sahabat aim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Dec 2024 04:12:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sahabat aim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sahabat AIM diingatkan untuk mohon lesen perniagaan https://sabahmedia.com/2024/12/01/sahabat-aim-diingatkan-untuk-mohon-lesen-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2024/12/01/sahabat-aim-diingatkan-untuk-mohon-lesen-perniagaan/#respond Sat, 30 Nov 2024 17:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64660
Read Time:1 Minute, 30 Second

Beaufort : Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) khususnya di daerah ini diingatkan untuk memohon Lesen Perniagaan bagi memudahkan transaksi perniagaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, meskipun Sahabat AIM telah lama wujud namun kebanyakan mereka yang berniaga kecil-kecilan masih belum ada memiliki lesen perniagaan.

Katanya, bantuan julung kali yang diberikan kepada peniaga tepi jalan itu merupakan tanda keprihatian kerajaan semasa terhadap golongan berkenaan sekali gus sebagai inisiatif membasmi kemiskinan.

“Sebenarnya kita di Beaufort ini memang sudah wujud lama AIM  tetapi bagi kita mereka hanya berniaga kecil-kecilan.  Jadi kita perlu angkat mereka sebagai usahawan yang lebih berdaya maju lebih bersaing, lebih berkembang pesat.

“Kita menyarankan supaya mereka memohon lesen perniagaan kerana itu asas perniagaan.  Jadi maknanya mereka boleh belajar cara mana untuk mengurus kewangan, ini juga sangat ditekankan.

“Sebab kalau kita tidak ada pendedahan cara mana kita mengurus wang perniagaan, kita tidak dapat mengembangkan perniagaan kita sebab banyak duit pun kalau kita tidak dapat uruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan AIM Fun Family Day di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan turut berharap berharap Kerajaan Negeri mempertimbang untuk menambah peruntukan RM7 juta kepada AIM cawangan Beaufort tahun depan bagi membolehkan lebih ramai usahawan kecil – kecilan dibantu.

Ketika ini,  AIM  Cawangan Beaufort menerima peruntukan RM13 juta namun jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, peminjam atau Sahabat AIM perlu lebih kreatif meneroka perniagaan secara dalam talian bagi mempromosikan produk secara lebih meluas.

Katanya, Sahabat AIM perlu memanfaat media sosial untuk memajukan perniagaan mereka.

“Ini kerana kecanggihan teknologi masa kini menjadikan perniagaan lebih mudah tanpa menggunakan kos pemasaran yang tinggi berbanding kaedah konvensional yang memerlukan banyak tenaga,  masa dan wang ringgit,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/01/sahabat-aim-diingatkan-untuk-mohon-lesen-perniagaan/feed/ 0 64660
Naik Taraf Jalan Mudahkan Urusan Logistik Usahawan Pasarkan Produk Perniagaan https://sabahmedia.com/2021/12/04/naik-taraf-jalan-mudahkan-urusan-logistik-usahawan-pasarkan-produk-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/naik-taraf-jalan-mudahkan-urusan-logistik-usahawan-pasarkan-produk-perniagaan/#respond Sat, 04 Dec 2021 08:50:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9306
Read Time:1 Minute, 27 Second

KENINGAU: Penaiktarafan jalan dari Sapulut ke Pekan Pagalungan seterusnya ke Pekan Pensiangan kini telah diusahakan dan sedang dalam pelaksanaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelaksanaan menaik taraf jalan berkenaan akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

“Apabila siap, kita akan menikmati jalan berturap yang lebih selesa dan selamat serta dapat memendekkan jarak perjalanan dari 3 jam kepada 1 jam.

“Pastinya kemudahan ini akan memudahkan urusan logistik semua peniaga kecil dan sederhana selain Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan juga pejabat AIM Cawangan Nabawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Sahabat AIM Cawangan Nabawan di sini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, beliau turut menyatakan komitmen untuk membantu usahawan perniagaan termasuk Sahabat AIM untuk menceburi perniagaan atas talian.

Katanya, antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakn termasuklah pembinaan 46 menara telekomunikasi yang baharu dan menaik taraf 44 menara sedia ada kepada rangkaian 4G.

“Kerja-kerja ini sedang dalam proses pelaksanaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2022.

“Saya percaya apabila menara ini siap sepenuhnya, kita akan dapat menikmati rangkaian telekomunikasi yang lebih baik serta akses kepada capaian internet yang lebih pantas.

“Pastinya nanti usahawan Sahabat AIM akan dapat bergiat dan bersaing di dalam arena ekonomi digital,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, untuk jangkamasa panjang, apabila Ibu Negara Indonesia berpindah ke Kalimantan, beliau menjangkakan masyarakat di Parlimen Pensiangan akan mendapat limpahan ekonomi apabila akses kepada Ibu Negara tersebut dibuka.

Namun katanya, persiapan awal haruslah dilakukan bermula sekarang termasuklah menyediakan infrastruktur yang baik, mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif, melahirkan para peniaga yang berdaya saing dan sebagainya.

“Persiapan-persiapan tersebut tidak mampu saya lakukan secara berseorangan. Sejujurnya saya memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan Parlimen Pensiangan tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/naik-taraf-jalan-mudahkan-urusan-logistik-usahawan-pasarkan-produk-perniagaan/feed/ 0 9306