Salleh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 May 2026 08:59:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Salleh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMNO Sabah Perlu Terima Realiti Politik Baharu Kata Salleh Said Keruak https://sabahmedia.com/2026/05/24/umno-sabah-perlu-terima-realiti-politik-baharu-kata-salleh-said-keruak/ https://sabahmedia.com/2026/05/24/umno-sabah-perlu-terima-realiti-politik-baharu-kata-salleh-said-keruak/#respond Sun, 24 May 2026 08:59:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97243
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak berkata landskap politik Sabah dan Sarawak berkembang melalui laluan yang berbeza sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, dipengaruhi faktor sejarah, demografi serta kepimpinan tempatan masing-masing.

Menurut beliau, di Sarawak, UMNO tidak pernah bertapak kerana langkah itu dilihat penting bagi mengekalkan kestabilan politik negeri serta mengelakkan perpecahan sokongan Bumiputera, khususnya dalam kalangan Bumiputera Islam.

Katanya, walaupun parti nasional seperti PKR, DAP dan PAS hadir membawa naratif reformasi, keadilan sosial dan politik pelbagai kaum, pengaruh mereka di Sarawak masih tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja.

“Parti-parti tempatan terus menjadi kekuatan utama terutama di kawasan luar bandar dan campuran, sekali gus menjadikan Sarawak lebih cenderung kepada kepimpinan negeri dalam memperjuangkan isu hak negeri, pembangunan dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Salleh berkata situasi di Sabah pula berbeza apabila UMNO memasuki negeri itu pada tahun 1991 atas jemputan Tun Mustapha Harun dan United Sabah National Organisation (USNO) bagi menyatukan sokongan Bumiputera Islam.

Beliau berkata kemasukan UMNO ketika itu membolehkan parti tersebut memainkan peranan dominan dalam politik Sabah untuk satu tempoh yang panjang.

Bagaimanapun, katanya, landskap politik Sabah kini berubah apabila sokongan Bumiputera telah berpecah kepada beberapa blok politik dan UMNO bukan lagi wadah tunggal penyatuan masyarakat Bumiputera di negeri itu.

“UMNO Sabah hari ini tidak lagi memainkan peranan dominan, sebaliknya menjadi pelengkap yang menyokong kerajaan negeri yang diterajui serta ditunjangi oleh gabungan parti tempatan,” katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa masa depan UMNO di Sabah bergantung kepada sejauh mana parti itu menerima realiti politik semasa dan membina kerjasama strategik demi memperkukuh perpaduan, pembangunan negeri serta pelaksanaan MA63.

Secara keseluruhan, katanya, Sarawak kekal dipacu oleh parti-parti tempatan manakala Sabah mengekalkan keseimbangan antara kekuatan parti tempatan dan peranan pelengkap parti nasional.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/24/umno-sabah-perlu-terima-realiti-politik-baharu-kata-salleh-said-keruak/feed/ 0 97243
Tiada parti politik boleh bentuk kerajaan sendiri – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/#respond Tue, 17 Aug 2021 03:29:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4746
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Tiada parti politik yang dilihat boleh membentuk kerajaan secara sendiri.

Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, senario itu merupakan realiti sebenar kepada politik negara ketika ini.

Memetik kenyataan beliau dalam pautan Facebooknya pagi tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu turut menambah, terdapat keperluan untuk penjajaran semula dan kompromi melibatkan semua pihak.

“Tetapi fokus utama seharusnya kepada pemulihan.

“Parti politik perlu ingat perkara ini dan mempercayai Yang Dipertuan Agong (YDPA) untuk memilih Perdana Menteri yang akan memikul tanggungjawab ini.

“Perdana Menteri baru boleh pertimbangkan untuk mewujudkan kabinet yang kecil, mahir dan bipartisan untuk membina kestabilan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Perikatanan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas mendapat perkenan daripada YDPA, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perletakkan jawatan beliau turut disusuli dengan barisan kabinet yang lain namun Muhyiddin dilantik oleh Baginda untuk menggalas Perdana Menteri Sementara (caretaker) sebelum perlantikan Perdana Menteri yang baharu dalam tempoh terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/feed/ 0 4746
GRS perlu dilindungi bagi pertahan mandat yang diberikan rakyat Sabah – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/07/grs-perlu-dilindungi-bagi-pertahan-mandat-yang-diberikan-rakyat-sabah-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/grs-perlu-dilindungi-bagi-pertahan-mandat-yang-diberikan-rakyat-sabah-salleh/#respond Sat, 07 Aug 2021 12:11:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4238
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpandangan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dilindungi bagi pertahan mandat yang diberikan rakyat Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu berkata, ia sekaligus memastikan GRS dapat menjalankan pemerintahan yang bertanggungjawab untuk rakyat di negeri itu.

“Untuk mengelakkan keraguan, kita mesti memperkuat GRS sebagai entiti rasmi untuk Sabah, sama seperti GPS untuk Sarawak. Fokus kami adalah untuk mempercepat proses vaksinasi dan mengatasi masalah yang disebabkan oleh penyebaran Covid-19 di Sabah,” katanya di Facebooknya.

Semalam, Umno Sabah berkata kerajaan GRS pimpinan Hajiji Mohd Nor terus disokong walaupun Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Menerusi kenyataan, Umno Sabah berharap keputusan parti itu kekal bersama GRS yang diwakili Bersatu, Umno, Star, PBS, SAPP dan PAS, dihormati semua pihak.

Jelas kenyataan itu lagi, keputusan itu dibuat selaras dengan mandat diberi rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Katanya, Umno Sabah juga berharap kemelut politik di Semenanjung dapat diselesaikan secara berhemah dan bijaksana selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.

Kemelut politik Semenanjung timbul selepas Umno memutuskan untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN menyebabkan Ahli Parlimen dari parti berbelah bahagi.

Ia makin meruncing apabila beberapa menteri dari Umno meletak jawatan sebagai menteri menyaksikan keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersoal disaat negara sedang bergelut dengan Covid-19. – FMT

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/grs-perlu-dilindungi-bagi-pertahan-mandat-yang-diberikan-rakyat-sabah-salleh/feed/ 0 4238
Kerajaan Pusat Diseru Beri Tumpuan Proses Vaksinasi Di Sabah Supaya Segera Capai Imuniti Kelompok https://sabahmedia.com/2021/07/20/kerajaan-pusat-diseru-beri-tumpuan-proses-vaksinasi-di-sabah-supaya-segera-capai-imuniti-kelompok/ https://sabahmedia.com/2021/07/20/kerajaan-pusat-diseru-beri-tumpuan-proses-vaksinasi-di-sabah-supaya-segera-capai-imuniti-kelompok/#respond Tue, 20 Jul 2021 02:58:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3311
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru kerajaan pusat supaya menumpukan perhatian untuk proses pemberian vaksin di Sabah.

Katanya, kadar vaksinasi di negeri ini sudah tertinggal jauh ke belakang berbanding negeri lain dan berkemungkinan sukar untuk mencapai imuniti kelompok sebelum Oktober depan.

“Jumlah pendaftaran bagi mendapatkan vaksin di Sabah hanya 35.9 peratus iaitu seramai 990,681, manakala jumlah pemberian vaksin dos pertama adalah 475,084 iaitu 12.2 peratus.

“Kerajaan wajib melipatgandakan usaha dan tenaga untuk percepatkan kadar vaksinasi. Sekurang-kurangnya sasaran 50,000 dos vaksin sehari,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, kerajaan perlu menggunakan pendekatan pelbagai strategi dan kaedah yang sudah berjaya dan inilah masa untuk berkorban dan selamatkan Sabah.

Berdasarkan jadual jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat 17 Julai yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Labuan mencatatkan kadar vaksinasi tertinggi dengan 86.1% atau (58,975) bagi dos pertama dan 60.1% atau 41,156 bagi dos kedua.

Ia diikuti Sarawak dengan 75.7% (1.545 juta) bagi dos pertama dan 42.1% (859,906) bagi dos kedua. Lembah Klang merangkumi Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur berada di kedudukan ketiga dengan 60.9% (3.752 juta) bagi dos pertama dan 19.% (1.181 juta) bagi dos kedua.

Pada 18 Julai, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata 100% populasi dewasa di negara ini dijangka melengkapkan dos vaksin Covid-19, pada Oktober berikutan sasaran pencapaian program vaksinasi negara telah dipercepatkan.

Katanya, tindakan mempercepatkan program vaksinasi itu termasuk meningkatkan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari, berikutan penemuan varian baharu Covid-19 yang lebih ganas dan kes positif yang meningkat dengan mendadak.

“Vaksinasi adalah kunci utama kejayaan melawan Covid-19. Jadual asalnya, 80% penduduk Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022. Namun sasaran itu dipercepatkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/20/kerajaan-pusat-diseru-beri-tumpuan-proses-vaksinasi-di-sabah-supaya-segera-capai-imuniti-kelompok/feed/ 0 3311
Salleh sambut baik pendirian Ketua Menteri Sabah membenarkan aktiviti ‘Dine-in’ di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/#respond Sat, 10 Jul 2021 08:47:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2866
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk kekal membenarkan aktiviti “dine-in” di negeri ini.

Ketetapan tersebut baginya sekaligus menjelaskan keraguan orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) di Sabah.

“Saya menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk terus membenarkan ‘dine-in’ di Sabah dengan peralihan kita ke Fasa 2 PPN bermula hari ini.

“Harap ini menjelaskan sebarang keraguan orang awam dengan SOP Sabah,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, pagi tadi mengumumkan bahawa kerajaan tetap dengan pendirian membenarkan aktiviti dine-in di negeri ini yang dikuatkuasakan sejak 29 Jun lalu.

Sementara itu, berhubung penambahan vaksin di Sabah, Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, semua pihak turut gembira dengan berita baik berkenaan dalam memastikan proses pemulihan di negeri ini berjalan lancar.

“Kita juga gembira bakal menerima penambahan vaksin untuk imunisasi Sabah.

“Semoga proses pemulihan Sabah berjalan dengan lancar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/feed/ 0 2866