salleh said keruak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 21 Mar 2022 07:37:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png salleh said keruak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Salleh Gesa Kerajaan Sabah Perkukuhkan Pembangunan Modal Insan https://sabahmedia.com/2022/03/21/dunsabah-salleh-gesa-kerajaan-sabah-perkukuhkan-pembangunan-modal-insan/ https://sabahmedia.com/2022/03/21/dunsabah-salleh-gesa-kerajaan-sabah-perkukuhkan-pembangunan-modal-insan/#respond Mon, 21 Mar 2022 07:36:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13281
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggesa agar pembangunan modal insan di negeri ini dapat diperkukuhkan melalui pelbagai usaha, khususnya pendidikan dan kesihatan.

Beliau berkata, ini selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan yang berdaya saing dalam persekitaran perniagaan yang kian berubah.

Selain itu, Salleh berkata ia penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Pelan Sabah Maju Jaya, terutama daripada segi tahap kesediaan dan kebolehan tenaga pekerja.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata terdapat keperluan untuk memberi keutamaan mendidik tenaga pekerja dan juga generasi masa depan mengenai jenis pekerjaan baru yang mempunyai permintaan tinggi.

Ini termasuk bidang pembangunan perisian dan teknologi maklumat, pemasaran digital, kewangan, pengurus projek, eksekutif jualan dan perniagaan, pengamal perubatan profesional, pendidik dan eksekutif khidmat pelanggan, katanya.

“Oleh itu, kita perlu ambil pendekatan menyeluruh dan tumpukan perhatian kepada jenis pendidikan yang meningkatkan kemahiran masyarakat kita, sekali gus menguasai jenis pekerjaan dan juga teknologi baru yang lebih bersifat digital dan automasi,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Isnin.

Beliau berkata peranan kerajaan merupakan kunci untuk mengembangkan kemahiran dan tahap pendidikan masyarakan.

“Sesetengah kerajaan terlibat secara aktif dalam meningkatkan modal insan dengan menawarkan pendidikan tinggi kepada rakyat tanpa sebarang kos.

“Kerajaan-kerajaan ini menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh orang melalui pendidikan membantu membangunkan ekonomi dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Pekerja yang mempunyai lebih pendidikan atau kemahiran yang lebih baik cenderung untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, yang seterusnya, meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui perbelanjaan pengguna tambahan,” katanya.

Mengenai kesihatan, Salleh berharap bilangan kes akan terus menurun dan keadaan berubah lebih stabil apabila negeri ini memasuki fasa endemik wabak Covid-19 tidak lama lagi.

“Selain dari diri membiasakan dengan norma baharu, kita mempunyai peluang emas untuk mengkaji semula peranan Kesihatan dalam masa depan pasca-pandemik.

“Jika kita menjadikan Kesihatan satu keutamaan, ini akan membolehkan kita meningkatkan kedayatahanan, mengurangkan jurang kesihatan, dan meningkatkan keadaan ekonomi dan sosial,” katanya.

Bagi mencapai tujuan itu, Salleh mencadangkan beberapa pendekatan yang perlu diberi perhatian.

Dalam hal ini, beliau mengesyorkan agar kerajaan memastikan kesihatan menjadi sebahagian daripada perbincangan pertumbuhan ekonomi.

Salleh turut mencadangkan agar kerajaan mengambil pendekatan bersepadu untuk menambahbaik aspek kesihatan.

“Agenda kesihatan yang paling berkesan ialah mengimbangi kesihatan persekitaran, sosial dan tingkah laku serta penjagaan pencegahan di samping keperluan rawatan,” katanya.

Salleh turut menekankan pentingnya menggandakan inovasi.

“Bagi ekonomi yang sedang pesat membangun, inovasi dalam penyampaian penjagaan kesihatan akan diperlukan untuk membawa campur tangan ini pada kos yang rendah kepada orang yang tidak memilikinya hari ini.

“Ini bermakna model pendanaan dan perolehan baharu, perkongsian dan kerjasama yang lebih luas, dan set keutamaan bersama yang lebih luas,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/21/dunsabah-salleh-gesa-kerajaan-sabah-perkukuhkan-pembangunan-modal-insan/feed/ 0 13281
Parlimen Bakal Disajikan Dengan Pertarungan Angka Sekali Lagi – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/18/parlimen-bakal-disajikan-dengan-pertarungan-angka-sekali-lagi-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/parlimen-bakal-disajikan-dengan-pertarungan-angka-sekali-lagi-salleh/#respond Wed, 18 Aug 2021 08:40:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4835
Read Time:1 Minute, 24 Second

Cyberjaya — Parlimen bakal menyaksikan pertarungan “angka” sekali lagi dengan kemungkinan majoriti tipis, kata bekas menteri persekutuan Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Bagaimanapun beliau yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata, apa pun yang berlaku harapan rakyat adalah satu “pentadbiran” yang baharu, bukannya suatu “penyelesaian politik” pada waktu mencabar ini.

“Nampaknya kita sedang melalui satu lagi proses untuk memilih PM yang baharu berdasarkan pilihan parti.

“Sekali lagi, ini bermakna ia menjadi pertarungan angka dengan kemungkinan majoriti tipis. Mari kita nantikan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya di Facebook rasmiya hari ini.

Sementara itu Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bermesyuarat malam tadi telah sebulat suara untuk mencalonkan hanyasatu nama untuk menjadi Calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri.

Dan pagi ini beberapa pertemuan membabitkan pemimpin parti PAS turut dilaporkan berlangsung di Menadar Dato’ Onn, dan pertemuan turut membabitkan pemimpin BERSATU dan UMNO di kediaman Tan Sri Muhiaddin Yassin di Bukit Damansara.

Kenderaan membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dilihat keluar dari kediaman peribadi Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini selepas sejam mengadakan pertemuan.

Berselang dua minit kemudian, kenderaan jenis Toyota Vellfire yang membawa bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut dilihat meninggalkan kediaman perdana menteri sementara itu pada pukul 2.55 petang.

Terdahulu, kedua-dua kenderaan yang membawa bekas menteri Kabinet itu masuk ke kediaman Muhyiddin sejak tengah hari tadi.

Dipercayai pertemuan bekas Perdana Menteri itu bersama Hamzah dan Annuar berkait rapat dengan pencalonan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Ke-9.

Sementara itu, beberapa media turut melaporkan Muhyiddin akan mengumumkan pendirian Perikatan Nasional berhubung calon perdana menteri baharu pada petang ini. 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/parlimen-bakal-disajikan-dengan-pertarungan-angka-sekali-lagi-salleh/feed/ 0 4835