, jurulatih yang terlibat sama-sama berganding bahu untuk memajukan sukan di negeri ini.

“Setakat ini kita masih lagi menunggu atlet kita yang dapat sekurang-kurangnya dalam sukan SEA untuk menambah pingat emas termasuk sukan lain,” katanya.

Terdahulu, Ellron berkata, SAGA edisi ke-11 tahun ini akan berlangsung di daerah Tawau bermula 11 hingga 17 Oktober depan.

Katanya, sebanyak 30 kontinjen yang mewakili daerah di Sabah akan menyertai SAGA pada edisi kali ini dengan menyaksikan 25 acara sukan dipertandingkan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/13/sukan-sabah-titik-permulaan-gilap-atlet-muda-bersaing-di-peringkat-antarabangsa/feed/ 0 68599
SAGA X : 182 pingat emas jadi rebutan, buka tirai temasya secara rasmi Sabtu ini https://sabahmedia.com/2023/12/12/saga-x-182-pingat-emas-jadi-rebutan-buka-tirai-temasya-secara-rasmi-sabtu-ini/ https://sabahmedia.com/2023/12/12/saga-x-182-pingat-emas-jadi-rebutan-buka-tirai-temasya-secara-rasmi-sabtu-ini/#respond Mon, 11 Dec 2023 16:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46400
Read Time:55 Second

Kota Kinabalu: Temasya Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang akan membuka tirai secara rasmi Sabtu ini bakal mempertaruhkan sebanyak 182 pingat emas melibatkan 103 acara.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata, sukan dwitahunan itu akan dihoskan oleh daerah Kota Kinabalu selama seminggu.

Katanya, majlis perasmian SAGA ke-10 ini akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu.

“SAGA merupakan sukan yang berprestasi tinggi dan berprestij di peringkat Negeri Sabah yang diadakan secara dwitahunan setelah kali terakhir berlangsung pada tahun 2019 dan tertangguh akibat penularan COVID-19.

“Seramai 6,784 orang atlet dan pegawai terlibat pada Sukan Sabah kali ini yang mempertandingkan 22 jenis sukan antaranya olahraga, badminton, bola sepak, sepak takraw dan juga pertambahan acara e-sport selari dengan perkembangan sukan ini.

“Meskipun Kota Kinabalu merupakan tuan rumah Sukan Sabah, namun beberapa acara sukan akan berlangsung di lima daerah lain seperti Tuaran, Penampang, Putatan, Ranau dan Keningau mengikut kesesuaian acara sukan yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjemput orang ramai agar hadir menyaksikan bakat-bakat baharu sukan negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/12/saga-x-182-pingat-emas-jadi-rebutan-buka-tirai-temasya-secara-rasmi-sabtu-ini/feed/ 0 46400