Saga tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Oct 2025 07:53:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Saga tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAGA XI : 500 ‘Gamer’ Sabah rebut lima pingat emas di Tawau https://sabahmedia.com/2025/10/11/saga-xi-500-gamer-sabah-rebut-lima-pingat-emas-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/10/11/saga-xi-500-gamer-sabah-rebut-lima-pingat-emas-di-tawau/#respond Sat, 11 Oct 2025 07:52:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82997
Read Time:44 Second

TAWAU : Seramai 500 atlet termasuk jurulatih dan pengiring menyertai pertandingan sukan elektronik (e-Sukan) sempena temasya Sukan Sabah (SAGA) XI 2025.

Pengarah Pertandingan, Usman Ibrahim berkata pertandingan tersebut  berlangsung selama enam hari bermula hari ini dengan taklimat kontinjen diadakan pada 10 Oktober.

“Ini merupakan penganjuran kali kedua selepas edisi pertama di Kota Kinabalu pada 2023. Tiga jenis permainan dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), e-Football dan Tekken.

“Untuk MLBB lelaki ada 26 daerah dan wanita 19 daerah, e-Football sebanyak lapan daerah untuk kategori wanita dan lebih kurang 20 pasukan lelaki manakala Tekken hanya kategori lelaki sahaja. 

“Sebanyak lima pingat emas ditawarkan berbanding enam yang dirancang pada awalnya,” katanya ketika ditemui media di Dewan Kolej Tingkatan Enam di sini, pada Sabtu. 

Beliau berharap penyertaan akan terus meningkat dan e-Sukan mendapat sokongan berterusan daripada semua pihak.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/11/saga-xi-500-gamer-sabah-rebut-lima-pingat-emas-di-tawau/feed/ 0 82997
Lebih 9,000 atlet sertai SAGA XI di Tawau Oktober ini https://sabahmedia.com/2025/09/05/lebih-9000-atlet-sertai-saga-xi-di-tawau-oktober-ini/ https://sabahmedia.com/2025/09/05/lebih-9000-atlet-sertai-saga-xi-di-tawau-oktober-ini/#respond Fri, 05 Sep 2025 02:56:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80650
Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Lebih 9,000 atlet dan pegawai melibatkan 30 buah daerah di Sabah akan menyertai temasya Sukan Sabah (SAGA) XI yang akan berlangsung selama tujuh hari bermula 11 Oktober di daerah Tawau.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata majlis perasmian dijadul akan disempurnakan Ketua Menteri Sabah pada 11 Oktober di Kompleks Sukan Tawau, manakala penutup rasmi pada 17 Oktober 2025.

“Sebanyak 23 jenis sukan dengan lebih 200 acara dipertandingkan termasuk olahraga, bola sepak, sepak takraw, silat, muay thai dan e-sport yang kini semakin diminati golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program temubual segmen ‘Kita Cerita #Kitakongsi’ di Konti SABAHfm kendalian DJ Noddy dan Kak Lang, di sini.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Tetap KBS Sabah Datuk Mansur Asun dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor.

Ellron berkata, kelainan edisi kali ini adalah termasuk penyertaan atlet Sook dan Paitan sebagai daerah penuh serta Tawau menjadi tuan rumah solo bagi semua acara.

“Semua fasiliti di Kompleks Sukan Tawau sudah bersedia. Lebih enam bulan lalu persiapan telah dibuat dan sehingga kini tiada sebarang aduan daripada pihak pelaksana.

“Saya anggap perjalanan persediaan ini berjalan dengan lancar, mudah-mudahan ia berterusan hingga kejohanan berlangsung nanti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/05/lebih-9000-atlet-sertai-saga-xi-di-tawau-oktober-ini/feed/ 0 80650