Salur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Apr 2024 06:54:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Salur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pihak berkaitan digesa pantau, selenggara tangki air, salur bekalan air bersih – Shahelmey https://sabahmedia.com/2024/04/27/pihak-berkenaan-digesa-pantau-selenggara-tangki-air-salur-bekalan-air-bersih-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2024/04/27/pihak-berkenaan-digesa-pantau-selenggara-tangki-air-salur-bekalan-air-bersih-shahelmey/#respond Sat, 27 Apr 2024 06:49:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53576
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Aset-aset khususnya tangki-tangki air di bawah selenggaraan pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) digesa agar sentiasa memantau keadaan aset-aset tersebut dengan baik bagi menyalur bekalan air bersih kepada pengguna.

Ini berikutan tular di media sosial tangki air yang berkarat tidak diselenggara dengan baik dan membekalkan air kotor dan tercemar di salah satu kawasan perumahan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, video yang tular itu bukan di Sabah namun kemungkinan ianya boleh berlaku di negeri ini sekiranya tangki-tangki air tidak diselenggara dengan baik oleh pihak-pihak berkaitan.

“Justeru, pihak Jabatan Air diminta agar sentiasa menjalankan kawalan secara berkala terhadap tangki-tangki air ini, namun demikian kita perlu membezakan kategori aset-aset yang secara langsung di bawah Jabatan Air atau aset-aset air yang dimiliki oleh individu atau juga pihak pengurusan kawasan perumahan.

“Ini memerlukan kerjasama yang jitu diantara pelbagai pihak yang menggunakan syarat-syarat yang sebenarnya ada yang dikenakan tapi mungkin ada satu kelemahan dalam budaya penyelenggaraan kita,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Ir Shahelmey Yahya di Dewan Sri Putatan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shahelmey turut memaklumkan bekalan air terawat yang dihasilkan di loji-loji rawatan air JANS semuanya adalah selamat dan menepati piawaian seperti yang ditetapkan.

Shahelmey bersalaman dengan orang ramai semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Dewan Sri Putatan di sini, hari ini.
Wan Azizah bersama Juliah turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Juliah Salag, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan menteri-menteri persekutuan dan negeri lain.

Kira-kira 7,000 orang tetamu hadir pada majlis tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/27/pihak-berkenaan-digesa-pantau-selenggara-tangki-air-salur-bekalan-air-bersih-shahelmey/feed/ 0 53576
Kerajaan GRS Salur RM42.9 Juta Bantu Sekolah & Badan Keagamaan Bukan Islam https://sabahmedia.com/2021/12/14/kerajaan-grs-salur-rm42-9-juta-bantu-sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/kerajaan-grs-salur-rm42-9-juta-bantu-sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam/#respond Tue, 14 Dec 2021 13:19:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9883
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyalurkan kira-kira RM42.9 juta untuk bantuan sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak RM17.9 juta bantuan kepada sekolah, antaranya Sekolah Persendirian Cina, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, tadika dan sekolah swasta.

Manakala bantuan kepada badan keagamaan iaitu gereja, kuil dan tokong membabitkan sejumlah RM24.9 juta.

“Sebagai kerajaan yang prihatin dan saksama, kita akan meneruskan bantuan dan peruntukan kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini.

“Bantuan itu juga sebagai tanda dan bukti bahawa kerajaan negeri GRS serius serta ikhlas dalam membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama”, katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melakukan gimik perasmian KK Christmas Celebration 2021 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melakukan gimik perasmian KK Christmas Celebration 2021 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kota Kinabalu Christmas Celebration 2021 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Sabah di Padang Merdeka, hari ini.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri komited memastikan perpaduan rakyat, keharmonian kaum dan toleransi beragama yang kukuh di negeri ini akan terus berkekalan.

Katanya, sebarang tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan, perlulah dihindari bagi membolehkan kita merealisasikan agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan berkesan untuk meningkatkan lagi ekonomi sekali gus memacu pembangunan dan kemajuan di negeri ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penganjuran apa juga festival, karnival dan program-program yang menjurus ke arah pemantapan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Penganjuran festival Krismas dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan, toleransi dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang bangsa, kaum dan agama.

“Sememangnya semangat seumpama ini sudah lama diamalkan di Sabah dan ia juga sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob”, tambahnya Hajiji turut menyeru rakyat agar terus bersama-sama memastikan kemakmuran sosial dapat dipelihara dan dipertingkatkan bagi kesejahteraan dan manfaat bersama.

Katanya, kerjasama dan sokongan rakyat akan menyumbang kejayaan kepada segala dasar dan program yang sedang kerajaan laksanakan di bawah pelan pembangunan Hala Tuju SMJ.

Menyentuh perayaan Krismas yang akan disambut oleh penganut Kristian tidak lama lagi, beliau berkata ia adalah acara penting dan suci yang meraikan kelahiran Nabi Isa.

“Krismas juga adalah masa untuk diri kita muhasabah diri dan bersyukur. Ia juga adalah masa untuk mengingati mereka yang kurang bernasib baik daripada kita, yang menghadapi masa sukar akibat pandemik ini. Marilah kita bersama-sama mengingati mereka dalam doa dan bersama membantu setakat yang mampu,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/kerajaan-grs-salur-rm42-9-juta-bantu-sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam/feed/ 0 9883
PERKESO Salur RM1.005 bilion Ke Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/25/perkeso-salur-rm1-005-bilion-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/25/perkeso-salur-rm1-005-bilion-ke-sabah/#respond Sat, 25 Sep 2021 08:08:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6837
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sabah telah menyalurkan sebanyak RM1.005 bilion kepada rakyat negeri ini dalam bentuk subsidi gaji, insentif pengambilan pekerjaan atau pun padanan caruman Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri menerusi pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan, sejak tahun lalu hingga September 2021.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ini adalah antara inisiatif yang diberikan PERKESO sejajar peranannya untuk menyediakan keselamatan sosial kepada rakyat Sabah bagi perlindungan terhadap bencana kerja, “keilatan” atau iaitu mengalami keuzuran berkekalan termasuk sebarang kematian dan kehilangan pekerjaan.

Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Karnival e-Kerjaya PERKESO Sabah Tahun 2021 secara maya di sini, pada Sabtu.

Seperti program Karnival e-Kerjaya hari ini, katanya PERKESO melaksanakan inisiatif kerajaan di bawah program Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) demi kebaikan rakyat.

“Di bawah PEMULIH, ia sebagai inisiatif pemulihan ekonomi negara yang amat bijak bagi merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan dan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan pencari kerja tempatan termasuk golongan orang kurang upaya (OKU).

“Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan PERKESO Sabah, seramai 7,141 orang telah berjaya kembali bekerja pada tahun 2020 manakala bagi bulan Januari hingga Ogos tahun ini pula, seramai 4,366 orang berjaya memperoleh pekerjaan.

“Jelaslah bahawa inisiatif yang diberikan kerajaan melalui PERKESO di bawah program PEMULIH memberi impak yang positif dan dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat termasuk di Sabah,” katanya.

Karnival e-Kerjaya PERKESO adalah kesinambungan usaha kerajaan Persekutuan dan negeri menerusi agensi PERKESO dalam menjayakan program PEMULIH bagi membantu rakyat, khususnya di negeri ini.

“Saya dimaklumkan lebih 3,000 kekosongan jawatan menanti dalam karnival sehari ini dan 30 majikan mengambil bahagian dalam program temuduga terbuka hari ini,” katanya sambil meminta rakyat Sabah merebut peluang itu kerana pelbagai kekosongan jawatan ditawarkan.

Selain karnival ini, banyak lagi inisiatif lain yang diberikan PERKESO khususnya kepada pencari kerja termasuklah MyFuture Jobs, program penjanaan kerjaya, insentif pengambilan pekerjaan, latihan penjana dan kerjaya GIG.

“Banyak manfaat diperoleh dengan mengikuti inisiatif yang disediakan PERKESO, seperti insentif pengambilan pekerjaan untuk 1.0 hingga 2.0 sejak tahun lalu hingga September tahun ini, untuk Sabah sahaja jumlah insentif adalah lebih RM22 juta berdasarkan Good For Payment atau bayaran faedah kepada mereka yang layak kepada lebih 8,000 pekerja yang digajikan di negeri ini,” katanya.

Berdasarkan statistik pencapaian PERKESO Sabah terutama sejak pandemik COVID-19 tahun lalu, jumlah pekerja aktif yang dilindungi sejak 2020 hingga April tahun ini adalah seramai 280,744 orang manakala majikan untuk tempoh yang sama adalah seramai 33,893.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/25/perkeso-salur-rm1-005-bilion-ke-sabah/feed/ 0 6837
Hajiji Gesa Kerajaan Persekutuan Segera Salur Peruntukan Banjir Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/23/hajiji-gesa-kerajaan-persekutuan-segera-salur-peruntukan-banjir-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/23/hajiji-gesa-kerajaan-persekutuan-segera-salur-peruntukan-banjir-di-sabah/#respond Thu, 23 Sep 2021 03:38:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6767
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa Kerajaan Persekutuan segera menyalurkan peruntukan banjir di Sabah, antara perbincangan semasa beliau menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad di kediaman rasminya di Sri Gaya, semalam.

Kedua-dua pihak berbincang mengenai bencana banjir yang berlaku di Sabah dan bantuan untuk mangsa banjir serta peruntukan untuk pembaikan infrastruktur yang akan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Hajiji menggesa Kerajaan Persekutuan membina semula infrastruktur yang rosak dan musnah akibat bencana banjir, selain menaiktaraf sungai dan sistem pengairan dan saliran sedia ada.

Katanya, Kerajaan Persekutuan juga perlu segera menyalurkan peruntukan untuk baik pulih rumah yang terkesan oleh bencana banjir, selain pembaikan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Dr. Latiff berada di Sabah pada Rabu, bagi meninjau dan melawat kawasan bencana di Penampang termasuk kawasan tanah runtuh dan banjir di Kampung Maang, Kampung Sugud Maang dan Kampung Timpagoh.

Beliau juga menghadiri Taklimat Pengurusan Bencana Negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Menara Kinabalu dan melawat pejabat APM.

Hajiji semasa melawat dan meninjau keadaan banjir di Kampung Sugud pada Selasa lalu berkata, Kerajaan akan memberi bantuan RM1,000 kepada 937 mangsa yang terjejas banjir di daerah Penampang termasuk penduduk Kampung Sugud.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/23/hajiji-gesa-kerajaan-persekutuan-segera-salur-peruntukan-banjir-di-sabah/feed/ 0 6767
Kerajaan Persekutuan Salur Lebih Banyak Peruntukan Untuk Tangani Bencana Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/19/kerajaan-persekutuan-salur-lebih-banyak-peruntukan-untuk-tangani-bencana-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/19/kerajaan-persekutuan-salur-lebih-banyak-peruntukan-untuk-tangani-bencana-di-sabah/#respond Sun, 19 Sep 2021 02:40:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6573
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Sabah menjangkakan menerima lebih RM200 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan bencana di negeri ini.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata Kerjaan Negeri telah mengemukakan permintaan peruntukan untuk pengurusan bencana di negeri ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara pada awal minggu ini.

Permintaan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM147 juta untuk baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir manakala sebanyak RM83 juta lagi untuk pengurusan bencana COVID-19.

Jumlah RM18 juta yang disampaikan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk penggunaan segera pengurusan bencana termasuk COVID-19.

Sebelum ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menerima RM8 juta untuk bantuan bencana.

“Ahli Parlimen Kota Kinabalu perlu memeriksa fakta sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan dengan niat tidak baik demi kepentingan politiknya,” katanya menerusi satu kenyataannya di sini.

Katanya, Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini juga memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi lebih banyak bantuan kepada Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/19/kerajaan-persekutuan-salur-lebih-banyak-peruntukan-untuk-tangani-bencana-di-sabah/feed/ 0 6573
UMS 4WDVC Salur Bantuan kepada Staf Hospital Labuan https://sabahmedia.com/2021/06/26/ums-4wdvc-salur-bantuan-kepada-staf-hospital-labuan/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/ums-4wdvc-salur-bantuan-kepada-staf-hospital-labuan/#respond Sat, 26 Jun 2021 10:31:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2019
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS 4WDVC) hari ini menyalurkan bekalan makanan dan keperluan kepada staf Hospital Labuan yang sedang bertugas mengawal pandemik Covid-19 yang membimbangkan di wilayah tersebut.

Bantuan tersebut dihantar menggunakan tujuh kenderaan pacuan empat roda melibatkan 14 ahli UMS 4WDVC ke jeti feri di Menumbok.

Acara pelepasan misi bantuan tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin di perkarangan tempat letak kereta Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), pagi tadi. (26 Jun)

Taufiq pada acara tersebut memuji usaha bersama Kelab 4WDVC dengan FPSK dan Hospital UMS atas inisiatif dalam meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Selain membawa nama baik universiti, usaha ini sememangnya mampu membantu mereka yang benar-benar terkesan dan berada dalam kesusahan.

“Semoga misi ini akan berjalan dengan baik sekali gus dapat membantu melancarkan lagi usaha kakitangan di Hospital Labuan khususnya yang sedang bertungkus-lumus memerangi pandemik Covid-19 di sana,”katanya.

Terdahulu, Presiden UMS 4WDVC, Profesor Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, situasi Covid-19 di Labuan yang agak meruncing pada ketika ini mencetuskan idea ahli kelab untuk mengumpul barang makanan dan peralatan yang sesuai untuk disumbangkan kepada staf Hospital Labuan yang bertugas.

Bantuan ini bagi menghargai penat-lelah mereka dalam melaksanakan tugas murni mereka dan berharap dengan sumbangan ini dapat meningkatkan moral staf di sana satu pernyataan kuat yang mereka sentiasa di hati kami dan kami sentiasa mendoakan keselamatan mereka.

Bantuan akan dihantar menggunakan feri Menumbok-Labuan, dan setibanya di Labuan, barangan bantuan tersebut akan diterima oleh wakil UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan terus dihantar ke Hospital Labuan, katanya.

Tambah beliau, secara tersirat, bantuan ini memberikan pernyataan kuat yang staf Hospital Labuan sentiasa di hati dan mendoakan keselamatan dan kesihatan mereka.

Antara bantuan yang disumbangkan ialah campbed, khemah mudah alih, kerusi, bantal, meja lipat, makanan dan minuman ringan.

D Kamarudin turut berterima kasih dengan sokongan FPSK, Hospital UMS, UMSKAL dan Polis Daerah Kota Kinabalu yang melancarkan segala urusan penghantaran bantuan tersebut, serta pengurusan 99 Speed Mart yang turut menyumbang bekalan makanan.

Hadir sama pada acara tersebut Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/ums-4wdvc-salur-bantuan-kepada-staf-hospital-labuan/feed/ 0 2019
KESUMBA UMS Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran https://sabahmedia.com/2021/06/18/kesumba-ums-salur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2021/06/18/kesumba-ums-salur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran/#respond Fri, 18 Jun 2021 08:37:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1516
Read Time:1 Minute, 6 Second

PUTATAN: Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) menyampaikan sumbangan melalui Misi Bantuan Prihatin kepada mangsa kebakaran Kg Meruntum.

Kejadian pada 15 Mei lalu melibatkan 45 Ketua Isi Rumah (KIR) dan telah memusnahkan 35 buah rumah penduduk.

Sebelum ini pelbagai pihak telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian.

Terbaru, Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) menyampaikan sumbangan ikhlas melalui Misi Bantuan Prihatin bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Penyampaian sumbangan berupa wang ringgit disempurnakan Timbalan Yang Dipertua KESUMBA, Dr. Suraya Sintang kepada Ketua Kampung, Mohd Alias Yusuf, di sini.

Menurut Suraya, penyerahan itu dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang tinggi bagi mengelakkan sebarang kebarangkalian penularan wabak Covid-19.

“Saya ucapkan salam takziah kepada penduduk yang terlibat, semoga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

“Semoga dengan sedikit bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban,” katanya.

Suraya memaklumkan, KESUMBA sentiasa melaksanakan aktiviti sosial dan kebajikan kepada masyarakat sama ada dalam kampus atau di luar kampus selaras dengan matlamat kelab tersebut.

“Justeru, sumbangan kali ini juga merupakan salah satu usaha yang kita lakukan untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah,” jelasnya.

Hadir sama Pemegang Akaun Amanah KESUMBA, Norti Sirin, Timbalan Setiausaha Kehormat, Dayangku Masniah Madaud, Ketua Puteri KESUMBA, Lydia Hurgerty Felix dan wakil pemaju masyarakat Kampung Meruntum, Syed Arizal Karim.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/18/kesumba-ums-salur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran/feed/ 0 1516