sambutan Hari Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 24 Aug 2023 11:03:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sambutan Hari Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hari Sabah istimewa untuk rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2023/08/24/hari-sabah-istimewa-untuk-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/08/24/hari-sabah-istimewa-untuk-rakyat-sabah/#respond Thu, 24 Aug 2023 11:03:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40643
Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu : Hari Sabah yang menjadi sambutan rasmi Kerajaan negeri akan menjadikan Hari Malaysia pada 16 September depan lebih signifikan apabila buat julung kalinya dilaksanakan pada 31 Ogos ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, hari paling istimewa dan bersejarah bagi rakyat negeri ini juga dilaksanakan selepas bertahun-tahun meminta agar Hari Sabah diiktiraf,

Beliau turut gembira apabila acara bersejarah itu akhirnya menjadi kenyataan di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, pengiktirafan berkenaan bukan hanya simbolik tetapi gambaran sebenar sebahagian daripada peranan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

“Parti politik seperti STAR, Parti Maju Sabah (SAPP) dan United Borneo Front (UBF) secara konsisten memperingati hari kemerdekaan Sabah sejak bertahun lamanya, walaupun tanpa pengiktirafan rasmi kerajaan Sabah sebelum ini.

“Dedikasi mereka menggambarkan semangat ketabahan rakyat Sabah dan keinginan untuk menjaga sejarah mereka. Jadi, ini akan menjadi hari yang istimewa bukan saja bagi kami yang mempromosi dan merayakan acara ini tetapi juga semua rakyat Sabah yang berkongsi semangat merayakan warisan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan negeri untuk mengiktiraf Hari Sabah yang jatuh pada tarikh sama ulang tahun kemerdekaan Tanah Melayu dan Hari Kebangsaan yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, kelmarin.

Sambutan sulung Hari Sabah yang menandakan berakhirnya pemerintahan British dan bermulanya berpemerintahan sendiri rakyat Sabah atau Borneo Utara pada 31 Ogos 1963 itu akan berlangsung di Tambunan pada 31 Ogos ini.

Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan, berkata acara itu juga menandakan kepentingan untuk memelihara legasi budaya rakyat negeri ini.

“Sehubungan itu, sebagai pengerusi sambutan Hari Sabah yang diadakan di Tambunan pada 31 Ogos ini, saya mempelawa rakyat Sabah untuk datang bersama dengan pakaian tradisional masing-masing sambil merayakan identiti budaya dan kepelbagaian yang membentuk warisan Sabah,” katanya.

Pengisian sambutan itu, katanya termasuk acara perarakan, pameran sejarah, persembahan kebudayaan dan tamu (pasar tradisi).

Turut diadakan ialah acara menaikkan bendera asal negeri Sabah, menandatangani bendera gergasi Sabah dan persembahan bunga api.

Selain itu, sehari sebelum sambutan besar-besaran itu, satu forum dan bengkel secara dalam talian akan diadakan bagi memberi peluang untuk pembelajaran sejarah Sabah. – SABAH MEDIA/ GAMBAR MEDIA SOSIAL

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/24/hari-sabah-istimewa-untuk-rakyat-sabah/feed/ 0 40643
Tambunan tuan rumah sambutan Hari Sabah 31 Ogos ini https://sabahmedia.com/2023/08/21/tambunan-tuan-rumah-sambutan-hari-sabah-31-ogos-ini/ https://sabahmedia.com/2023/08/21/tambunan-tuan-rumah-sambutan-hari-sabah-31-ogos-ini/#respond Mon, 21 Aug 2023 12:04:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40476
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Sabah akan menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos ini bagi memperingati hari ia menjadi sebuah negara merdeka 60 tahun lalu.

Beliau berkata, Kabinet Negeri membuat keputusan itu semasa mesyuarat minggu lepas dan telah memilih Tambunan sebagai lokasi bagi sambutan yang julung kali diadakan itu.

“Ia juga diputuskan bahawa perayaan itu menandakan peristiwa penting sejarah Sabah, akan diraikan setiap tahun dengan lokasi yang akan digilirkan antara daerah.

“Marilah kita menghormati dan memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di Sabah dan menandakan perjalanan kita bersatu sebagai rakyat untuk mewujudkan pemerintahan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sabah seterusnya membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.

Hajiji berkata acara di Tambunan itu dijadualkan pada pukul 3 petang selepas sambutan Hari Kebangsaan
di sini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/21/tambunan-tuan-rumah-sambutan-hari-sabah-31-ogos-ini/feed/ 0 40476