PUTRAJAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil maklum bahawa satu kandungan di media sosial Facebook dan Twitter telah tular berkaitan rakaman video sekumpulan pelajar sedang membuli rakannya.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihak MARA memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular.
“Saya telah mengarahkan pihak pengurusan MARA untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan dan kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli seperti yang tular di media sosial hari ini.”
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media susulan penularan kandungan video membabitkan pelajar sebuah sekolah berasrama hari ini.
Tambah Mahdzir, tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang terlibat berdasarkan peruntukan dan peraturan sedia ada di peringkat pengurusan MARA, jika video yang tular adalah benar.
Pihak MARA juga tegas Mahdzir, tidak sesekali memberi ruang kepada sebarang tindakan atau perbuatan salah laku yang menyalahi etika kemanusiaan.
Selain tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan sebarang salah laku atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, peraturan dan tata etika di mana-mana premis seliaan kami pada bila-bila masa.
]]>KUDAT: Kampung Tajau Laut yang terletak kira-kira 180km dari Kota Kinabalu berpotensi menjadi salah sebuah destinasi pelancongan desa di persisiran pantai.
Perkampungan nelayan tersebut mempunyai kira-kira 500 penduduk, yang majoritinya adalah dari suku kaum Bajau dan bergantung kepada hasil laut.


Pada masa ini, kampung tersebut hanya terdapat sebuah rumah penginapan iaitu Tajau Laut Guesthouse yang dikendalikan oleh Junaidi Awang Bulat.
Anak jati kelahiran Kudat itu telah menyumbang kepada pembangunan pelancongan di kawasan tersebut dengan membawa pelancong ke kampung itu dan melibatkan masyarakat dalam aktiviti pelancongan.
“Pelancongan di sini masih baru. Saya memulakan aktiviti pelancongan pada tahun 2016. Dengan bantuan penduduk kampung, saya membina rumah penginapan yang diperbuat daripada kayu-kayu yang hanyut,” katanya.
Kini, Tajau Laut Guesthouse mempunyai tiga buah unit rumah penginapan dengan lima bilik tidur keseluruhannya.
Sejak beroperasi, Tajau Laut Guesthouse mencatatkan peningkatan dalam ketibaan pelancong ke penginapan tersebut sepanjang tahun, dengan 589 pengunjung direkodkan pada 2019.
Daripada jumlah itu, 446 pengunjung adalah pelancong warga asing dari Eropah, Australia, Afrika Selatan, New Zealand, Taiwan, India, Argentina, dan Jepun, antara lain.
Junaidi berkata penduduk kampung telah menyatakan minat untuk membangunkan pelancongan berasaskan komuniti selepas melihat sambutan yang menggalakkan.
Baru-baru ini, unit produk daripada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) melawat ke Kampung Tajau Laut untuk memberi taklimat kepada penduduk kampung mengenai konsep pelancongan berasaskan komuniti selepas melihat potensinya.

Ahli Lembaga STB, Walter Kandayon, pengurus produk STB, Daniel Roman, dan penolong pengurus produk Jason Jay Justin Paujik serta Doren Munting hadir untuk memberikan taklimat tersebut.
Junaidi berkata penduduk kampung menzahirkan terima kasih kepada pihak STB kerana telah datang bertemu dengan mereka.
“Sesi ‘engagement’ sebegini telah meningkatkan kesedaran komuniti kampung tentang keperluan bekerjasama untuk menjadikan Kampung Tajau Laut sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti luar bandar dan kepentingan menjaga kebersihan kampung.
Sebagai permulaan, masyarakat kampung telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu, seperti produk atau aktiviti yang berpotensi untuk diperkenalkan kepada pengunjung akan datang,” katanya.
Buat masa ini, pelancong dan pelawat yang berkunjung ke Kampung Tajau Laut boleh melakukan snorkeling, berkayak, memancing, pemuliharaan karang, dan memasak.
Komuniti kampung tersebut juga bercadang untuk mewujudkan laluan denai bagi aktiviti ‘jungle trekking’ pada masa akan datang.

Semasa sesi engagement tersebut, kakitangan STB bersama-sama dengan penduduk kampung turut melakukan pembersihan pantai dengan mengumpul sebanyak 438kg sampah.
Sampah jenis plastik seperti botol, beg dan pembungkusan makanan merupakan sebahagian besar daripada sampah yang dikumpul.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Noredah Othman, berkata STB sangat menggalakkan penduduk kampung menceburi bidang pelancongan dan membangunkan sumber yang ada di kawasan masing-masing.
“Sejak beberapa tahun ini, Kudat telah menyaksikan pertumbuhan penginapan lebih banyak dan sudah tentu daerah ini mendapat manfaat daripada pertumbuhan ini.
“Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan kami, pihak STB sentiasa berinisiatif membimbing pemilik produk pelancongan dan pengusaha pelancongan dalam mempraktikkan amalan kelestarian,” ujarnya.
]]>10 Jun 2021
Normimie Diun
KOTA KINABALU: Ahli politik Phillip Among mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan terhadap dua wanita di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.(10 Jun)
Philip, yang diwakili peguam Marcel Jude, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.
Menurut kertas pertuduhan, Philip pada 17 April, jam 11 malam di ruang tamu Capsule Inn, Asia City,menggunakan kekerasan jenayah hendak mencabul kehormatan seorang wanita.
Dia juga dituduh melakukan kesalahan yang sama pada orang kedua pada jam 3.30 petang, 2 petang, 9.45 malam dan 10 malam pada 19 Mei, di lokasi yang berbeza.
Mahkamah menetapkan 14, 21, 22 Julai, untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan.
Dia juga diberikan ikat jamin sejumlah RM8, 000 untuk setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.
Mahkamah memerintahkan agar pasport tertuduh dirampas oleh pihak pendakwaan, agar tertuduh melapor diri ke balai polis sebulan sekali dan membatasi untuk berbicara dengan mangsa atau saksi-saksi sehingga kes selesai.
Phillip membayar ikat jamin pada hari yang sama.
]]>