sambungan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 19 Jan 2024 07:34:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sambungan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penguatkuasaan tegas koloni setinggan di sekitar UMS, banteras sambungan haram bekalan air – Masiung https://sabahmedia.com/2024/01/19/penguatkuasaan-tegas-koloni-setinggan-di-sekitar-ums-banteras-sambungan-haram-bekalan-air-masiung/ https://sabahmedia.com/2024/01/19/penguatkuasaan-tegas-koloni-setinggan-di-sekitar-ums-banteras-sambungan-haram-bekalan-air-masiung/#respond Fri, 19 Jan 2024 07:16:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48197
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Penguatkuasaan tegas perlu diambil oleh agensi berkaitan ke atas koloni setinggan di sekitar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang didakwa menyumbang kepada masalah air di institusi pengajian tinggi berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah berkata, masalah air di UMS tidak akan berakhir selagi wujud penyambungan haram besar-besaran di perkampungan setinggan itu.

Selain itu katanya, penghuni flat rumah kos rendah milik LPPB di Taman Jaya Diri, Bukit Setia di Sepanggar dan Taman Sri Warisan di Inanam Laut merungut kerana kerap mengalami gangguan bekalan air selain tekanan air amat tendah.

” Walaupun Kementerian Kerja Raya (JKR) Sabah memberi jaminan masalah air di UMS akan selesai setelah Loji Rawatan Air Telibong 2 siap hujung Januari ini, namun UMS akan menerima tekanan air lebih rendah akibat terlalu banyak penyambungan haram koloni setinggan.

” Inisiatif MyJans yang diperkenalkan kerajaan tidak banyak mengubah keadaan kerana penduduk setinggan terutama warga asing sudah terbiasa menikmati air dan elektrik secara percuma hasil penyambungan haram,” tegas beliau.

Pada Khamis lalu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melancarkan aplikasi MyJans, di mana pengguna boleh mengakses bekalan air secara atas talian.

Masiung berkata, aplikasi MyJans yang dilancarkan JANS pada minggu lalu memang inisiatif baik, tetapi penyambungan haram tetap akan berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu menggesa agensi berkaitan terutama JANS supaya menjalankan operasi penguatkuasaan besar-besaran secara berjadual di kawasan setinggan dan kilang-kilang.

Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kewujudan koloni setinggan dianggarkan 12,000 rumah dipercayai menjadi penyumbang kepada masalah bekalan air terbesar di universiti itu.

Kerajaan negeri mengalami kerugian 18 juta liter air sehari (MLD) akibat tindakan penyambungan haram.

Beliau berharap operasi penguatkuasaan agensi berkaitan tidak hanya melibatkan bekalan air tetapi turut menjalankan operasi penyambungan elektrik haram di kawasan-kawasan setinggan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/19/penguatkuasaan-tegas-koloni-setinggan-di-sekitar-ums-banteras-sambungan-haram-bekalan-air-masiung/feed/ 0 48197
Hukuman berat penghuni, penyewa kedai buat sambungan paip air haram dan kotorkan kawasan premis – Christina https://sabahmedia.com/2023/11/08/hukuman-berat-penghuni-penyewa-kedai-buat-sambungan-paip-air-haram-dan-kotorkan-kawasan-premis-christina/ https://sabahmedia.com/2023/11/08/hukuman-berat-penghuni-penyewa-kedai-buat-sambungan-paip-air-haram-dan-kotorkan-kawasan-premis-christina/#respond Wed, 08 Nov 2023 07:05:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44903
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew mencadangkan tindakan hukuman berat oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terhadap penghuni kedai dan penyewa kerana membuat sambungan paip air haram serta mengotorkan persekitaran di luar premis mereka dengan sisa dapur atau air kumbahan.

Beliau membuat cadangan itu selepas membuat pemeriksaan tapak untuk melihat kerja-kerja pembaikan yang telah siap di kompleks beli belah Sinsuran, dan kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan di jalan belakang Bandaran Berjaya pada Selasa.

Daripada pemerhatian Christina, penghuni atau penyewa di premis kawasan tersebut terus melanggar undang-undang walaupun DBKK telah memberi amaran berulang kali.

“Ketika saya meninjau di kawasan tersebut, saya melihat terdapat paip air bocor, dan persekitaran yang kotor sangat tidak bersih. Saya terkejut melihat seekor tikus mati di atas turapan jalan belakang, dan ini boleh menjejaskan kesihatan awam.

“Apakah kesan yang kami berikan kepada pelancong dan pengunjung kami yang mengunjungi hotel bajet di Bandaran Berjaya?

“Mengenai perkara ini, DBKK mesti bertindak tegas sebagai penghalang, DBKK mesti serius mempertimbangkan denda RM5000 untuk dikenakan ke atas mana-mana pesalah yang ditangkap melakukan sambungan paip air haram atau mencemarkan persekitaran di luar premis mereka dengan sisa makanan. atau air sisa kumbahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, kebudayaan dan Alam Sekitar meluahkan rasa kecewa dengan segelintir sikap penghuni atau penyewa premis yang tidak bertanggungjawab dan ia sekali gus akan menggagalkan tujuan beliau menggunakan Tabung ADUNnya untuk terus mencantikkan bandaraya Kota Kinabalu.

Beliau berkata, setakat ini sepuluh jalan belakang di tengah-tengah bandar sedang menjalani kerja-kerja pembaikan besar termasuklah Sinsuran (lima), Bandaran Berjaya (tiga) dan Jalan Gaya (dua).

Menurut Christina, kerja-kerja pembaikan turapan jalan belakang di Sinsuran telah siap 80 peratus, sementara menunggu sentuhan akhir dan ketibaan penutup longkang baharu.

“Kerja-kerja yang sedang dijalankan di Bandaran Berjaya dan Jalan Gaya dijadualkan siap pada akhir tahun ini,” katanya sambil menambah kerja-kerja pembaikan juga telah dimulakan di dua jalan belakang Jalan Gaya sebagai persediaan untuk kerja-kerja konkrit.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/08/hukuman-berat-penghuni-penyewa-kedai-buat-sambungan-paip-air-haram-dan-kotorkan-kawasan-premis-christina/feed/ 0 44903