Sambut Baik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Mar 2024 12:08:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sambut Baik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan negeri sambut baik inisiatif KTYS laksana program khusus bidang pengurusan air https://sabahmedia.com/2024/03/08/kerajaan-negeri-sambut-baik-inisiatif-ktys-laksana-program-khusus-bidang-pengurusan-air/ https://sabahmedia.com/2024/03/08/kerajaan-negeri-sambut-baik-inisiatif-ktys-laksana-program-khusus-bidang-pengurusan-air/#respond Fri, 08 Mar 2024 12:07:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50763
Read Time:2 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) untuk sentiasa membangunkan program dan kursus baharu terutama sekali dalam bidang-bidang yang khusus seperti pengurusan air.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, masalah pengurusan air di Negeri Sabah bukan sahaja berpunca daripada infrastrukur yang perlu dibina dan dinaik taraf, tetapi juga daripada soal kecekapan bahagian sumber manusia yang perlu ditingkatkan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Teknologi Yayasan Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah & PBA Resources Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, MoU yang ditandatangani ini memperlihatkan komitmen dan kesungguhan KTYS dalam menyumbang kepada peningkatan kualiti ilmu dan kemahiran para pekerja Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang menjadi tunggak kepada kualiti sumber manusia atau modal insan di Sabah.

“Ia sangat tepat dengan keperluan negeri ini yang masih di belenggu masalah pengurusan air.

“Kolaborasi bersama JANS ini menjadikan KTYS Kolej yang pertama di Sabah melaksanakan program dengan pengkhususan ini.

“Pemilihan untuk bekerjasama dengan pihak Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang pula membuka peluang KTYS dan JANS untuk berkongsi pengalaman dan juga belajar serba sedikit daripada kejayaan PBA dalam pengurusan bekalan air di Pulau Pinang yang tidak mempunyai banyak sungai dan perlu bergantung kepada Sungai Muda Kedah untuk sumber air mentah tetapi masih mampu untuk mengurus bekalan air di Pulau Pinang dengan lebih baik. Inilah yang perlu kita pelajari dan contohi di Sabah yang mempunyai banyak sungai,” katanya.

Menurutnya, JANS akan memberi komitmen yang tinggi dalam membantu untuk menjayakan program kursus ini dengan menyediakan loji-loji dan empangan yang sedia ada sebagai lokasi untuk menjalankan sebarang latihan praktikal mahupun amali untuk para peserta program yang akan dijalankan nanti.

“Satu lagi yang menarik dalam program yang bakal di jalankan ini ialah para pesara atau bakal pesara daripada JANS akan di beri peluang untuk mengikuti program di mana ia akan membantu mereka terutama sekali dalam penjanaan pendapatan tambahan selain daripada pencen untuk perbelanjaan hidup dan simpanan persaraan mereka.

“Komitmen dan kesediaan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk membantu dalam memberi bantuan pembiayaan pengajian akan membantu para peserta dan juga menggerakkan lagi program ini.

“Inilah bukti komitmen tinggi kerajaan negeri untuk meningkatkan ilmu, tahap kemahiran dan kecekapan para kakitangan kerajaan negeri,” ujarnya.

Jeffrey turut mengalu-alukan usaha-usaha dibuat oleh KTYS untuk membangunkan kursus baru dalam bidang petroleum atau minyak dan gas untuk melatihkan modal insan Sabah menceburi khasnya dalam bidang Petroleum “Upstream”.

“Langkah ini amat diperlukan memandangkan sabah menghasilkan lebih kurang 60 peratus daripada minyak mentah malaysia yang bernilai RM35 hingga RM40 Billion setiap tahun.

“Kerajaan Sabah dan saya mengalu-alukan dan akan menyokong segala usaha untuk membangun modal insan Sabah khasnya dalam industri-industri strategik yang boleh memajukan Sabah,” katanya.

Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kkys Sdn. Bhd. Datuk Tah Nia Jaman, Pengarah PBA Resources Sdn Bhd, Ir. Pathmanathan K., Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Suhaimi Asbullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Jasnih Daya dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/08/kerajaan-negeri-sambut-baik-inisiatif-ktys-laksana-program-khusus-bidang-pengurusan-air/feed/ 0 50763
KePKAS sambut baik cadangan Festival Tarian Naga, Unicorn & Singa dalam kalendar pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/31/kepkas-sambut-baik-cadangan-festival-tarian-naga-unicorn-singa-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/31/kepkas-sambut-baik-cadangan-festival-tarian-naga-unicorn-singa-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/#respond Wed, 31 Jan 2024 12:09:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48784
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Datuk Christina Liew menyambut baik cadangan memasukkan Festival Tarian Naga, Unicorn Dan Singa Tahun Baharu Cina ke dalam kalendar pelancongan Sabah bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri itu.

Beliau berkata, setiap tahun festival tersebut diadakan di Sabah, seluruh rakyat malah para pelancong yang berkunjung ke negeri ini sangat seronok menikmati acara itu, justeru adalah lebih baik jika ia dijadikan acara tahunan rasmi negeri.

“Saya berpendapat bahawa cadangan memasukkan Festival Tarian Naga, Unicorn Dan Singa Tahun Baharu Cina ke dalam kalendar pelancongan Sabah sangat baik dan kementerian saya akan meneliti perkara ini.

“Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan pasukan di kementerian saya, kami mengkajinya dan apabila kami telah mendapatkan keputusan, kami akan membentangkan usul ini kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Tengahari KePKAS Bersama Media sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Christina berkata demikian bagi tindak balas kepada cadangan Presiden Persatuan Komuniti Cina Bersatu Sabah Kota Kinabalu, Datuk Susan Wong Siew Guen mengenai perkara itu memandangkan festival tersebut lebih 40 tahun telah dianjurkan di negeri ini.

Susan berkata, acara kebudayaan itu telah menjadi popular di kalangan penduduk bandar dan berjaya menarik ramai pelancong.

“Pada tahun ini penyertaan Pertandingan Tarian Naga, Unicorn dan Singa memecah rekod dari 155 pasukan, berbanding tahun lalu hanya 140 pasukan yang menyertainya,” kata Susan.

Pada majlis bersama media itu, lebih 100 pengamal media pelbagai agensi dari media cetak, elektronik dan online portal hadir memeriahkan majlis.

Christina dalam ucapannya berkata, beliau menghargai peranan media dan berpuas hati dengan publisiti yang diberikan kepada KePKAS serta enam agensi di bawah kementerian tersebut iaitu Lembaga Pelancongan Sabah, Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Jabatan Muzium Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Lembaga Kebudayaan Sabah.

Beliau turut memaklumkan dua portfolio menteri tambahan, iaitu Biro Konvensyen Sabah yang beroperasi tahun ini dengan pelantikan Noredah Othman sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya, dan Program Sabah – Malaysia Rumah Keduaku.

“Pelaporan yang bertanggungjawab ialah ciri anda dalam menyebarkan maklumat yang tepat kepada orang awam, terutamanya mengenai dasar, program dan projek pembangunan kerajaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/31/kepkas-sambut-baik-cadangan-festival-tarian-naga-unicorn-singa-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/feed/ 0 48784
FeRTAS sambut baik Belanjawan 2024 Negeri Sabah https://sabahmedia.com/2023/11/27/fertas-sambut-baik-belanjawan-2024-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/11/27/fertas-sambut-baik-belanjawan-2024-negeri-sabah/#respond Mon, 27 Nov 2023 04:20:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45748
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FeRTAS) menyambut baik peruntukan sebanyak RM106.14 juta untuk pembangunan pelancongan luar bandar dalam Bajet Negeri 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun pada Jumaat.

Presiden FeRTAS Walter Kandayon (gambar) berkata jumlah peruntukan tersebut amat wajar memandangkan pelancongan luar bandar terutama sekali pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di negeri Sabah telah mula menunjukkan hasil yang memberansangkan selepas secara agresifnya dibangunkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) pada tahun 2014.

“Sungguhpun pembangunan CoBT hanya mula dirancakkan 8 tahun lalu, namun program ini sudah terbukti berupaya menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah.

“CoBT berjaya menjana pendapatan, peluang pekerjaan dan pembangunan modal insan di luar bandar.

“Sebagai contoh ada beberapa CoBT di Kiulu dan Kota Belud yang diangkat oleh kerajaan negeri sebagai perintis pembangunan pelancongan pelancongan luar bandar mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Walter, dengan adanya peruntukan yang lebih besar maka lebih banyak program yang melibatkan pelancongan komuniti di luar bandar dapat dilaksanakan.

“Bagi pihak komuniti pelancongan luar bandar di Sabah, FeRTAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sesungguhnya FeRTAS amat kagum dengan kebijaksanaan Ketua Menteri dalam memberi fokus kepada tiga bidang utama pertumbuhan ekonomi termasuk industri pelancongan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, FeRTAS amat mengalu-alukan peruntukan tersebut dan yakin bahawa ia mampu memacu pembangunan pelancongan luar bandar sering dengan impian 2030, pelancongan luar bandar Sabah bertaraf dunia.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/27/fertas-sambut-baik-belanjawan-2024-negeri-sabah/feed/ 0 45748