sakit – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 May 2026 07:34:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sakit – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Tidak pernah terlintas menjadi serius’ – Ibu tenang iring anak ke hospital https://sabahmedia.com/2026/05/02/tidak-pernah-terlintas-menjadi-serius-ibu-tenang-iring-anak-ke-hospital/ https://sabahmedia.com/2026/05/02/tidak-pernah-terlintas-menjadi-serius-ibu-tenang-iring-anak-ke-hospital/#respond Sat, 02 May 2026 07:34:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95973
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Seorang ibu tetap tabah dan tenang mengiringi anak sulungnya ke hospital sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), selepas anaknya itu dikejarkan pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Rosneh Asin, 52, berkata, beliau menerima berita mengejutkan itu daripada menantunya pada 21 April lalu apabila anaknya dilaporkan tidak sedarkan diri sejurus sebelum dijadualkan pulang.

Beliau berkata, sebelum kejadian, anaknya hanya mengadu sakit kepala yang dianggap sebagai masalah biasa akibat keletihan.

“Dia ada mengadu sakit kepala sebelum ini, tetapi kami sangka hanya penat. Tidak pernah terlintas ia akan menjadi serius seperti ini.

“Pada hari kejadian, sekitar jam 7 malam, saya dihubungi menantu yang memaklumkan dia telah dimasukkan ke hospital selepas tiba-tiba tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di KKIA bagi menyambut ketibaan anaknya Ruhana Joseph, 34, bersama suaminya Jamri Herry,40 di sini pada Jumaat.

Anak dan menantunya sebelum ini terkandas ketika bercuti apabila Ruhana tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika hari terakhir berada di Vietnam iaitu pada 21 April lalu.

Rosneh berkata, anaknya itu merupakan anak pertama daripada enam beradik dan satu-satunya perempuan dalam keluarga.

Dalam pada itu, Rosneh merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu urusan membawa anaknya pulang ke Sabah.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri serta individu yang membantu. Segala urusan dipermudahkan dan kami sangat menghargainya,” katanya.

Anaknya kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth II (HQE 2). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/02/tidak-pernah-terlintas-menjadi-serius-ibu-tenang-iring-anak-ke-hospital/feed/ 0 95973
‘Terima Kasih Kerana Ziarah Bapa Saya’ – Zattilina https://sabahmedia.com/2021/10/22/terima-kasih-kerana-ziarah-bapa-saya-zattilina/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/terima-kasih-kerana-ziarah-bapa-saya-zattilina/#respond Fri, 22 Oct 2021 02:07:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7777
Read Time:1 Minute, 16 Second

INANAM : “Terima kasih kerana sudi melawat bapa saya yang kini sakit,” kata Zattilina Robert,37,selepas dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim di rumahnya semalam.

Zattilina bersama keluarganya yang berasal dari Kampung Bahab Tenghilan kini menetap di Kampung Bantayan Inanam.

Katanya, bapanya Robert Laus,60, kini menghidap penyakit Diabetes menyebabkan buah pinggang bapanya turut rosak selain mengalami masalah untuk membuang air kecil.

“Kami sekeluarga amat menghargai lawatan Datuk Jahid dan kehadiran beliau merupakan berkat buat kami sekeluarga.

“Bapa saya perlu diberikan suntikan Insulin setiap hari serta ubatan lain yang juga memerlukan kos berbeza.  Sejak diserang strok, bapa saya memang tidak lagi boleh bercakap dengan normal seperti dulu, tetapi masih boleh mendengar dan memahami apa yang orang cakap,” katanya.

Justeru, beliau mengambil inisiatif untuk menghubungi wakil rakyat Tamparuli menerusi laman sosial Facebook, dan mengadu masalah mereka, dengan harapan mendapat balasan pemimpin berkenaan.

Atas rasa prihatin kepada rakyat, Jahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim mengambil kesempatan menziarahi Robert dan keluarganya selepas menerima makluman melalui laman Facebook.

Katanya, beliau memuji keprihatinan serta tanggungjawab Zattilina kepada keluarga, dan menganggapnya sebagai contoh yang baik kepada masyarakat.

“Saya mengenali keluarga Robert, malah kerap juga bertandang ke rumah ibu bapanya di Tenghilan jika ada majlis atau kesusahan, mendengar permasalahan ini, saya mengarahkan pegawai saya untuk berhubung dengan Zattilina,” katanya.

Sebelum berangkat, Jahid menasihati anak-anak Robert untuk sentiasa menjaga ibu bapa mereka dan sentiasa kuat semangat dalam menempuhi kehidupan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk wang tunai kepada Robert.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/terima-kasih-kerana-ziarah-bapa-saya-zattilina/feed/ 0 7777