Saksi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Nov 2025 09:17:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Saksi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Guru dedah hanya satu kes buli dalam pengetahuannya https://sabahmedia.com/2025/11/17/guru-dedah-hanya-satu-kes-buli-dalam-pengetahuannya/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/guru-dedah-hanya-satu-kes-buli-dalam-pengetahuannya/#respond Mon, 17 Nov 2025 09:16:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86161
Read Time:2 Minute, 3 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang guru memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa hanya satu kes buli pernah diketahuinya sepanjang bertugas di SMKA Tun Mustapha, dan kejadian itu melibatkan pelajar di asrama Putera.

Addorie Francis, 25, berkata insiden tersebut adalah satu-satunya maklumat berkaitan buli yang pernah dimaklumkan kepadanya sepanjang berkhidmat sebagai guru dan guru asrama.

“Sepanjang saya bertugas, hanya satu isu buli yang saya tahu,” katanya ketika membaca kenyataan saksi pagi tadi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Saksi ke-45 inkues kematian Zara Qairina menjelaskan lebih lanjut kes buli tersebut ketika ditanya oleh Pegawai Pengendali Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.

Pegawai Pengendali: Apa kes buli yang kamu ketahui?
Saksi: Kes buli melibatkan pelajar Putera.

Pegawai Pengendali: Kamu tahu macam mana ceritanya?
Saksi: Tidak tahu secara terperinci tapi yang saya tahu tindakan gantung sekolah sudah dikeluarkan.

Terdahulu dalam kenyataan saksinya, Addorie, seorang guru sains dan matematik di SMKA Tun Datu Mustapha, Kinarut, sejak 13 Februari 2025, berkata beliau mengenali Zara sebagai muridnya dari Februari hingga 8 Julai 2025.

“Saya tidak pernah mendengar Zara Qairina mengadu tentang masalah persendirian atau konflik dengan sesiapa dan Zara juga tidak pernah mengadu kepada saya tentang apa-apa gangguan seperti buli, tekanan pelajaran dan keletihan,” katanya yang merupakan guru lantikan kontrak interim.

Addorie, memberitahu Mahkamah bahawa tugasan beliau berkaitan asrama adalah sebagai guru asrama dan bukan warden.

“Saya diberi tugas sebagai guru asrama, bukan warden asrama. Tugas saya sebagai guru asrama adalah sebagai pembantu warden dalam pemantauan kebersihan dorm, mengurus pelajar yang sakit dan memantau kelas berfokus malam atau prep malam,” jelasnya.

Dalam kenyataan saksinya, Addorie berkata dia bukan guru asrama yang bertugas pada 16 Julai 2025, hari Zara ditemui tidak sedarkan diri di asrama.

“Pada 16 Julai 2025, saya pada mulanya tidak tahu Zara Qairina terjatuh dari bangunan asrama puteri. Saya hanya dihubungi oleh seorang warden yang memaklumkan bahawa ada pelajar jatuh pada pagi hari tersebut.

“Warden tersebut mahu saya menjaga rakan satu dorm dengan mangsa tetapi saya tidak dapat menjalankan tugasan tersebut kerana saya perlu bertugas di luar sekolah dan guru asrama yang bertugas pada hari itu dihubungi untuk menjalankan tugasan tersebut,” katanya.

Addorie turut menjelaskan, pada 15 Julai 2025, beliau melakukan rondaan ketika prep malam manakala jam 6 pagi hingga 5 beliau bertugas di luar sekolah untuk mengiringi pelajar ke pertandingan Gami-code di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu.

“Program itu berlangsung selama dua hari, sehingga 16 Julai 2025. Selepas masa prep tamat, saya berada di kuarters guru,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/guru-dedah-hanya-satu-kes-buli-dalam-pengetahuannya/feed/ 0 86161
Zara keluar dorm menangis, kali terakhir dilihat saksi https://sabahmedia.com/2025/09/29/zara-keluar-dorm-menangis-kali-terakhir-dilihat-saksi/ https://sabahmedia.com/2025/09/29/zara-keluar-dorm-menangis-kali-terakhir-dilihat-saksi/#respond Mon, 29 Sep 2025 13:03:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82228
Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU:Saksi kanak-kanak keenam merasakan punca Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah asrama ada kaitan dengan tuduhan mencuri yang dikaitkan dengannya.

Perkara ini dikongsikan oleh peguam ibu Zara, Shahlan Jufri, dalam sidang media berhubung keterangan saksi kanak-kanak dalam prosiding inkues kematian Zara.

Menurut Shahlan, saksi kanak-kanak tersebut melihat Zara masuk ke dalam sebuah dorm untuk berjumpa seorang pelajar senior pada 10.20 malam 15 Julai lalu.

“Saksi ini memberitahu mahkamah Zara dipanggil untuk dua kes kecurian kehilangan dompet dua pelajar. Saksi terdengar perbualan isu kecurian disebut, namun tidak jelas.

“Beberapa ketika kemudian, empat senior termasuk 2 orang pelajar senior yang dikenali pelajar tersebut masuk ke dorm untuk berjumpa Zara. Saksi mendengar suara kuat seperti memarahi Zara, tetapi tidak dapat pastikan siapa yang bercakap pada masa itu, dia hanya tahu keesokan harinya apabila ada pelajar-pelajar lain yang bercerita dengan saksi ini,” katanya.

Turut mewakili ibu Zara adalah Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Menurut Shahlan, saksi juga memberitahu tidak pernah nampak Zara lepak atau ke dorm itu sebelum ini.

Tambahnya, saksi berkata pelajar di asrama suka memaki, namun, perbuatan memaki ini hanya berlaku di kalangan kawan-kawan sahaja.

Shahlan berkata saksi juga ada menyatakan bahawa pada lebih kurang jam 11 malam sebelum ‘off light’, Zara keluar dari dorm dalam keadaan menangis.

“Dia sahkan itulah kali pertama dia melihat Zara menangis dan itu adalah kali terakhir saksi melihat Zara pada malam kejadian,” katanya.
Menurut Shahlan, saksi ini juga mengesahkan bahawa dia mengetahui apa sebab Zara ditemui di tingkat bawah asrama pada pagi 16 Julai lalu.

“Dia merasakan sebabnya adalah Zara dituduh mencuri pada 15 Julai lalu,” katanya.

Selain itu saksi ini juga ada menyatakan bahawa dia ada menghantar surat privasi Zara ke dorm Zara.

“Apabila sampai ke dorm Zara, ada pelajar lain yang merupakan saksi yang sudah dipanggil dalam kes ini menerima surat privasi itu. Apabila pelajar itu menerima surat privasi itu, pelajar itu membaca surat privasi itu,” katanya sambil menambah Koroner juga ada bertanyakan beberapa soalan kepada saksi mengenai penyerahan sepucuk surat privasi itu.

Zara ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/29/zara-keluar-dorm-menangis-kali-terakhir-dilihat-saksi/feed/ 0 82228
Inkues kematian Zara: Ada dua gaya tulisan berbeza – Saksi https://sabahmedia.com/2025/09/08/inkues-kematian-zara-ada-dua-gaya-tulisan-berbeza-saksi/ https://sabahmedia.com/2025/09/08/inkues-kematian-zara-ada-dua-gaya-tulisan-berbeza-saksi/#respond Mon, 08 Sep 2025 11:59:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80830
Read Time:3 Minute, 14 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan sebahagian catatan dalam buku milik Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ditulis oleh individu lain.

Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh, 44, berkata halaman pertama buku yang ditandakan sebagai “W3” mempunyai dua jenis tulisan tangan berbeza dan dua nama pemilik.

“Tulisan tangan yang dipertikaikan pada “W3” pada muka surat 3 hingga 6, 15 hingga 24, 38 hingga 45, 47 hingga 57, 65 hingga 72 dan 90 hingga 103 menunjukkan persamaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan dengan contoh tulisan tangan “SA”. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini ditulis oleh penulis contoh.

“Tulisan tangan yang dipertikaikan pada “W3” pada muka surat 2, 7 hingga 14, 25 hingga 37, 46, 58 hingga 64 dan 73 hingga 89 menunjukkan perbezaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan daripada contoh tulisan tangan “SA”. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini tidak ditulis ditulis oleh penulis contoh,” katanya dalam kenyataan saksi.

Nurul turut mendedahkan tulisan tangan pada beberapa dokumen lain (“Y1” hingga “Y15” serta “W1” dan “W2”) yang dianalisisnya adalah konsisten dengan spesimen tulisan tangan remaja berusia 13 tahun itu.

Nurul memberikan keterangan sebagai saksi kedua dalam prosiding inkues kematian Zara di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Terdahulu Nurul memaklumkan kepada mahkamah pada 20 Ogos lalu dia menerima 21 barang kes berupa helaian kertas dan buku yang bertulisan tangan bertarikh antara 21 November 2024 dan 24 Mei 2025.

Katanya, dia menerima 20 “Beg Barang Kes Polis Diraja Malaysia” bertanda “W1” hingga “W6”, “Y1” hingga “Y7” dan “Y9” hingga “Y15” sekitar jam 8.37 pagi. Padi hari yang sama, jam 4.04 petang satu peket plastik keselamatan “JABATAN KIMIA MALAYSIA” berpelekat sendiri bertanda “Y8” daripada Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia.

Nurul berkata, perbandingan dibuat berdasarkan tulisan tangan contoh atas nama Zara Qairina di sebuah buku latihan dan dua buku teks sekolah (“W4” hingga “W6”).

“Saya telah memeriksa kesemua tulisan tangan dan melakukan perbandingan antara tulisan tangan yang dipertikaikan dengan semua contoh tulisan tangan.

“Saya menggunakan kanta pembesar dan peralatan saintifik ‘Video Spectral Comparator’ dalam pemeriksaan saya,” katanya.

Nurul telah bertugas di Jabatan Kimia Malaysia lebih kurang 21 tahun 1 bulan. Saya bekerja sebagai Pegawai Sains di Jabatan Kimia Malaysia, sejak 16 Julai 2004 dan diwartakan sebagai Pemeriksa Dokumen semenjak 16 Februari 2006.

“Dalam bidang tugas saya, saya menerima kes dan menyediakan laporan Kimia serta menjalankan pemeriksaan dokumen-dokumen yang dipertikaikan yang melibatkan pemeriksaan seperti tandatangan, tulisan tangan, tulisan taip, pindaan, proses percetakan, kertas dan dakwat.

“Saya juga pernah memberi keterangan di Mahkamah apabila diperlukan. Sepanjang pengetahuan saya, keterangan saya diterima oleh Mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Datuk Ram Singh dalam sesi pemeriksaan saksi membacakan petikan daripada helaian yang menunjukkan Zara meluahkan kemarahan terhadap ibunya, Noraidah Lamat, serta menggunakan kata-kata kesat.

Ram juga menunjukkan kewujudan kesan yang dipercayai darah pada eksibit “Y8”, namun Nurul berkata beliau tidak pasti mengenai tanda yang dikatakan darah itu.

Ditanya sama ada saksi merujuk sebahagian tulisan tangan Zara untuk penilaian psikiatri selepas membaca dokumen yang mengandungi bahasa kesat terhadap ibunya, Nurul menjawab: “Tidak.”

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Azhier Farhan Arisin, Nurul berkata tulisan tangan pada dokumen dokumen “Y14”, “Y2” dan “Y10” adalah konsisten dengan spesimen contoh tulisan tangan Zara.

Azhier turut membacakan beberapa ayat yang antaranya mengandungi bahasa kesat serta menyatakan Zara lebih suka tinggal di asrama jauh dari rumah.

Ram dan Azhier adalah peguam yang mewakili pesalah kanak-kanak yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berkait kes Zara.

Bagaimanapun, peguam mewakili ibu Zara, Rizwandean M. Borhan, berkata masih terlalu awal untuk mengesahkan catatan berkenaan milik mangsa dan memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa pihaknya akan memanggil pakar sendiri untuk menilai dokumen tersebut.

Hari ketiga prosiding inkues ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan bersambung esok dengan enam saksi dijangka hadir memberi keterangan iaitu dua doktor perubatan, dua kakitangan sekolah dan dua pegawai forensik.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/08/inkues-kematian-zara-ada-dua-gaya-tulisan-berbeza-saksi/feed/ 0 80830
Bedah Siasat Zara dilakukan Secara Telus, Tiada VVIP Masuk – Peguam https://sabahmedia.com/2025/08/10/bedah-siasat-zara-dilakukan-secara-telus-tiada-vvip-masuk-peguam/ https://sabahmedia.com/2025/08/10/bedah-siasat-zara-dilakukan-secara-telus-tiada-vvip-masuk-peguam/#respond Sun, 10 Aug 2025 15:28:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78990
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU,- Peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Shahlan Jufri, menegaskan tiada individu kenamaan (VVIP) memasuki bilik bedah siasat semasa proses pemeriksaan dijalankan, sekali gus menolak dakwaan liar yang tular di media sosial.

“Saya sahkan tiada VVIP masuk ke dalam bilik bedah siasat. Yang ada hanyalah wakil keluarga, doktor, dan pihak polis. VVIP memang tiada. Tiada unsur ‘tangan ghaib’ seperti yang diperkatakan di media sosial. Bedah siasat berjalan dengan telus. Jangan percaya kepada spekulasi di media sosial,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (QEH) malam tadi.

Menurut Shahlan, beliau sendiri berada di dalam bilik bedah siasat dari awal hingga akhir proses, iaitu dari kira-kira jam 11 pagi hingga 7.30 malam, tanpa keluar walau sekali.

“Saya menyaksikan sendiri setiap prosedur yang dijalankan pasukan forensik. Pemeriksaan dibuat dengan penuh teliti; setiap kecederaan dinilai satu persatu dan saya dipanggil untuk diberi penjelasan apabila sesuatu penemuan dibuat,” jelasnya.

Tambah beliau, laporan bedah siasat mengambil masa untuk disiapkan dan merupakan dokumen sulit yang hanya akan didedahkan di mahkamah sekiranya inkues diadakan. Katanya, keluarga Zara berkemungkinan besar akan memohon supaya inkues dijalankan selepas siasatan polis selesai.

Shahlan turut menasihati orang ramai agar tidak mempercayai laporan atau hantaran di media sosial yang membuat tuduhan berbentuk spekulasi, termasuk dakwaan tidak berasas seperti penggunaan mesin basuh.

“Bagaimana kita tidak mahu Zara difitnah kononnya begini dan begitu sehingga meninggal dunia, begitu juga kita tidak mahu memfitnah orang lain. Saya difahamkan suspek yang menyebarkan cerita tersebut telah ditangkap, malah ibu bapa yang gambar anak mereka turut disebarkan walaupun tidak terlibat, juga telah membuat laporan polis,” ujarnya.

Selepas proses bedah siasat, jenazah Zara dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang.

Zara, pelajar Tingkatan 1 sebuah sekolah agama di Papar, meninggal dunia pada 17 Julai lalu. Kejadian itu mendapat perhatian meluas selepas dikaitkan dengan kes buli yang didakwa melibatkan anak kenamaan, sekali gus mencetuskan desakan orang ramai agar keadilan ditegakkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/10/bedah-siasat-zara-dilakukan-secara-telus-tiada-vvip-masuk-peguam/feed/ 0 78990
Isteri KM Saksi Penyerahan Portable Ultrasound Machine Untuk Pengesanan Awal Kanser https://sabahmedia.com/2021/10/21/isteri-km-saksi-penyerahan-portable-ultrasound-machine-untuk-pengesanan-awal-kanser/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/isteri-km-saksi-penyerahan-portable-ultrasound-machine-untuk-pengesanan-awal-kanser/#respond Thu, 21 Oct 2021 08:55:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7739
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, hadir sebagai tetamu kehomat dan saksi bagi penyerahan Portable Ultrasound Machine dan sumbangan dana daripada lebih 10 penderma kepada Kinabalu Pink Ribbon, di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini pada Rabu.

Juliah, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menjadi saksi penerimaan Portable Ultrasound Machine kepada Kinabalu Pink Ribbon yang disumbangkan oleh Kumpulan Sawit Kinabalu diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Bacho Jansie.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kinabalu, Laura Bazan; Isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Cecelia Edwin dan Isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin Linda Ewit; Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin Hospital Queen Elizabeth 2, Dr Siti Zubaidah Sharif dan Pengasas Kinabalu Pink Ribbon, Datin Lucilla Pang.

Terdahulu dalam ucapannya, Laura merakamkan terima kasih atas sokongan padu daripada isteri Ketua Menteri bagi menjayakan kempen kesedaran kanser payudara di negeri ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma sehingga berupaya membeli Portable Ultrasound Machine untuk kegunaan ketika projek luar jangkauan (outreach) kami nanti.

“Mesin ini akan dapat mengenal pasti sebarang kelainan dan membuat pengesanan serta sasaran untuk mendapatkan sampel bagi tumor yang ada. Pengesanan awal ini memudahkan rawatan susulan sekiranya ia mengandungi sel kanser,” katanya.

Sementara itu, selain Kumpulan Sawit Kinabalu, penderma lain yang turut menyumbang dana ialah Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) dan Andamy Properties Sdn Bhd, yang diwakili oleh Tan Sri Datuk Seri Andrew Liew sebagai Presiden SUCCC dan Pengarah Urusan Andamy; Tan Sri Datuk David Chu; Presiden Persatuan Komuniti Cina Bersatu Sabah, Datuk Susan Wong Siew Guen; Datin Carlota Lo Nee Bazan; Datuk Johnny Yong; Sapulut Forest Development Sdn Bhd yang di wakili Datuk John Lo; Ketua Pegawai Eksekutif Forest Solutions Malaysia Sdn Bhd, Glen Macnair dan Advance Grow Sdn Bhd diwakili Ko Yin Lung serta Wijaya Daya Sdn Bhd; Expertserve Corporate Services Sdn Bhd dan Borneo Rizqia Sdn Bhd.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/isteri-km-saksi-penyerahan-portable-ultrasound-machine-untuk-pengesanan-awal-kanser/feed/ 0 7739