sains – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Jun 2024 02:54:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sains – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dilema Pendidikan :- Sama Ada Bahasa Melayu atau Inggeris, Pendidikan Sains Dan Matematik Harus Diperkasakan https://sabahmedia.com/2024/06/20/dilema-pendidikan-sama-ada-bahasa-melayu-atau-inggeris-pendidikan-sains-dan-matematik-harus-diperkasakan/ https://sabahmedia.com/2024/06/20/dilema-pendidikan-sama-ada-bahasa-melayu-atau-inggeris-pendidikan-sains-dan-matematik-harus-diperkasakan/#respond Thu, 20 Jun 2024 02:54:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56263
Read Time:7 Minute, 38 Second

oleh Wan Azrain Adnan

1.        Nampaknya perbahasan mengenai penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris oleh pelajar sekolah terus berpanjangan tanpa penyelesaian. Ini merupakan dilema sistem pendidikan negara yang sudah menimbulkan kegusaran kepada para pelajar, ibu-bapa, guru dan semua pihak berkepentingan untuk puluhan tahun.     

2.        Baru-baru ini, sekumpulan sebelas Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina di Pulau Pinang telah menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan dasar baru Program Dwibahasa/ Dual Language Program (DLP) bagi pengajaran Sains dan Matematik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.        Bantahan itu menyatakan bahawa hampir semua ibu-bapa di sekolah-sekolah berkenaan menentang dasar baru itu, dan enggan membenarkan para pelajar menyertai kelas Sains dan Matematik yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

4.        Menurut Menteri Pendidikan Malaysia, berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5 Tahun 2024: Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme Tahun 2024 bertarikh 19 Mac 2024, sekolah yang melaksanakan DLP perlu memastikan terdapat sekurang-kurangnya satu kelas di setiap Tahun/ Tingkatan menggunakan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar untuk pembelajaran Sains dan Matematik.

5.        Beliau turut memaklumkan bahawa dasar baru DLP ini dapat memberi peluang kepada pelajar memohon untuk belajar Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Ini bermakna, menerusi dasar baru DLP, pelajar tidak ‘dipaksa’ untuk belajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris.

6.        Untuk menghadkan gangguan pembelajaran pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan dasar baru DLP ini bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2024/ 2025.

7.        Sebenarnya, pada November 2023, semasa Sesi Persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan Malaysia telah pun mengumumkan dasar baru DLP berkenaan. Menurut beliau, keputusan tersebut adalah komitmen Kerajaan Malaysia untuk memperkasa penguasaan Bahasa Melayu para pelajar.

8.        Fakta menarik: DLP adalah salah satu program di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, menerusi pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris.

9.        Bermula tahun 2016, KPM telah melaksanakan DLP melibatkan sekitar 300 buah sekolah. Pada awal tahun 2024, Menteri Pendidikan Malaysia telah memaklumkan lebih 2,500 buah sekolah terpilih melaksanakan DLP di seluruh negara.

10.      Dalam tempoh masa 8 tahun (2016 – 2024), jumlah sekolah yang melaksanakan DLP telah meningkatkan lebih 600%: 337 (2016), 1,190 (2017) 1,342 (2018), 1,357 (2019), 2,259 (2020), 2,298 (2021), 2,366 (2022), 2,501 (2024).

11.      Walaupun jumlah sekolah melaksanakan DLP telah meningkat berlipat kali ganda, jumlah ini masih kecil memandangkan terdapat lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara. Ini bermakna majoriti pelajar masih mengikuti pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu.

12.      Kemelut penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tercetus akibat kesukaran untuk mengimbangi kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu serta perdagangan utama dunia. Realitinya, ramai rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu, dan ramai juga rakyat Malaysia yang tidak boleh menguasai Bahasa Inggeris.

13.      Menyedari kepentingan Bahasa Inggeris di dalam agenda pembangunan sosio-ekonomi negara, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai dasar dan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar. Malangnya, dasar berkenaan berubah-ubah akibat tentangan dan desakan pihak-pihak berkepentingan. Akhirnya, dasar kerajaan yang ‘flip-flop’ telah menimbulkan kesulitan dan kemudaratan kepada para pelajar dan negara.

14.      Sebagai contoh. Pada tahun 2003, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah. Tetapi dasar ini telah di hapuskan sepenuhnya pada tahun 2012. Dan pada tahun 2016, Program Dwibahasa/ Dual Language Program (DLP) telah mula di laksanakan. Kini, dasar baru DLP pula di wajibkan ke atas sekolah-sekolah yang terlibat.

15.      Berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mata pelajaran Bahasa Inggeris telah mencatatkan prestasi pencapaian yang amat memberangsangkan. Dalam tempoh masa 7 tahun (2017 – 2023):

  • Gred Cemerlang: peratusan pelajar mencapai gred cemerlang telah menunjukkan trend meningkat, dari 16.5% kepada 27.2%
  • Gred Gagal: peratusan pelajar gagal pula telah menurun hampir 50%, dari 20.1% kepada 11.2%
    TahunBahasa MelayuBahasa Inggeris
Gred: Cemerlang (%) (A+, A, A-)Gred: (%) GagalGred: Cemerlang (%) (A+, A, A-)Gred: (%) Gagal
202332.72.527.211.2
202231.92.624.814.3
202130.63.222.313.9
202030.46.116.219.9
201932.95.916.019.5
201831.96.614.420.6
201732.86.516.520.1

16.      Dalam tempoh masa yang sama, prestasi pencapaian Bahasa Melayu kekal baik, di mana peratusan gred cemerlang berada sekitar 30%, manakala peratusan gred gagal terus mengecil kepada 2.5% sahaja.

17.      Walaupun peratusan pelajar gagal Bahasa Inggeris masih tinggi, melibatkan sekitar 40,000 pelajar untuk SPM 2023, trend menurun membuktikan pelaksanaan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar telah menghasilkan kejayaan yang membanggakan.

18.      Maka, berdasarkan prestasi pencapaian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan tidak mendesak sebarang perubahan dasar DLP sediada. KPM sewajarnya konsisten dengan dasar DLP sediada untuk terus menghasilkan kejayaan yang di impikan.

19.      Pada masa yang sama, KPM sewajarnya meningkatkan usaha agar lebih banyak sekolah di seluruh negara dapat melaksanakan DLP untuk manfaat para pelajar. Sebagai contoh. Menurut data KPM, daripada sejumlah sekitar 1,300 buah sekolah di Sabah, tidak sampai 10% sekolah yang melaksanakan DLP. Ketiadaan DLP merugikan para pelajar serta menidakkan peluang mereka.

20.      Sebaliknya, mata pelajaran Sains dan Matematik pula telah mencatatkan prestasi pencapaian yang berbeza. Kedua-dua mata pelajaran berkenaan telah mencatatkan peratusan pelajar gagal dengan trend yang meningkat, terutamanya Matematik, di mana jumlah pelajar gagal telah meningkat dengan ketara dari 17.6% kepada 23.2%. Ini merupakan peningkatan besar sebanyak 32% dalam tempoh masa 7 tahun.

    TahunSainsMatematik
Gred: Cemerlang (%) (A+, A, A-)Gred: (%) GagalGred: Cemerlang (%) (A+, A, A-)Gred: (%) Gagal
202323.59.132.723.2
202220.510.030.824.3
202120.110.429.425.5
202019.58.232.417.4
201920.610.131.218.6
201821.68.931.218.0
201721.07.831.517.6

21.      Berdasarkan data sediada, rumusan ringkas yang boleh di buat ialah, ketika semakin ramai pelajar telah berjaya meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, semakin ramai pula pelajar yang telah gagal Matematik.

22.      Agak ironik kedua-dua matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik telah menghasilkan pencapaian yang bertentangan. Punca hubungan bertentangan/ inverse relationship ini tidak di ketahui tanpa data yang menyeluruh. Mungkin jawapan mudahnya ialah pelajar memang tidak berminat dengan Matematik.

23.      Hakikatnya, di dalam keghairahan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar menerusi Program Dwibahasa/ Dual Language Program (DLP), semakin ramai pelajar yang telah mencapai kegagalan untuk Matematik. Malah, dalam tempoh masa 7 tahun itu (2017 – 2023), lebih 500,000 pelajar telah gagal SPM Matematik.

Tahun SPMJumlah Calon MatematikPeratusan Calon Gagal (%)Jumlah Calon Matematik Gagal
2023369,42523.285,707
2022369,34824.389,752
2021375,99725.595,879
2020378,15817.465,799
2019386,01018.671,798
2018388,74218.069,974
2017411,22117.672,375

24.      Kegagalan Matematik sudah pasti akan menghalang lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian tinggi di dalam bidang sains dan teknologi terkini, antaranya: kejuruteraan, sains komputer, data sains, robotik dan Artificial Intelligence (AI). Malah, secara am-nya, kegagalan Matematik akan menyukarkan lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam semua bidang pengajian.

25.      Sebagai contoh. Syarat untuk menyertai Program Asasi Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkumi sekurang-kurangnya gred C untuk Matematik.  

    Sumber: Portal Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

                         Sumber: Portal Universiti Teknologi MARA (UITM)

26.      Oleh yang demikian, ketika ramai lantang bersuara mengenai penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sepatutnya ramai juga lantang bersuara untuk memperkasa penguasaan Matematik oleh para pelajar. Tetapi, taktala prestasi pencapaian Matematik menuju ke tahap kritikal, suara Matematik sunyi sepi.

27.      Tanpa mengira bahasa pengantar, samada pembelajaran di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mesti segera memperkasa mata pelajaran Matematik yang merupakan ‘bahasa’ sains dan teknologi.

28.      Justeru itu, dilema pendidikan negara mestilah di tangani dengan pelaksanaan dasar pendidikan yang jelas dan konsisten, tanpa perubahan yang besar dan kerap. Dasar berkenaan seharusnya dinamik untuk mengimbangi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan negara; kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, perdagangan dan diplomasi utama dunia; serta Matematik sebagai ‘bahasa’ sains dan teknologi.

29.      Konsisten kunci kejayaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/20/dilema-pendidikan-sama-ada-bahasa-melayu-atau-inggeris-pendidikan-sains-dan-matematik-harus-diperkasakan/feed/ 0 56263
FPP UMS Anjur Wacana, Perkasa Kelestarian Pendidikan Sains Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/21/fpp-ums-anjur-wacana-perkasa-kelestarian-pendidikan-sains-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/fpp-ums-anjur-wacana-perkasa-kelestarian-pendidikan-sains-di-sabah/#respond Thu, 21 Oct 2021 12:32:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7765
Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan wacana bertajuk Kelestarian Pendidikan Sains di Sabah: Hasrat, Realiti dan Masa Depan baru-baru ini.

Wacana secara dalam talian itu antara lain bertujuan untuk mewujudkan platform kepada pembuat dasar, penyelidik, ahli akademik, wakil industri, para pendidik, badan korporat dan komuniti untuk berkongsi pendapat serta harapan dan strategi dalam mengatasi isu pendidikan sains di Sabah.

Ia juga bagi menghimpunkan perspektif pelbagai pemegang taruh yang berkepentingan bagi menyenaraikan kaedah-kaedah, cadangan serta strategi yang sesuai untuk diutarakan sebagai kertas dasar pendidikan sains di negeri ini.

Perasmiannya disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin di sini.

Dalam ucapannya, Taufiq memaklumkan bahawa Sains dan Teknologi terbukti mampu memangkin pembangunan seluruh negara, termasuklah Sabah.

“Justeru, pendidikan sains harus diperkasakan selari dengan dasar mengukuhkan inisiatif pendidikan sains yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, iaitu untuk memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dalam menghadapi cabaran global yang kompetitif.

“Pemerkasaan proses pengajaran dan pembelajaran sains di bilik darjah perlu ditingkatkan demi melahirkan pelajar berkualiti yang seterusnya akan menjadi modal insan dan tenaga kerja yang berdaya saing dalam berdepan dengan cabaran arus ekonomi global semasa,” katanya.

Terdahulu, Dekan FPP, Profesor Madya Dr. Sabariah Sharif dalam ucapan aluannya berkata, pendidikan sains di Sabah ketika ini berdepan dengan cabaran-cabaran yang unik mengikut konteks setempat.

“Justeru, pensyarah bidang sains sebulat suara berpendapat bahawa pelaksanaan program wacana ini mampu bertindak sebagai medium dan platform efektif dalam mengumpulkan perspektif dari pelbagai pihak tentang cabaran-cabaran dan cadangan-cadangan yang bakal menggariskan panduan kepada pemerkasaan pendidikan sains di negeri ini.

“Diharapkan agar wacana ini mampu bertindak sebagai platform perkongsian pintar yang menghimpunkan pelbagai cadangan yang diutarakan.

“Pada masa sama, ia juga mampu mewujudkan jaringan kerjasama antara pemegang taruh yang berkepentingan di Sabah,” jelas beliau yang juga merupakan Ketua Penganjur wacana tersebut.

Berlangsung secara dalam talian wacana itu mengetengahkan tokoh dan pakar bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam penyampaian tiga ucaptama.

Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Latip Muhammad menyampaikan ucaptama berkaitan Hasrat, Realiti dan Masa Depan Pendidikan Sains.

Pengerusi Persatuan STEM Kebangsaan, Profesor Dato’ Dr Noraini Idris, pula menyampaikan ucaptama berkaitan Cabaran Pendidikan STEM.

Profesor Dr. Lilla Halim dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyampaikan ucaptama bertajuk Pemilihan Kerjaya STEM: Apa kata pelajar?

Program yang julung-julung kalinya itu turut menyaksikan empat sesi perbincangan meja bulat melibatkan 29 ahli panel daripada pelbagai organisasi termasuk pegawai KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, guru-guru, murid, wakil pihak industri dan komuniti.

Perbincangan itu mengupas isu kebolehpasaran graduan Sains di Sabah, meneroka isu Pendidikan Guru Sains di Sabah, menelusuri senario Kurikulum dan Iklim Sekolah dalam Pendidikan Sains di Sabah serta mendalami bagaimana Sokongan Keluarga dan Komuniti dalam Pendidikan Sains di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/fpp-ums-anjur-wacana-perkasa-kelestarian-pendidikan-sains-di-sabah/feed/ 0 7765
Kerajaan Sabah Mahu Tingkat Sasaran Tenaga Kerja Dengan Asas Sains & Teknologi https://sabahmedia.com/2021/07/05/kerajaan-sabah-mahu-tingkat-sasaran-tenaga-kerja-dengan-asas-sains-teknologi/ https://sabahmedia.com/2021/07/05/kerajaan-sabah-mahu-tingkat-sasaran-tenaga-kerja-dengan-asas-sains-teknologi/#respond Mon, 05 Jul 2021 06:50:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2549
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah mahu meningkatkan sasaran kekuatan tenaga kerja dengan asas sains dan teknologi (S&T) menerusi pelbagai aktiviti dan program termasuk penganjuran Karnival Sains Sabah 2021.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, langkah bagi mencapai hasrat itu adalah dengan memastikan nisbah pelajar sains berada pada tahap 60 peratus berbanding 40 peratus pelajar dalam jurusan sastera.

“Hakikatnya hari ini, kita amat jauh sekali dari sasaran tersebut dan berdasarkan kaji selidik dijalankan Akademi Sains Malaysia, hanya 20 peratus sahaja dari kalangan pelajar di Malaysia mengambil jurusan sains pada masa kini.

“Ini adalah kerana masih ramai yang beranggapan sains itu satu ilmu atau bidang yang sukar dan ramai pelajar sekolah tidak berminat untuk mengikuti jurusan sains atas alasan tersebut,” katanya ketika melancarkan Karnival Sains Sabah 2021 secara maya disini, hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Seri Dr Ruddy Awah; Setiausaha Tetap KSTI Sabah Jasmine Teo dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Mistrine Radin.

Yakub berkata, kerajaan amat memandang berat tentang perkara ini dan sedang berusaha keras untuk menambah baik keadaan tersebut.

Katanya, pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk mencapai matlamat 60 peratus rakyat dan pelajar yang berpengetahuan serta berkemahiran dengan asas sains.

“Antara aktiviti yang perlu dilaksanakan secara konsisten, adalah mendekati masyarakat di pelbagai peringkat dan memperkenalkan apa itu sains, teknologi dan inovasi (STI) dan kepentingan STI dalam kehidupan seharian kita.

“Adalah menjadi tanggungjawab KSTI untuk membudayakan sains kepada masyarakat, dan mengubah persepsi orang ramai kepada sains itu mudah serta menjadikan sains sebagai sebahagian daripada kehidupan kita,”katanya.

Katanya, kerajaan  juga mempunyai peranan yang penting dalam merangka kemajuan kerjaya berteraskan STI sebagai pendorong kepada generasi akan datang untuk mengambil bidang ‘Science, Technology, Engineering and Mathematics’ atau STEM.

Sementara itu, Yakub berkata, dalam tempoh 20 tahun akan datang, 60 peratus kerja yang anak-anak belajar ketika ini, tidak akan wujud lagi.

Katanya, bidang kerja yang akan wujud ketika itu adalah berdasarkan STI dan tidak mempunyai pilihan melainkan mengutamakan pendidikan STEM sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran pada masa mendatang.

“Justeru itu, bagi mencapai hasrat ke arah sebuah negara yang maju dan progresif, adalah diharapkan semua pihak dapat membantu usaha murni kerajaan dengan menggalakkan anak-anak anda untuk memilih jurusan sains di peringkat sekolah menengah dan seterusnya memilih kerjaya serta berkecimpung dalam bidang sains.

“Pembudayaan STI merupakan misi kementerian dalam menjadikan STI sebahagian daripada budaya dan cara hidup kepada masyarakat negara ini terutama dalam kalangan remaja dan orang dewasa,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/05/kerajaan-sabah-mahu-tingkat-sasaran-tenaga-kerja-dengan-asas-sains-teknologi/feed/ 0 2549
Masih Banyak Peluang Pekerjaan Di Sabah – Yakubah Khan https://sabahmedia.com/2021/04/21/masih-banyak-peluang-pekerjaan-di-sabah-yakubah-khan/ https://sabahmedia.com/2021/04/21/masih-banyak-peluang-pekerjaan-di-sabah-yakubah-khan/#respond Wed, 21 Apr 2021 03:14:38 +0000 http://sabahmedia.com/?p=350
Read Time:1 Minute, 26 Second

 Sabah masih memiliki banyak peluang pekerjaan yang terbuka untuk semua pencari kerja terutama golongan belia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakubah Khan berkata, biarpun dalam keadaan pandemik COVID-19, pihaknya yakin masih banyak peluang pekerjaan ditawarkan di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, golongan pencari kerja diharap tidak memilih pekerjaan terutama dalam keadaan sekarang.

“Kita sedar kadar pengangguran di Sabah semakin meningkat dan bukan mudah untuk mendapat pekerjaan seperti yang diimpikan.

“Namun, sekiranya ada peluang pekerjaan yang ditawarkan, para pencari kerja perlu merebut peluang yang ada dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Pelancaran Kerjasama SSTC-ILO-UK menerusi ‘Skills For Prosperity Project In Sabah’ di sini hari ini.

Kerjasama berkenaan melibatkan Sabah Skills & Technology Centre (SSTC), International Labour Organization (ILO) dan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.

Yakub berkata, pelaksanaan program pencarian pekerjaan antara usaha yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama agensi di negeri ini dalam membantu menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Menurutnya, lebih banyak program seumpama itu akan diperluaskan ke seluruh daerah di Sabah pada masa akan datang.

Dalam pada itu, pihaknya memuji usaha yang dilaksanakan oleh tiga organisasi berkenaan yang menjalin kerjasama untuk membantu lebih ramai golongan yang memerlukan di negeri ini.

“Kerjasama yang dimeterai ini atas kesedaran dalam keadaan pandemik sekarang, kita perlu mewujudkan teknologi terkini yang boleh membantu rakyat khususnya dalam kalangan B40 di kawasan pedalaman.

“Saya yakin, kerjasama yang diwujudkan ini akan membantu rakyat memperbaiki ekonomi dan menaik taraf kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SSTC Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau berkata, projek berkenaan hanya ditawarkan di dua negeri sahaja iaitu Sabah dan Kedah.

Sehubungan itu, pihaknya berharap peluang yang disediakan menerusi projek berkenaan dapat membantu meningkatkan kemahiran hospitaliti sedia ada di Sabah.
 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/04/21/masih-banyak-peluang-pekerjaan-di-sabah-yakubah-khan/feed/ 0 350