Saga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Oct 2025 13:42:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Saga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAGA XI: Darwisy, Nick Noveen buktikan kehebatan https://sabahmedia.com/2025/10/16/saga-xi-darwisy-nick-noveen-buktikan-kehebatan/ https://sabahmedia.com/2025/10/16/saga-xi-darwisy-nick-noveen-buktikan-kehebatan/#respond Thu, 16 Oct 2025 13:41:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83477
Read Time:1 Minute, 24 Second

TAWAU: Mohamad Darwisy Syah Mohd Iskandar dan Nick Noveen Norbert muncul antara atlet cemerlang pada hari ketiga acara taekwondo sempena Sukan Sabah (SAGA) XI 2025 yang berlangsung di Dewan Tun Mustapha, MRSM Tawau.

Mohamad Darwisy, yang mewakili daerah Tuaran dan pertama kali menyertai SAGA, berjaya meraih pingat emas dalam kategori Male Open Light 68.1kg – 74.0kg selepas menewaskan wakil Kota Belud, Muhammad Fitri Iqbal Khalaf, dengan kiraan mata 10-13, 10-7, 13-10.

Pingat gangsa bagi kategori sama dikongsi oleh atlet dari Penampang, Azzery Fickly Ambrose Cannon, dan wakil Putatan, Mohammad Daniyal.

Sementara itu, atlet Lahad Datu, Nick Noveen Norbert, turut mengungguli kategori Men Open Welter 74.1kg – 80.0kg selepas menewaskan wakil Tambunan, Alexander Zachary Harry, untuk meraih pingat emas.

Tempat ketiga pula dikongsi bersama oleh Jeshaiah Jade Gordon Mani (Tambunan) dan Nur Iqbal Al Hazique Mohamad (Putatan), yang masing-masing membawa pulang pingat gangsa.

Nick Noveen (tengah) menang kategori Men Open Welter 74.1kg – 80.0kg.

Dalam kategori Female Open Welter 62.1kg – 67.0kg, emas menjadi milik Nur Ain Izati Mohamad Amin, manakala Beatrice James dari Kota Kinabalu meraih perak. Nurazdianah Samsudi (Ranau) dan Joanna William (Tuaran) masing-masing membawa pulang pingat gangsa.

Menurut Ketua Delegat Teknikal Taekwondo, Mhd Zaini Ucop menjelaskan acara Taekwondo pertama kali dipertandingkan kali terakhir pada 2017 kerana SUKMA tidak mempertandingkan acara tersebut.

Beliau menjelaskan sebanyak 56 pingat ditawarkan dalam acara taekwondo ini dengan penyertaan 23 pasukan dari seluruh daerah dan lapan kategori dipertandingkan.

“Saya berharap melalui SAGA ini kita dapat mencari atlet yang berpotensi dan gunakan bakat sepenuhnya untuk terutama dalam SUKMA.

Acara taekwondo SAGA XI dijadual berakhir pada 16 Oktober ini di Dewan Tun Mustapha, MRSM Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/16/saga-xi-darwisy-nick-noveen-buktikan-kehebatan/feed/ 0 83477
SAGA XI: Khalil dan Maryjane berjaya cipta rekod baharu https://sabahmedia.com/2025/10/16/saga-xi-khalil-dan-maryjane-berjaya-cipta-rekod-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/10/16/saga-xi-khalil-dan-maryjane-berjaya-cipta-rekod-baharu/#respond Thu, 16 Oct 2025 12:09:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83473
Read Time:1 Minute, 11 Second

TAWAU : Dua atlet berjaya memecahkan rekod kejohanan masing-masing dalam acara 400 meter lelaki dan rejam lembing wanita pada Sukan Sabah (SAGA) XI 2025 di Kompleks Sukan Tawau, di sini pada Khamis.

Atlet Kuala Penyu, Muhammad Khalil Helmi mengekalkan keunggulannya dalam acara 400 meter lelaki apabila bukan sahaja meraih pingat emas, malah berjaya memecahkan rekod SAGA 2023 miliknya sendiri dengan catatan masa 47.98 saat, berbanding 48.70 saat sebelum ini.

Pingat perak dimenangi atlet Kota Marudu, Ethannie Mojutan dengan catatan 49.00 saat manakala wakil Kota Kinabalu, Ady Putra Aqasha Norahimiee membawa pulang gangsa selepas menamatkan perlumbaan dengan masa 49.42 saat.

Sementara itu, Maryjane Juberin dari Keningau turut mencipta sejarah baharu apabila menjuarai acara rejam lembing wanita dengan jarak 38.62 meter, mengatasi rekod terdahulu 37.12 meter.

Maryjane (tengah) catat rekod baru dalam acara rejam lembing dengan catatan masa 38.62 meter.

Keningau terus mengukuhkan kedudukan apabila Victer Ben Salleh @ Bindik menghadiahkan satu lagi pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki dengan catatan 13.42 meter.

Dalam pada itu, Ranau mendominasi acara 1,500 meter lelaki dan wanita menerusi kehebatan dua atletnya, Ray Juari dan Ledia Engku, yang masing-masing membawa pulang pingat emas.

Bagi acara 400 meter wanita, emas menjadi milik atlet Kinabatangan, Valdame Orow, manakala Putatan berjaya mendapat pingat emasnya menerusi acara lompat kijang apabila Rico Andrew menewaskan pencabar terdekatnya, Mark Paladius dari Tambunan yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/16/saga-xi-khalil-dan-maryjane-berjaya-cipta-rekod-baharu/feed/ 0 83473
SAGA XI : Ranau dan Tawau kuasai acara berbasikal Cross Country https://sabahmedia.com/2025/10/16/saga-xi-ranau-dan-tawau-kuasai-acara-berbasikal-cross-country/ https://sabahmedia.com/2025/10/16/saga-xi-ranau-dan-tawau-kuasai-acara-berbasikal-cross-country/#respond Wed, 15 Oct 2025 21:34:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83377
Read Time:1 Minute, 17 Second

TAWAU : Pelumba dari Ranau dan Tawau berjaya mendominasi acara berbasikal Cross Country Olympic sempena Sukan Sabah (SAGA) XI 2025 di Kompleks Sukan Tawau, di sini pada Rabu.

Aksi penuh mendebarkan mewarnai perlumbaan apabila kedua-dua daerah itu menonjol dalam kategori lelaki dan wanita di laluan mencabar sejauh 20km dan 28km.

Para pelumba turut menunjukkan ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang tinggi sepanjang saingan.

Drevionna bermula baik dengan mendahului pesaingnya sejurus dilepaskan di litar Cross Country, Kompleks Sukan Tawau pada petang Rabu.

Dalam kategori wanita sejauh 20km (2km x 10 pusingan), Drevionna Magdelynna Davin dari Ranau berjaya menamatkan saingan dengan masa 58 minit 48 saat untuk meraih emas. 

Restyfiona Rizal dari Nabawan mengekori rapat dengan masa satu jam 25 saat bagi pingat perak, manakala Yvainne Donny dari Pitas meraih gangsa (satu jam tiga minit empat saat). Sebanyak sembilan pelumba daripada enam daerah mengambil bahagian.

Kategori lelaki pula menyaksikan Akmal Thaqif Begurdy dari Tawau muncul juara tuan rumah selepas menamatkan perlumbaan sejauh 28 kilometer (2 km x 14 pusingan) dalam masa 1 jam 4 minit 36 saat. 

Aksi kegembiraan Drevionna sejurus menamatkan 10 pusingan bagi meraih pingat emas acara berbasikal Cross Country Olympic kategori wanita.

Ryan Zeck Badimin dari Ranau meraih perak (1 jam 5 minit 53 saat), manakala Randdy Fodinan Dablle dari Kota Kinabalu memenangi gangsa (1 jam 6 minit 27 saat). Seramai 30 pelumba dari 11 daerah menyertai perlumbaan ini.

Kesemua pemenang menerima pingat kemenangan yang disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/16/saga-xi-ranau-dan-tawau-kuasai-acara-berbasikal-cross-country/feed/ 0 83377
Sukan Sabah terus jadi platform cungkil bakat atlet negeri https://sabahmedia.com/2025/10/13/sukan-sabah-terus-jadi-platform-cungkil-bakat-atlet-negeri/ https://sabahmedia.com/2025/10/13/sukan-sabah-terus-jadi-platform-cungkil-bakat-atlet-negeri/#respond Mon, 13 Oct 2025 00:37:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83115
Read Time:1 Minute, 50 Second

TAWAU: Penganjuran temasya Sukan Sabah (SAGA) yang kini memasuki edisi ke-11 terus menjadi platform penting dalam pembangunan sukan negeri. 

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS), Mohd Asneh Mohd Noor berkata, temasya sukan itu telah dianjurkan sejak tahun 2003 dan kekal sebagai medan pemilihan serta pertandingan untuk mencungkil bakat atlet tempatan.

“Sebenarnya, SAGA ini sudah kita laksanakan sebanyak 11 edisi. Jika diikutkan, ia dianjurkan dua tahun sekali bermula sejak 2003. Walaupun pernah terjejas akibat pandemik COVID-19, SAGA kali ini merupakan edisi ke-11.

“Jadi, lebih kurang sudah 23 tahun kita laksanakan. Matlamat sejak awal selepas SUKMA 2002 adalah untuk mewujudkan satu platform pembangunan sukan secara menyeluruh di Sabah,” katanya kepada media ketika ditemui di Dewan Serbaguna Tawau pada Ahad.

Menurut Mohd Asneh, SAGA berfungsi sebagai medan pemilihan dan persediaan atlet untuk menyertai kejohanan yang lebih tinggi seperti SUKMA dan juga mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Kita harap SAGA ini menjadi platform yang mampu melahirkan atlet berprestasi tinggi dan menyumbang kepada misi negeri serta negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata MSN Sabah memainkan peranan penting dalam edisi kali ini dengan mengetuai jawatankuasa teknikal dan memastikan semua pertandingan berjalan lancar serta mematuhi piawaian ditetapkan.

“Secara asasnya, MSN memang mengetuai jawatankuasa teknikal dan pertandingan. Untuk edisi di Tawau ini, kita menguruskan seramai 1,070 pegawai teknikal yang terlibat bagi memastikan 23 jenis sukan yang dianjurkan berjalan lancar dan memenuhi spesifikasi antarabangsa.

“Kita juga berharap rekod-rekod seperti rekod kebangsaan atau rekod SUKMA dapat dipecahkan sepanjang penganjuran SAGA kali ini,” katanya.

Mohd Asneh turut menyatakan bahawa SAGA merupakan temasya sukan terbesar di Malaysia peringkat negeri yang melibatkan pelbagai pihak.

“Saya anggap SAGA XI merupakan temasya sukan terbesar dengan penyertaan seramai 7,758 atlet, 1,070 pegawai teknikal serta melibatkan 30 kontinjen meningkat daripada 28 sebelum ini dan sebanyak 23 jenis sukan dipertandingkan.

“Kita harap temasya ini terus menjadi medan mencungkil bakat dan melahirkan atlet berpotensi tinggi yang bukan sahaja mewakili Sabah, malah negara,” katanya.

Dalam aspek kejurulatihan, Mohd Asneh menjelaskan bahawa pihaknya memastikan hanya jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman dipilih bagi membimbing para atlet.   

Beliau turut menegaskan bahawa usaha ini diharap mampu menyumbang kepada misi jangka panjang negara dalam meraih pingat emas pertama di temasya Olimpik.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/13/sukan-sabah-terus-jadi-platform-cungkil-bakat-atlet-negeri/feed/ 0 83115
9,000 atlet sertai SAGA XI Tawau 2025 mulai Sabtu ini https://sabahmedia.com/2025/10/07/9000-atlet-sertai-saga-xi-tawau-2025-mulai-sabtu-ini/ https://sabahmedia.com/2025/10/07/9000-atlet-sertai-saga-xi-tawau-2025-mulai-sabtu-ini/#respond Tue, 07 Oct 2025 06:32:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82711
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Seramai 9,000 atlet dan pegawai melibatkan 30 kontinjen dari seluruh Sabah bakal menyertai temasya Sukan Sabah (SAGA) XI Tawau 2025 yang akan membuka tirainya Sabtu ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah Datuk Mansur Asun berkata, penyertaan kali ini turut melibatkan kontinjen dari Sook dan Paitan yang kini diiktiraf sebagai daerah penuh.

“Pada temasya kali ini, sebanyak 23 jenis sukan akan dipertandingkan melibatkan 217 acara keseluruhan.

“Kita jangkakan lebih 7,000 atlet akan mengambil bahagian selain pegawai serta pengurus pasukan, jumlah keseluruhan melebihi 9,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas slot temu bual rancangan Kami Bah Ini! di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini, pada Isnin.

Mansur berkata, Taekwondo menjadi sukan baharu yang diperkenalkan dalam edisi kali ini selaras dengan perkembangan serta minat belia Sabah terhadap sukan tempur moden.

“Selain itu, antara acara tumpuan adalah olahraga dan sukan berpasukan, selain Muay Thai yang menjadi antara kekuatan Sabah,” katanya.

Beliau berkata, tujuan utama SAGA adalah sebagai platform mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan mewakili negeri ke Sukan Malaysia (SUKMA) tahun depan.

“Melalui temasya ini juga dapat melahirkan atlet pelapis berpotensi yang mampu mewakili Sabah ke SUKMA dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya.

Mansur turut berpesan agar semua atlet bertanding dengan semangat kesukanan dan mematuhi peraturan supaya imej sukan Sabah terus terpelihara.

Temasya SAGA XI Tawau 2025 akan berlangsung selama tujuh hari bermula 11 hingga 18 Oktober di sekitar daerah Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/07/9000-atlet-sertai-saga-xi-tawau-2025-mulai-sabtu-ini/feed/ 0 82711